Friday 14 November 2014

Belajar Dari Pengalaman





Lumrah manusia pasti akan berlaku kesalahan dan kesilapan di dalam hidup dia. Tetapi, berapa ramai dari kita yang berlajar dari kesilapan yang sama?? Namun masih ada juga yang seringkali melakukan 
kesilapan yang sama berulang kali. Mungkin, kesilapan itu akan merubah hidup kita? merubah ikatan 
persahabatan kita? merubah ukhwah yang baru terjalin, sape tahu kan...
jika kesilapan itu kecil mungkin tak memberi impak yang besar,
 tetapi tak bermakna ia tak meninggalkan kesan di hati.
Hati yang terluka, hati yang terasa, susah untuk kembali ke asal.

Kadang kala ada yang suka menuding kesalahan tu pada diri orang lain, hakikatnya diri sendiri punca
kepada permasalahan itu. Kenapa perlu menuding jari kepada orang lain jika kita 
sendiri juga punya serba serbi kekurangan? 

Dan kita sebagai manusia memang tidak pernah lari daripada membuat silap,
sebab kita bukan maksum, memang tak pernah sempurna.
Dan, belajarlah agar tidak melakukan kesilapan yang sama berulang kali, 
bukan untuk sesiapa tetapi untuk diri kita sendiri.
Ye, untuk diri kita sendiri.

Ingat!
Jangan demi memuaskan hati sendiri, tanpa sedar kita mengulangi kisah yang sama sekali lagi
Kesian, jika itu benar-benar berlaku pada diri kita, 
bermakna kita tak pernah berlajar dari kesilapan yang lalu...
sia-sia bukan??

Dan, ikhlaskan hati memohon maaf sekiranya kita ada membuat salah terhadap seseorang, 
buang yang keruh ambil yang jernih, benda yang dah lepas usahlah dikenang. 
Jadikan sebagai pengajaran, itu adalah rencah pahit manis travelog kita. 
Jangan terlampau di jaja merata-rata,

Peace!


Nota kaki : Diam bukan bermakna tak tahu, bukan bermakna tidak nampak, tetapi sengaja aku pilih untuk berdiam. 


14 comments:

  1. memaafkan itu penuh dengan keindahan....
    tapi nak mulakan bukannya mudah, betul tak acik smile?

    * nk komen panjang lebar, tapi dah ptg2 begini malasnya nak menaip ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi zilla...betul tu buang yang keruh ambil yang jernih, jangan disimpan di dalam hati
      janji hati kita senang kan!
      tapi nak kembali ke asal mungkin dah tak sama :)

      no problem zilla...achik smile okay jer!

      Delete
    2. betul tu acik...nak kembali ke asal tu mmg tak mungkin..bangkit dari kenangan semalam itu sebenarnya jauh lebih manis dari kita terus hidup di takuk yang sama, betul x? ;-)

      Delete
  2. Tak retilah nak bermadah. Teringin Tapi tak reti. Camana tuh? Kikiki
    Harap Mrs bertabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko xyah bermadah. Bek fikir bila nak gi Bromo. Hahaha.

      Delete
    2. Ceh ko ni. G cari tiket utk aku. Sbb ko kan org harapan utk cari tiket kannn. ....kikikkiki

      Delete
    3. syieda..nanti menuntut ilmu bermadah dgn BB...tapi kena pastikan LOVE mode dia on!

      bibie tolong jaga syieda kat bromo nanti...syieda tolong jaga bibie kat bromo nanti :)

      Delete
    4. Keji tau x. Siap highlight love mode tu ha. Motif sangat kan. Xpe nanti kalau kitorang sentap menyentap, kitorang duduk bertapa kat Bromo untuk tenangkan hati.

      Syida, orang harapan yang x boleh diharap sebenarnya hahaha.

      Delete
  3. Don't let banana pregnant two times... Drink banana uyu many time very good! He He He...

    ReplyDelete
  4. Mrs jangan bersedih..JM kan ada heeee

    ReplyDelete
  5. mistake is a good teacher
    but making the same mistake..is not a good one
    ok ..akak lapar time buat komen ini..maka...
    kbai...

    nak pi makan
    eheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes i'm agree with u akak....
      eeeh
      ingatkan nak makan sekali
      kbai hihi

      Delete