Tuesday 24 February 2015

Jangan baca kalau emosi tak stabil



Assalamualaikum..bagi salam dulu sebelum aku nak membebel hahaha dah lama tak update blog aku yang dah ada renda-renda sawang...tapi tak kira aku tetap gak nak meroyan kat sini hari ni :)

Ok masuk mood serius sikit......

Adakah perempuan yang dah berusia 30 tahun ke atas hanya layak untuk bersuamikan suami orang mahupun duda?? Tetiba kena angin kus kus aku bila ada spesis perempuan yang mendakwa perempuan yang belum bertemu jodoh lagi hanya layak terima lelaki bertitle kan "suami orang"  untuk dijadikan suami! ok..duda masih lagi bole diterima secara rasional sebab dia bukan orang punya..mak bapak dia yang punya :)

Yang di "offer" tu pulak suami orang lain..kenapa ko taknak offer suami ko sendiri?? tak sanggup?? senangnya dia bercakap tanpa hiraukan perasaan orang lain. Sebolehnya semua perempuan akan berusaha untuk mengelakkan tetapi kita tak tahu apa akan terjadi di masa akan datang kerana itu adalah urusan DIA yang di atas sana. Tetapi janganlah melukakan hati kawan kita secara "kasar" dengan statement yang langsung tak memikirkan hati dan perasaan orang lain..

Kadang-kadang family sendiri tidak pernah mendesak tetapi orang luar yang lebih sudu dari kuah..bikin stress tuan punya badan.

Dan siapa dia untuk pertikaikan rahsia Allah.....

p/s: ini bukan kisah aku yer..kisah orang terdekat dengan aku


34 comments:

  1. nasib emosi saya tgh stabil hahaha!

    biarlah org nak kata apa, acik smile...jodoh itu rahsia-Nya..moga kita dipertemukan dengan seseorang yang mencintai kita kerana-Nya :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah nasib baik tengah stabil kalau tak achik smile tak janji ape akan berlaku hihi

      ini bukan kisah achik smile tau tadi lupa nak mention kiki
      tapi itulah kesian sama kawan achik smile tu dia bukan tak pernah mencuba tapi Allah belum temukan dia jodoh yang memang dah tertulis untuk dia..nak buat macam mana kan

      Delete
  2. mulut org mmg susah nak tutup ... ade je menda yg tak kene dengan golongan anak dara tua ... kalau aku, terus aku cakap kat die, kalau saye bermadu dengan awak, nak tak?? kite kan kawan2...we can 'share' everything rite?? hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan..sebab diorang tak berada kat tempat tu so sesuka hati sesedap rasa mulut diorang lah nak bercakap tanpa hiraukan perasaan orang lain..hatta kawan sekali pun..
      cer terkena terambil laki diorang entah2 masuk tv ape berparang bagai...
      azra..tu yang aku berangin :P

      pssst ini bukan kisah aku tau :)

      Delete
  3. sapa berani cakap camtu...meh saya rotan dia hahaha..
    Kalau kita orang percaya qada' dan qadar, kita tak cakap benda macamtu..takbaik
    kawan saya umur 38, kawin dengan orang bujang dan dah selamat dapat baby girl. siapa kita/dia nak mempersoalkan takdir
    *flip tudung labuh* :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. *ehem* nampaknye aku ade can lagik nak carik lelaki bujang nih muahahaha

      Delete
    2. dzuli..adalah hamba Allah sorang tu dia tengah bahagia dengan perlahwinan dia, alhamdulillah untuk dia tetapi dia lupa jangan terlalu memandang rendah sangat pada golongan yang belum berkahwin nie..yes kita kena percaya Qada dan Qadar
      *sambung flip tudung bawal sambil sarung stokin :)

      Delete
    3. *sambung ehem azra* insya-Allah dia tunggu kat hujung sana............:)
      jeng jeng jeng

      Delete
    4. haha...mesti ada azra..jangan risau, mebi bukan laki melayu hahahaha
      *flip tudung labuh dan sarung lengan*

      Delete
    5. azra! kalau dah jumpa jangan lupa jemput aku makan kenduri ko...bagitau awal senang aku nak buat baju baru :)
      *terus campak tudung bawal sambung pakai tudung neelopak :)

      Delete
  4. Euwwww...... tak stabil la emosi bila baca entry ni. Ada jugak manusia spesis tak de akal cenggini.. napa lah ko tak dilahirkan sebagai tiang letrik jek! I hate her!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko ok ke syieda?? kan dah pesan tadi awal-awal nape ko degil pi baca haaaaa
      eeh spesis ni memang berlambak lambak...percayalah

      eeeh jap tiang letrik bagi sumber cahaya...aku upgrade jadi jambatan kalau tak suka bole lompat2 bintang atas dia :P

      pssst ini bukan kisah aku..............hahaha nak gak bagitau

      Delete
  5. SS tak ada apa nak komen... Cuma SS nak tanya... Mrs Smile tengah mood MADAM ROSE ke? He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi SS dah sihat? good girl
      bukan setakat mood madam rose..macam macam mood dah ada ni
      almaklumlah nak masuk fasa perubahan monsun kekekeke

      Delete
    2. Perubahan monsun? Abislahhhhhh baru nak ajak dating tepi pantai... Tak moooo moody2 laa ek... Nanti kening bercantum... Elfira Loy tak boleh cari makan... He He He... Senyum skit!

