Thursday 24 July 2014

Ramadhan Bakal Berlabuh, Syawal Kian Menjelma





Pejam celik pejam celik...Ramadhan dah hampir ke penghujung, terasa cepat sangat masa berlalu. Hampir tiba saatnya untuk kita berpisah dengan bulan yang penuh rahmat dan keampunan Allah, serta bulan di mana banyak yang dibebaskan dari siksa neraka.

Bagaimana dengan Ramadhan kita pada tahun ini? Adakah kita hanya berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga ataupun kita berpuasa dari segala aspek dengan pengertian sebenar-benar puasa...tepuk dada tanya iman, apapun semoga puasa dan ibadah kita diterima Allah. Adakah kita akan menemui lagi Ramadhan yang akan datang? dan seandainya Ramadhan ini yang terakhir bagiku, moga Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang bermakna buat aku dan semua umat Muhammad. Insya-Allah

Dan dengan bakal berakhirnya Ramadhan, maka kedatangan syawal dinanti-nantikan oleh semua.Semoga syawal kali ini diraikan dengan penuh keinsafan bersama sanak saudara dan jangan dilupa pada mereka yang kurang bernasib baik.  

Dikesempatan ini juga aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai kata ada salah dan silap terguris rasa, tersalah kata dan tersinggung atas kekhilafan diri ini... harap dimaafkan.

Bagi yang memandu ke kampung hati-hati dalam perjalanan semoga semuanya selamat sampai ke destinasi untuk berjumpa keluarga tersayang.



Friday 18 July 2014

Tak sensitif?? ape kes pulak nie!


Assalamualaikum

Tadi tetiba dapat satu massage kat inbox FB dari seorang kawan bertanya...eeh kenapa aku tak pernah nampak engko post apa-apa pasal Gaza dan juga pasal isu terbaru MH17?  tulisnya lagi engko tak prihatin ke pada apa-apa yang berlaku sekarang? lebih kurang macam tulah ayat yang saya terima dekat kotak inbox FB, hakikatnya FB tu dah lama aku tinggalkan..eeh dia stalk aku ke?? hehehe bajet pames sangat lah pulak karang kena haktui baru sedar diri kan!

Blank kejap...tak tahu macam mana nak respon dengan soalan yang macam tu, langsung tak menjangka...so aku biarkan soalan tu tak berjawab. 

Pendapat aku, tidak semestinya kita tak post benda-benda berkaitan Gaza atau berkaitan MH17 kita tak sensitif dengan isu-isu tersebut. Dan secara jujurnya aku memang tidak selesa dengan gambar-gambar yang di "share" tersebut, hati aku tak cukup kuat untuk menatap wajah-wajah mereka yang menjadi mangsa kezaliman rejim zionis, aku juga tak mampu nak melihat mayat-mayat yang bergelimpangan, apatah lagi nak di "share'. Artikel berkenaan isu-isu tersebut aku takde masalah. 

Cuba membayangkan jika kita salah seorang ahli keluarga mereka, agaknya macam mana perasan kita masa tu? Hakikatnya masing-masing punya cara tersendiri untuk menunjukkan rasa simpati dan turut berduka atas apa yang berlaku. Kita tak mampu nak angkat senjata tapi kita mampu angkat tangan untuk berdoa kan..doa tu tak perlu kot nak dihebohkan hebohkan pada orang lain. 

Dari satu sudut, isu terbaru nie juga ada hikmahnya...sekurang-kurangnya dapat mengalih perhatian terhadap isu CDM 25, macam mana rasa kalau aib kita ditayangkan sebegitu?? Ya-Allah mohon dijauhkan, dan juga bukan tiket untuk kita buat sesuatu sesuka hati. Semoga kita lebih insaf dengan pengalaman-pengalaman orang lain. Zaman sekarang zaman cyber..semua hanya dihujung jari! Sekarang banyak yang Allah SWT bayar cash ...bukan Cash Deposit Machine tau!

Akhir kata, yang tua wajib dihormati, walaupun berlainan agama dan bangsa. Senyum manis-manis yer :) 

p/s : menulis entry nie dalam keadaan emosi aku yang macam roller coaster...ujian jugak tu buat aku di bulan mulia ini. Allahu sayang Allah ketat-ketat!



#MH17




Al-Fatihah

Malaysia sekali lagi diuji, di bulan Mulia ini

Sungguh aku kehilangan kata-kata 

hanya mampu berdoa dan terus berdoa

kerana setiap suatu perkara yang dia takdirkan itu

pasti tersimpan sejuta hikmah dan rahsia.

juga buat saudara-saudara kita di gaza sana

keep strong!



Wednesday 2 July 2014

Sale Sale Sale



sesape nak cari kasut raya boleh lah singgah

mana tahu kalau-kalau ada yang berkenan di hati

sesape yang biasa pakai kasut nie..mesti dia tak nak lepaskan peluang 

sebab clarks nie jarang-jarang buat sale...

cuma design dia biasa-biasa jer..tapi sangat selesa di kaki

yang penting tepuk dada tanya poket

senyum!