Tuesday 24 February 2015

Jangan baca kalau emosi tak stabil



Assalamualaikum..bagi salam dulu sebelum aku nak membebel hahaha dah lama tak update blog aku yang dah ada renda-renda sawang...tapi tak kira aku tetap gak nak meroyan kat sini hari ni :)

Ok masuk mood serius sikit......

Adakah perempuan yang dah berusia 30 tahun ke atas hanya layak untuk bersuamikan suami orang mahupun duda?? Tetiba kena angin kus kus aku bila ada spesis perempuan yang mendakwa perempuan yang belum bertemu jodoh lagi hanya layak terima lelaki bertitle kan "suami orang"  untuk dijadikan suami! ok..duda masih lagi bole diterima secara rasional sebab dia bukan orang punya..mak bapak dia yang punya :)

Yang di "offer" tu pulak suami orang lain..kenapa ko taknak offer suami ko sendiri?? tak sanggup?? senangnya dia bercakap tanpa hiraukan perasaan orang lain. Sebolehnya semua perempuan akan berusaha untuk mengelakkan tetapi kita tak tahu apa akan terjadi di masa akan datang kerana itu adalah urusan DIA yang di atas sana. Tetapi janganlah melukakan hati kawan kita secara "kasar" dengan statement yang langsung tak memikirkan hati dan perasaan orang lain..

Kadang-kadang family sendiri tidak pernah mendesak tetapi orang luar yang lebih sudu dari kuah..bikin stress tuan punya badan.

Dan siapa dia untuk pertikaikan rahsia Allah.....

p/s: ini bukan kisah aku yer..kisah orang terdekat dengan aku