Assalamualaikum...dengar headline macam seram kan???
Astagfirullah hala'zim...dalam zaman serba canggih dan moden ni masih ramai yang sanggup menggunakan ilmu ilmu hitam untuk mendapatkan sesuatu demi kepentingan masing-masing.
Hakikatnya itulah yang sedang keluarga aku tempuhi sekarang...rasa seakan tak percaya pun ada, selama ni hanya terdengar cerita si polan si polan terkena atau terbaca dalam majalah tetapi setiap kali aku memohon doa supaya aku dan keluarga dijauhkan daripada dengki khianat orang terhadap kami sekeluarga..
Namun, siapalah kita untuk menolaknya kiranya ini salah satu ujian daripadaNya...ujian datang kepada hambaNya melalui pelbagai cara...moga aku dan keluarga mampu menghadapi saat saat sukar ini bersama. PadaNya kami panjatkan doa semoga kami sekeluarga dilindungi dan padaNya juga kami memohon pertolongan sesungguhnya kau Maha Mengasihani dan Maha Penyayang...Ameen
Selalulah mengamalkan membaca ayat Kursi semoga kita sentiasa dalam peliharaanNya

No comments:
Post a Comment