Friday 26 April 2013

Hati Saya Dia Yang Pegang




Orang kata berhati-hati dengan HATI,  tetapi apa-apa yang kita lakukan ia bermula dari hati, dari hati kemudian barulah niat kan.

Jika hati kita sedih, hati jugaklah yang akan memujuk hati kita, jika kita menipu, hati yang menipu diri kita sebenarnya.

Namun, jika kita jatuh hati pada seseorang atau membenci seseorang ia juga bermula dari hati

Jika hati kita rosak, maka rosaklah seluruh badan, kerana hati tempat semuanya bermula.

Maka HATI, berhati-hatilah semoga Allah s.w.t sentiasa menjagamu.

p/s : ini copy paste dari rakan, sebab hati aku tengah bermasalah sekarang


Tuesday 23 April 2013

Lunch Break

Assalamualaikum...korang dah lunch? Hari ni rasa tak sedap badan rasa nak demam selera takde tekak rasa nak hirup tomyam tapi malas nak keluar sebab panas sangat, jadi aku belasah ajelah roti bakar di waktu tengahari.

Huumm korang pernah tak makan roti letak cheese pastu letak serunding ayam atau daging pastu bakar..dengar macam pelik kan tapi aku rasa sedap, kena gak ler dengan selera aku tu, janji perut diisi kan.

Lunch tadi aku sempat layan nie, saja nak share dengan korang

One word "AMAZING"




Sunday 21 April 2013

Perlu Ke Memaki Hamun

Akibat tak kemana-mana cuti dua hari nie maka aku dengan rasa secara sukarela telah menjengok rumah facebook aku tuh yang dah berapa lama aku tak datang menziarah akibat kebosanan yang amat sangat.

This time aku ingat bila dah lama tak ziarah sana akan rasa seronok ghupernya tidak, isu-isu politik bersempena kita akan mengundi tak lama lagi bersepah-sepah. Picture profile memasing dah bertukar kepada bakal-bakal pemerintah kesayangan masing-masing, terkejut gak aku, bila masa aku friends dengan diorang selama nie.

Tetapi sangatlah kecewanya aku bila masing-masing sangat taksub kepada parti pilihan masing-masing. Maki-hamun, megeluarkan kata-kata kesat, megaibkan pihak lawan astagfirullah sedih tau tengok bangsa kita yang macam berperangai macam tu. Tapi aku rasa bila dah masuk ramadhan dioarng nie kalah ustaz/ustazah bagi tazkirah ramadhan..aku nak tunggu dan lihat betul ke tak tekaan aku..hahahaa gelak jahat!!!!

Tak pernahkah mereka terpikir yang friend list mereka tu terdapat adik-beradik, anak-buah, anak didik, saudara-mara mereka, tetapi mereka tanpa segan silu menunjukkan sifat-sifat yang boleh merosakkan imej dan akhlak mereka sendiri.

Pada pendapat aku, tak salah kalau kita nak sokong mana-mana parti sebab sudah tentu kita ada alasan dan jawapan kenapa parti itu menjadi pilihan kita, tetapi biarlah dengan cara berhemah.

Rasanya kalau dah macam nie suasana dekat facebook alamatnya sebulan lepas mengundi barulah aku boleh datang menziarah balik rumah aku tu, buat masa nie biarlah dia aman di sana at least pikiran aku pun tak semaaaaaaaaaak!

Ingat undi anda adalah RAHSIA ..tak payahlah nak pukul canang awak sokong parti mana, Selamat Mengundi Semua

Peace No War 



Cerita Basi Itu

Assalamualaikum......

Pernah tak korang rasa atau buat something yang korang memang taknak orang tahu dan korang ingat ape yang korang buat tu selama nie orang tak tahu...tup tup sebenarnya orang dah tahu

Weeeeee hakikatnya itulah yang berlaku dekat aku sekarang..perkara dari zaman jahiliah, hahaha jahiliah ko !! ayat nak kebabom aje kan, gasaklah hehehe

Lately nie baru aku tahu yang member aku dah tahu "CERITA BASI ITU" tapi selama nie dia pura-pura tak tahu...sebab aku sendiri tak tahu macam mana nak cerita dengan dia time tu apa yang berlaku..dan jalan terbaik adalah aku biarkan semua tu berlalu macam tu aje.

