Semua di sini ada hak untuk bersuara ada hak untuk menulis mengikut suara hati sendiri. Melalui tulisan juga mampu menzahirkan segala rasa, korek dan carilah maka kita akan temui sesuatu. Rasa seorang hati manusia, apa saja yang kita buat atau kita lakukan pasti ada harga sebuah "Pengorbanan" yang tidak diketahui harganya yang perlu dibayar. Masih bernafas kita hingga ke saat ini...disini, di mana kita berada sekarang pasti ada kisah silam yang membawa kita ke hari ini.....kisah penuh suka dan duka barangkali, pelbagai cabaran yang kita hadapi.......menuntut sebuah pengorbanan akal hati dan perasaan.
Kisah silam yang kita panggil pengalaman. Pengalaman yang telah mendewasakan kita, yang mematangkan fikiran kita, menguatkan iman kita lantas menjadikan kita lebih waras berfikir dan berhati-hati dalam setiap tindakan yang diambil. Tetapi masih ada juga yang dangkal...tidak mahu mengambil sebagai iktibar, masih tidak serik-serik dengan hukuman yang diterima lantas melakukan perkara yang sama berulang kali. Peluang telah diberikan berkali-kali tetapi masih juga dengan ego atau mengikut kepala sendiri? Jadi, cukup rasanya sampai disini........full stop!
Selamat berhujung minggu.......kemanakah destinasi korang hari ni?
Smile :)
Nota kaki : Ada orang datang bukan sebab dia suka, sebab dia baik...hargailah mereka itu