Monday 12 May 2014

Pengalaman bersama Cik Misi

Assalamualaikum! Selamat Hari Isnin...

Arrghhh malasnya nak keje hari ni setelah dua hari lupa daratan, baru hari nie kembali ke pangkal jalan! Next week akan bertambah busy...tapi demi hari bahagia kengkawan tak kisah lah, kita pun tumpang happy

12 May merupakan tarikh hari misi sedunia..selamat hari misi untuk kengkawan yang bergelar misi, juga untuk rakan blogger yang jadi misi dan juga untuk misi-misi yang banyak menjaga aku. Banyak sangat jasa mereka pada aku  yang boleh dikatakan  banyak kali juga check in kat hospital, lepas ni dah taknak check in lagi...tak suka!

Rekod paling lama check in adalah 2 minggu kat satu hospital tu...Ya-Allah hazab sungguh time tu, tak sabar nak balik rumah, last sekali hampir sebulan aku check in di tiga buah hospital yang berlainan, bayangkan berapa ramai misi yang attend aku...tu lom kira yang check in sebelum sebelum ni lagi huhuhu.....

Apapun, terima kasih tak terhingga atas jasa-jasa cik misi misi yang banyak melayan kerenah aku, bukan senang untuk mereka sebenarnya, mereka ketepikan semua perasaan diri sendiri tetapi demi tugas dan tanggungjawab mereka buat sehabis baik. 

Teringat lagi pengalaman aku di hospital bersama cik misi misi, ramai yang cakap, hospital swasta layanan lebih bagus! entahlah tatau aku nak compare, tapi yang aku pasti..duduk di hospital tetap tak best! tak kiralah macam mana pun.. cuma, selama kita check in di hospital, misi-misi inilah yang jadi kawan-kawan aku secara tak langsung. merekalah yang lap yang mandikan aku bila aku dah tak berupaya untuk menguruskan diri sendiri, rasa sangat tak berguna time tu! yang tolong basuhkan segala muntah aku, lagi sekali rasa yang sama! yang tolong temankan aku exercise setiap pagi, malu weh orang yang kita tak kenal buatkan semua tu untuk kita, tapi dah takde pilihan..pasrah menyerah seadanya janji aku bersih! cik misi misi ni juga suka inject aku kat montot..sakit tau! yang pasti sangat banyak pengalaman aku bersama mereka...selebihnya biar aku simpan sendiri.

lastly aku nak ucapkan
Selamat Hari Misi untuk mereka semua, kerjaya anda sangat mulia! 




p/s : mesti ada yang hairan kan kenapa family tak jaga saya, sebabnya setiap kali masuk hospital saya tak pernah cakap dengan diorang sebab taknak diorang susah hati, cuma saya tinggalkan pesan pada kawan, kalau jadi apa-apa pada saya time operation tu baru inform family..selalunya saya kena marah ngan kawan saya tu hehehe





Friday 9 May 2014

Note to self - Tahap Endometriosis

Endometriosis ini mempunyai 4 kategori

Endometriosis Stage 1
Endometriosis stage 1 adalah yang paling minimal dan sukar untuk dikesan. Bukti wujudnya Endometriosis stage 1 ini hanya diketahui jika pembedahan dilakukan. Masa ini boleh jumpa kesan kerengsaan pada ruangan pelvic (pelvic cavity) dan mungkin juda adhesion (pelekatan) yang terhad.

Endometriosis Stage 2
Endometriosis stage 2 adalah tahap sederhana. Akan terdapat kerengsaan yang lebih banyak pada tisu di kawasan pelvic cavity (antara rahim dan bowel)

Endometriosis Stage 3
Endometriosis stage 3 ini masih lagi tahap sederhana tetapi semakin teruk keadaannya. Disamping kecederaan atan kerengsaan pada tisu, terdapat juga parut dan perlekatan (adhesion) di bahagian pelvic. Mungkin juga ada kesan endometriosis cysts dalam ovary.