Betullah kata orang kadang-kadang kita perlu pura-pura tak tahu jika sesuatu tu akan merumitkan keadaan. Tapi kena tengok benda apa lah kan, jangan semua benda korang nak pura-pura tak tahu demi taknak merumitkan keadaan.

p/s: terima kasih untuk cik roomate zaman jahiliah. walaupun aku tahu dia takkan baca blog aku ^^


Saturday 20 April 2013

Moga Saya Insan Yang Terpilih

Assalamualaikum..hari nie aku cuti dan takde rasa nak keluar jenjalan kemana-mana, nak stay dekat rumah sebab last week aku dah keluar berjimba-jimba dengan kengkawan so this week memang aku dah niat dan tekad taknak keluar rumah nak rest puas-puas, melainkan kalau ada hal baru aku keluar.

Semalam aku membaca lagi buku nie tak pasti untuk kali yang keberapa..yang pastinya buku nie sangat bermakna buat aku, antara buku yang aku paling suka teramat suka. Walaupun berapa kali aku khatam tapi feel masih sama..airmata aku tak berhenti mengalir, sungguh!! rasa satu perasaan yang tak tahu nak diungkapkan tapi aku suka dengan rasa itu...terima kasih kepada pemiliknya kerana menghadiahkan aku rasa itu. 




Buku ni lah..serius aku cakap memang sangat best berbintang-bintang aku bagi, yang ini edisi kemaskini. Tak rugi kalau korang membeli. Tapi aku tak pasti samada mereka yang pernah sampai kesana akan rasa sama seperti yang aku rasa. Bagi aku yang belum berpeluang kesana lagi..memang rasa syahdu *sedar tak sedar  aku type entry nie sambil lap airmata. 



Sebelum nie aku baca yang ini, rasa tak puas hati aku cari pulak yang edisi di atas sebab yang kat atas tu ada sekali dengan dvd. 

Insya-Allah moga satu hari nanti aku berpeluang untuk menjadi tetamu Dia..aku nak melihat sendiri, merasa sendiri semua perkara-perkara yang terindah disana. Doakan aku moga hasrat sentiasa dipermudahkan oleh-Nya. Ameeen


Friday 19 April 2013

Bersediakah anda?

Saya makin tua

# bila ramai orang panggil aku kakak, ada gak yang dah panggil aunty homaigad

# bila kawan-kawan ramai dah kawin dan beranak pinak

# bila kawan-kawan ada yang bawa anak kesana kesini

# bila kawan-kawan dah ada kerja yang stabil, gaji yang besar

# bila kawan-kawan dah ada aset masing-masing

# bila kawan-kawan dah ada pegi haji dan umrah..aku jeles giler hoi

dan aku dah sibuk-sibuk menyiapkan diri aku untuk makan kolegen yang tengah berlambak di pasaran, itu tandanya aku dah semakin tua..hehehe


Hati,
dulu rasa macam kosong  aje
sekarang macam dah ada ladang lavender..

Hati,
dulu warna asyik hitam dan putih
sekarang macam-macam kaler ada, warna pelangi..

Hati,
dulu rasa macam gelap-gelita
sekarang dah ada cahaya sikit demi sedikit..

Hati,
ya, aku tahu kau selalu tersenyum dan moga terus tersenyum..

terima kasih untuk warna-warna itu..walaupun belum sepenuhnya tapi aku tetap bersyukur.
aku kena lebih kuat berusaha untuk warna-warna tu kekal dalam kehidupan aku..



Pssst # 01

Kalau rindu nak buat macam mana? yes aku rindukan dia yang dulu, yang montel yang selalu menyenangkan hati aku...tapi dia yang sekarang aku tak suka...tolong jadi balik diri awak yang dulu boleh...please aku merayu sangat!!


Haiish..bila tengok gambar-gambar lama, rasa macam nak balik ke zaman tu gak, kalau ada jam boleh undurkan masa dah lama aku beli

Tak kira..nak balik gak ke zaman tu, walaupun zaman tu takde Candy Crush =)


Assalamualaikum...rasanya dah banyak hari aku tak menjenguk sini, malas sangat nak mengarang pastu aku bukannyer ada bakat sangat nak mengarang ayat-ayat nie..ape yang  aku taip kat sini aku redah aje..kalu korang rasa nak baca, korang bacalah tapi kalau korang rasa macam takde yang menarik untuk dibaca takpe..aku tak kecik hati.

