Thursday, 20 November 2014

Akhirnya...berjodoh juga kita!



Finally, berjaya juga membeli

Perasaan?? haruslah gumbira :)




Friday, 14 November 2014

Belajar Dari Pengalaman





Lumrah manusia pasti akan berlaku kesalahan dan kesilapan di dalam hidup dia. Tetapi, berapa ramai dari kita yang berlajar dari kesilapan yang sama?? Namun masih ada juga yang seringkali melakukan 
kesilapan yang sama berulang kali. Mungkin, kesilapan itu akan merubah hidup kita? merubah ikatan 
persahabatan kita? merubah ukhwah yang baru terjalin, sape tahu kan...
jika kesilapan itu kecil mungkin tak memberi impak yang besar,
 tetapi tak bermakna ia tak meninggalkan kesan di hati.
Hati yang terluka, hati yang terasa, susah untuk kembali ke asal.

Kadang kala ada yang suka menuding kesalahan tu pada diri orang lain, hakikatnya diri sendiri punca
kepada permasalahan itu. Kenapa perlu menuding jari kepada orang lain jika kita 
sendiri juga punya serba serbi kekurangan? 

Dan kita sebagai manusia memang tidak pernah lari daripada membuat silap,
sebab kita bukan maksum, memang tak pernah sempurna.
Dan, belajarlah agar tidak melakukan kesilapan yang sama berulang kali, 
bukan untuk sesiapa tetapi untuk diri kita sendiri.
Ye, untuk diri kita sendiri.

Ingat!
Jangan demi memuaskan hati sendiri, tanpa sedar kita mengulangi kisah yang sama sekali lagi
Kesian, jika itu benar-benar berlaku pada diri kita, 
bermakna kita tak pernah berlajar dari kesilapan yang lalu...
sia-sia bukan??

Dan, ikhlaskan hati memohon maaf sekiranya kita ada membuat salah terhadap seseorang, 
buang yang keruh ambil yang jernih, benda yang dah lepas usahlah dikenang. 
Jadikan sebagai pengajaran, itu adalah rencah pahit manis travelog kita. 
Jangan terlampau di jaja merata-rata,

Peace!


Nota kaki : Diam bukan bermakna tak tahu, bukan bermakna tidak nampak, tetapi sengaja aku pilih untuk berdiam. 


Monday, 10 November 2014

Entry Layan Jiwa



gambar ehsan pakcik google


Aku....

Percaya setiap hubungan yang bahgia itu bermula dengan kepercayaan.
Kepercayaan untuk setiap jenis hubungan sesama insan dan juga Tuhan.
Tetapi kadang-kadang, kepercayaan juga boleh berakhir dengan kebodohan.
Apabila percaya membuta tuli terhadap penipuan seseorang.

Hakikatnya....

Kepercayaan itu datang bersama keyakinan.
Kerana, saat kepercayaan itu telah mula hilang.
Tahap keyakinan juga semakin kurang.

Dan....

Sama seperti Iman
Kita berdiri atas percaya pada enam perkara yang menjadi TIANG
Apabila satu tiang hilang dan patah.
Iman kita juga turut goyang.





Monday, 13 October 2014

Apakah yang kita cari?




Hai!

Assalamualaikum...

Saja nak buat soalan rawak " APAKAH YANG KITA CARI DALAM SETIAP PERHUBUNGAN ATAUPUN PASANGAN? "

Ada sesape nak share??  meh kongsi kat sini mana tahu yang belum bertemu boleh dapat tips atau yang sudah bertemu boleh memperbaiki kekurangan masing-masing...hehe

Zaman muda remaja dulu mesti nak mr right kita tu yang hensem, muka pun kalau boleh nak ala-ala artis yang kita minat pastu mesti nak yang beduit yang lain tak kisah sangat..itu akulah di satu ketika dahulu :P

Rasanya..ciri-ciri tersebut dan harapan kita dalam sesuatu perhubungan itu mesti berubah seiring dengan pertambahan usia.


"Suatu hari nanti, jika kamu terpaksa membuat pilihan.
Maka pilihlah seseorang  yang membawa kamu ke JALAN ALLAH
dan hati kamu berasa tenang apabila bersamanya" 

Insya-Allah..apepun semoga pilihan yang kita buat itu tepat.
Ameen




Sunday, 5 October 2014

Salam AidilAdha




Allahu Akbar...
Allahu Akbar...
Allahu Akbar...
Laa Ilaaha Illallah Wallaahu Akbar...
Allahu Akbar Wa Lillaahilhamd...

Walaupun banyak kisah suka dan duka yang kita lalui..semoga raya qurban kali ini membawa sejuta pengertian dan keinsafan terhadap pengorbanan kita selama ini.




Thursday, 11 September 2014

Aku Bosan!




Benda serious, jangan di jadikan bahan gurauan tak semena-mena and please tolong hormat orang lain sama. Mungkin awak rasa ianya jenaka untuk awak, tetapi tidak pada mereka.

Bukan tak boleh bergurau, tetapi nak bergurau pun kena ada hadnya, ada masanya. Bukan namanya gurauan kalau dan buat orang berkecil hati..luaran dia nampak steady tapi dalaman awak tak tahu kan.

Awak tak berada di tempat mereka dan awak tak tahu ape yang mereka sedang usahakan,  tak kan semua benda nak kena habaq sebijk-sebijik...kena paham sama air muka orang lain. 

Belajar menghormati perasaan orang lain, kita duduk di atas dunia ni bukan sorang-sorang.

Yer aku emo sangat..sebab dah tak tahan, bosan mengadap kerenah yang berulang kali. 




Thursday, 4 September 2014

Ape-ape aje


" Maaf itu mudah, Lupa itu Payah"


Setuju??

Aku tak berape nak setuju, sebab aku ambil masa untuk memaafkan orang,
 tak mudah nak memaafkan, kejam kan aku, tapi tengok tahap kesalahan lah kan,
 walaupun tahu tak baik tak memaafkan orang yang dah mohon maaf,
 tapi kalau masih ada rasa sakit macam mana kita nak maafkan. 
Cuma bab lupa itu payah..setuju 300%. Pengalaman dan pengajaran dalam hidup
mana boleh lupa...kena ingat sampai bila-bila, kalau boleh sekali dengan 
tarikh-tarikh nak ingat..

Dan sekali pun kita maafkan, luka tu tetap ada
Mungkin betul..luka kecewa dan sakit hati, perlu lebih masa untuk sembuh.
Luka dalaman tak sama dengan luka luaran...

Pernah ambil masa  hampir 3 tahun untuk memaafkan seseorang...
lama bukan...