Friday 20 June 2014

Pinjaman!



Semua hanya pinjaman hatta nyawa kita sekalipun sebenarnya hanyalah pinjaman daripada Allah SWT. Sampai masa kita mesti kembalikan semula pada Allah, cuma masa dan waktunya sahaja kita tak tahu bila.

Sabarlah, jika Allah menarik balik nikmat-nikmat yang kita kecapi... kerana ia hanyalah pinjaman. DIA pinjamkan kepada kita sebagai amanah. Sesungguhnya amanah itu berat untuk digalas. Semoga setiap apa yang ditarik akan digantikan dengan yang lebih baik! 

Allahu..sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik perancang....

Senyum!


p/s : apa yang saya tulis kat atas tu hanya untuk memberi "injection" pada semangat saya. hakikatnya saya tidak sekuat mana pun, sebab saya hanya manusia biasa-biasa! dan entry nie bukan nak meraih simpati atau apa-apa dari sesiapa...apa yang saya tulis hanya untuk saya "selak" balik apa yang berlaku pada diri saya....MAAF andai kata ada entry saya yang sangat mengganggu mata atau hati sesiapa yang membaca...



10 comments:

  1. tak kisahlah apa org kata, yg pasti saya memang admire dgn bahasa indah mrs.smile..

    saya tak tahu apa yng berlaku sebenarnya..apa pun yg jadi, redha dan ikhlaskan hati...saya mendoakan yg terbaik utk mrs.smile.

    *jgn berhenti menulis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih zilla sudi menjengok ke sini dan mendoakan yang terbaik utk mrs
      mrs juga mendoakan yang terbaik juga untuk zila...
      takde indah sangat pun, main hentam jer :)

      Delete
  2. Mmg benar apa yg mrs coretkan itu semua hanya di dunia ini bukan kita yang punya tetapi Allah yang punya. Tiba2 teringat kpd penyanyi Iwan! Ehh Jm ni org tgh sedih2 buat lawak pulak heeeee nk hiburkan hati mrs ni, jgn sedih2 ya.
    Setiap org akan di uji dgn pelbagai masalah yg berlainan ada d berikan kesihatan yg baik tetapi ada pulak masalh kewangan, ada juga d uji dgn mslah kesihatan. Kami yg sihat ni pun belum tentu sihat hingga ke akhir hayat.

    Klau Jm d tempat mrs juga akan merasai perasaan yg sama so jika kita redho barulah boleh hadapinya dgn tenang kerana dunia ini hanya pinjaman dan akhirat juga pengakhiran dan kekal d sana. Sabar ye mrs, Jm sgt simpati dgn keadaan mrs skrg dan apa yg mampu Jm buat hanya berdoa kpd Allah supaya kurniakan kesihatan yg baik kpd Mrs...aminnn

    Alsmak terpanjang lah pulok heeeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM...mrs lagi suka kalau komen panjang-panjang..no problem
      selagi kita namanya manusia memang akan sentiasa diuji...dan itu tandanya Allah sentiasa ingat dengan kita
      cuma kadang-kadang ada waktu-waktu kita lemah dari segi emosi.......huhu

      mrs juga doakan yang sama untuk JM....thanks dear! *hugs

      Delete
  3. Semoga MS tabah mengharungi ujian yang Allah bagi ni. Bukan semua mampu berdiri kuat seperti MS. Amanah yang digalas manusia semuanya berbeza. Namun satu yang pasti, amanah itu perlu dijaga dengan jujur; dengan sebaiknya. Selagi kuat rasa percaya akan rahmat Nya...biar sesingkat mana tempoh pinjaman itu, insha Allah kita jadi redha. Berat saya melihat, berat lagi bahu MS yang memikul.

    Doa saya, semoga dengan hadirnya ujian ini akan memberi 'hadiah' manis buat MS. Tidak di sini; di sana pasti. Janji Nya pasti. *hugs*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bie...mrs pun harap mrs tabah mengalas ujian ni dan redha dalam ertikata yang sebenar.....
      mungkin apa yg mrs rasa nie tak sehebat ujian mereka-mereka yang lain kan!

      thanks atas doa Bie..mrs juga mendoakan yang terbaik juga untuk Bie...Hugs back!

      Delete
  4. meh sini akak hug betul2...
    asyik dok hug hug alam maya je
    haish!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak! kiter kena jumpa
      baru boleh realisasikan aksi hug nie hihii
      jom buka puasa sesama :)

      Delete
  5. Allah tidak akan menguji manusia lebih dari apa yang terdaya diterima oleh insan itu sendiri. Bersabar dan redha dengan segala ketentuanNya. In sya Allah ada yang lebih baik menanti di kemudian hari. Be strong ya Mrs Smile and keep smiling :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah mendoakan yang terbaik juga untuk diri sendiri.......
      terima kasih Mamafami...mrs juga mendoakan yang terbaik juga untuk MF sekeluarga

      Delete