Endometriosis Stage 4
Endometriosis stage 4 ini dikira yang paling teruk sekali. Semua symptom dari stage 1 hingga 3 akan wujud bagi penghidap Endometriosis stage 4. Terdapat endometriosis cysts yang besar dan banyak dalam ovary.

Perlekatan (adhesion) tisu pelvic yang sangat teruk sehingga ada organ yang berubah lokasi seperti kena gam antara satu sama lain. 

sumber : facebook


Thursday 8 May 2014

Tak semudah diucap


SABAR

Satu ayat yang sangat pendek
and it sound simple

But,
It's actually very hard to achieve it

That's why dengan sabar
ada syurga ganjarannya 

^_____^

Tuesday 6 May 2014

Note to self - Sabar

Suka dengan statement yang kedua....sebab pernah mengalaminya sehingga ke hari ini, hasil penulisannya secara tidak langsung sentiasa melekat dalam fikiran, sentiasa memberi motivasi, sentiasa memberi harapan dan semangat, terima kasih untuk "DIA, DIA dan DIA"  


Dia yang menulis itu manusia
Terlalu banyak khilafnya.

Juga seorang hamba
Fikirkan.....


Monday 5 May 2014

Entry Hiburan Semata Mata

Assalamualaikum...salam pagi isnin! salam satu malaysia! 

Macam mana weekand korang last week? best tak? aku? rasa nak nangis pun ada bila asyik melayan tekak macam-macam nak makan! balik rumah timbang mak aii jarum penimbang dah makin naik, mayday mayday!!! joging dah lama tak pegi, macam mana nak pegi asal petang jer hujan lebat, asal pagi jer hujan lebat..tak koser lah kan aku nak pegi, baik duduk rumah layan drama korea sambil makan lagi best..tapi aku syak ubat yang doctor kasi suruh aku ambil setiap hari tu punca aku makan makin banyak..berat makin bertambah huwaaaa takmo dah makan ubat tu!! tapi kalo tak makan nanti lagi banyak masalah. 

Sebut pasal citer korea tu dan sape yang rajin layan citer korea tu, korang tengah tengok citer ape sekarang? almaklumlah banyak sangat yang menarik perhatian pancaindera nih. Sejak hujung tahun lepas sampai sekarang...secara rasminya rasmilah sangat kan aku dah selamat mengucapkan selamat tinggal kat Kim Tan, Young Doo, Chan Young, Park Soo Ha, Park See Joo, Han Tae Kyung, Doo Min Joo (ni semua nama watak2 diorang) tudia ramainya! tapi tetap Lee Seung Gi duduk dalam carta yang paling tinggi hahahahaha next week citer dia kuar kat tv jadi polis, hurm cemanalah gayanya budak tu...muka inesen sangat, si mulut seksi Lee Jong Suk pulak jadi doktor homai...mau ada doctor camtu hari-hari buat appointment pun takpe.

Sekarang aku tengah meroyan dengan Park Dong Joo dalam citer Angle Eyes, citer nie memang giler aah sejak first episode tengok sampai sekarang airmata asyik meleleh jer, touching sangat! ker aku yang hati tisu tahap melampau...tapi serius memang best citer tu...biasanya aku tak tertunggu tunggu sangat next episode tapi kali nie citer tu aku asyik check jer dah ada ke belum..tak ke haru namanya tu tambah lagi satu stress, drama Lee Dong Wook pun aku tengok cengitu-cengitu jer, padahal dulu suka tahap gaban dengan dia


Park Dong Joo yang sangat suweet bila senyum....habis sepet mata-mata, Koo Hye Sun macam biasalah cantik!


oops adik-adik biru datang singapore weekand nanti....nangis tepi pintu diam-diam! 

dan-dan


crush zaman dolu-dolu pun dah kawin.....

baru perasan ramai yang termasuk dalam golongan pipi cacat yang 

aku suka rupanya :P

 haaa kan dah cakap ini enrty hiburan semata-mata, memang takde faedah pun saje 
nak melepaskan stress diri sendiri

Bye!