      Delete
    3. takpe kita tukar location..janji dating jangan risau JAIS tak kacau kita nanti :)
      takpe elfira sambung cari makan kat jakarta ikut baim wong

      senyum! sambil tayang gigi

      Delete
  6. Assalamualaikum mrs. smile. First time singgah sini, salam perkenalan.
    Tertarik masuk sini lepas nampak title entry ni.

    Hehe, saya pon selalu naik minyak dengan orang-orang mcm ni. Nama sahaja perempuan, tapi tak boleh nak berfikir perasaan perempuan lain. Tak apalah mrs smile, sekarang dia di atas, memang mudah lupa yang hidup ni macam roda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam..terima kasih KD sudi singgah sini :)
      maaflah terbaca entry meroyan saya nie..tapi kadang-kadang memang macam tu golongan perempuan jugalah yang selalu menguris hati golongan perempuan itu sendiri...

      Delete
  7. biasalah mulut orang x blh nk tutup.. jodohkn rahsia Allah.. kita serah pada dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang mulut yg tak boleh ditutup tu yang mengugat ketenangan kita
      kalau lah boleh tahu rahsia tu kan :)

      Delete
  8. Yeay!!! JM datang dan baca sambil tersenyummmmmm semanis senyuman mrs smile heeee

    JM dah lali dengan org2 mcm ni, menyibuk x kena tempat dan sakit hati pun ada klau asyik tanya pasal jodoh ni. Org yg nk rekomen or yg bertsnya tu kenapalah x senang duduk ke, hati sakit ke klau perempuan umur 30an x kahwin. Lain lah klau kita ni nk goda lelaki dia klau duduk diam jaga rumah tangga sendiri x perlu nk rekomen dgn suami org lain klau kita rampas suami dia nk ke?

    Ehhhh JM pesal pulak tiba2 hemo nih ahahaha geram dgn org mcm tu ckp x berfikir

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM datang dengan lengang lengoknya lalalala
      JM perdulikan orang mcm tu janji kita bahagia dengan hidup kita sudahlah...
      lah terjangkit emo mrs ke hihi

      Delete
  9. salam kenal dari kaknoor mrs smile, tertarik kisah rekemenkan suami orang tu hehee first time masuk sini cool dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga dari mrs..terima kasih sudi singgah sini :)

      Delete
  10. (sambil pegang tasbih.....)
    Sayangi Allah..nescaya manusia akan sayangi mu

    (sambung sesiap solat hajat...)

    *gile skema cara komen tadi* wink wink...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi kak long :)
      Alhamdulillah bagus amalkan solat sunat hajat...habislah satgi ada yang kata riak pulak
      sambil sambung pegang tasbih :P

      Delete
  11. Kita kena ambil pengajaran ni. Janganlah sesekali kita buat orang. Esok lusa kita belum tahu, orang buat kita pulak macam tu. Tentu sakit rasanya kan... Semoga dia diberi kesedaran untuk lebih berhati-hati bila berkata-kata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mama..kadang2 orang tu tak berfikir pasal orang lain bila dia tengah mengecap bahagia
      semua orang punya susur jalan yang berbeza

      Delete
  12. salam kenal, memang boleh mengusik jiwa enrty ini sebab kita pun pernah alami nasib yg sama....
    Cool jer, kita reply kt orang tu, terima kasih sebab perihatin pada saya,
    simpan jerlah calon tu utk anak perempuan awak nanti....

    Allah dah tentukan saya bertemu jodoh dengan bujang trang tang tang, bukan suami orang dan bukan duda...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal nasa mulia..terima kasih sudi singgah sini :)
      yer kenkadang orang suka bertanya tanpa hiraukan perasaan orang lain kan...tahniah yer dapat yang bujang trang tang tang..semoga bahagia till jannah

      Delete
  13. Salam .Hee kawen itu sornok, tp nk jage perkawenan tu yg tak sronok., huhu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi tiga lalat thanks sudi singgah sini
      masing masing kena sama jaga baru adil hehe

      Delete