Seminggu dua nie aku dah terjebak dengan game "Candy Crush" issskhh saje jer aku cari penyakit, walhal aku sebenarnya tak suka main game, aku lagi rela baca buku dari main game nie (konon-kononnya padahal buku tu adalah novel yer..korang jangan ingat aku baca buku ilmiah, kalau buku yang itu umpama ubat tidor bagi aku hahahaaaa)

Tapi atas pengaruh bos aku...maka secara rasminya aku dah terjebak..peerghh tension stressed semua ada, orang main game untuk release tension tapi aku pulak sebaliknya.

Sekarang dah berhari-hari aku stuck kat level yang sama...kejap-kejap nyawa dah takde aarghh bila nak move to the next level..aku dah bosan duduk kat level yang sama


korang yang dah main game nie mesti level dah tinggi...aku respect dengan tahap kesabaran dan kehandalan korang yang cepat aje move to next level

Wednesday 10 April 2013

Tolong Ingatkan Aku # 02

Suka tak semestinya dapat
Dapat tak semestinya bersama
Bersama tak semestinya milik kita
Milik kita tak semestinya selamanya ...

Seseorang pernah membisikkan pada aku ayat-ayat nie, memberi semangat untuk aku menghadapi segala ujian yang DIA berikan. Mungkin apa yang diucapkan olehnya betul

"Milik kita tak semestinya selamanya"..simpan kejap-kejap dalam kepala

Dan aku juga yakin "Kalau dia memang milik kita, walau macam mana sekalipun dia akan kembali pada kita"..aku simpan kejap-kejap dalam kepala

Tapi hanya DIA yang akan menentukan segala-galanya




Tolong Ingatkan Aku # 01

Silence and  Smile are two powerful words. Smile is the best way to solve many problems and Silence is the way to avoid many problems.

p/s : so, kita tak semestinya perlu bertumbuk dan menjerit-jerit untuk semua tu. senyum dan diam, tenangkan diri dulu, barulah kita boleh berfikir secara rasional.


Dihinjak ketepi ketengah demi sesuap nasi



Kadang-kadang tak semua kerja yang kita suka kita boleh dapat, kalau beruntung dapatlah kerja yang kena dengan selera kita, kalau nasib tak baik dapatlah kerja yang menjahanamkan emosi kita. Apa-apa pun "Mencari rezeki itu memang satu kepayahan, hargailah titik peluh anda"


Tuesday 2 April 2013

Buzzzzz

AirAsia buat promotion lagi..marilah kita beramai-ramai mendermakan duit kepada tabung AirAsia


Hoho terkebil-kebil mata tengok..banyak benor tempat yang aku nak pegi, tapi kali nie dah takde geng, sape yang takde geng meh la ajak aku pegi bersama-sama.

Kenapa Jam Lambat Bergerak??

Boring tahap hape pun aku dah tahu sekarang, datang keje tapi macam tak datang keje pun ada sebenarnya, sebabnya semua keje aku dah setel, well keje untuk hari nie tak banyak sangat sebab dari last week aku dah berhampas pulas untuk mengsetelkan semua keje aku. sebab tu ah aku rasa masa sangat lambat berjalan dari tadi aku asyik tengok jam jer macam tak bergerak-gerak. Rasa macam nak pusing jer jarum jam tu biar terus pukul 5.30 petang pastu terus ambil beg dan balik...tapi dalam angan-angan ajelah  yang mampu..karang dapat pulak surat cinta dari bos kesayangan aku tuh..kesayangan lah sangat kan.

Jadi maka dengan tidak membuang masanya marilah kita layan budak nie...aku memang suka layan video-video dia di kala aku sangat stressed mahupun boring tahap dewa-dewi.


Serius...banyak yang tersirat dan tersurat dalam video nie..korang sila paham sendirilah...aku memang malas nak citer




sempoi aje 




antara yang aku paling suka..sebenarnya banyak lagi, kalau korang rasa berminat korang boleh cari kat youtube sana..pilih yang mana korang berkenan, kalau ikutkan aku semua aku suka dah jadi macam aktiviti wajib untuk aku layan..walaupun dah berkali-kali layan tapi aku tetap gelak macam baru first time tengok.