Saturday, 9 May 2015

Titik!




Semua di sini ada hak untuk bersuara ada hak untuk menulis mengikut suara hati sendiri. Melalui tulisan juga mampu menzahirkan segala rasa, korek dan carilah maka kita akan temui sesuatu. Rasa seorang hati manusia, apa saja yang kita buat atau kita lakukan pasti ada harga sebuah "Pengorbanan" yang tidak diketahui harganya yang perlu dibayar. Masih bernafas kita hingga ke saat ini...disini, di mana kita berada sekarang pasti ada kisah silam yang membawa kita ke hari ini.....kisah penuh suka dan duka barangkali, pelbagai cabaran yang kita hadapi.......menuntut sebuah pengorbanan akal hati dan perasaan.

Kisah silam yang kita panggil pengalaman. Pengalaman yang telah mendewasakan kita, yang mematangkan fikiran kita, menguatkan iman kita lantas menjadikan kita lebih waras berfikir dan berhati-hati dalam setiap tindakan yang diambil. Tetapi masih ada juga yang dangkal...tidak mahu mengambil sebagai iktibar, masih tidak serik-serik dengan hukuman yang diterima lantas melakukan perkara yang sama berulang kali. Peluang telah diberikan berkali-kali tetapi masih juga dengan ego atau mengikut kepala sendiri? Jadi, cukup rasanya sampai disini........full stop! 

Selamat berhujung minggu.......kemanakah destinasi korang hari ni?


Smile :)



Nota kaki : Ada orang datang bukan sebab dia suka, sebab dia baik...hargailah mereka itu


Monday, 4 May 2015

Pernah jumpa?



"sebaik baik sahabat ialah orang yang kita percayai, kita merasa damai dengannya, kita dapat
mengadu kesusahan kita kepadanya..dan dia juga mampu menceritakan kesusahannya 
kepada kita dan tidak akan sesekali membocorkan rahsia kita" 

pernah punya SAHABAT sebegini?

smile :)



Wednesday, 22 April 2015

I'm Tired!


google image


Tension nak menghabiskan minggu nie...minggu yang sarat! minggu yang lemau! minggu yang banyak drama! fuuuhh penat letih semua ada...gangguan emosi sungguh.

Lost!


Wednesday, 25 March 2015

Post ini khas untuk Kelab Jari Debab



Masa Hot Air Ballon Putrajaya hari tu

aku jumpa mereka-mereka ini...

first time jumpa,  kecuali seorang akak tu dah pernah jumpa sebelum tu 

dia bawa adik dia bersama......hi adik! kot-kot terbaca entry akak hehehe

lama juga kami borak hari tu ...terima kasih akak! 

mendengar macam-macam cerita saya..tolong jangan serik :)

dan tolong "basuh" saya kalau saya terlebih mengarut hehehe

dan

akak tu yang pelawa aku join datang sini.......

join mereka-mereka ini...tengok blogger2 otai tembak gambar belon kat Ayer@8 Putrajaya

aku kagum..sebab tak pernah ambik gambar macam tu :)

pastu piknik bersama-sama,  ikut serta juga seorang cowok dari Jakarta.....si gadis manis yang bawa

mesti dia pening tengok kami-kami yang macam kanak-kanak ribena terlebih umur

makan-makan pastu gelak lagi..gelak lebih dari makan aku rasa

tapi apapun yang pasti kami happy.......

terima kasih untuk makanan yang sedap-sedap itu....yang gigih memasak mengoreng mensalut membalut 

dan macam-macam lagi...

dan sekali lagi TERIMA KASIH

untuk mereka-mereka yang sudi terima kedatangan aku

dan berkenalan juga dengan 3 orang lagi ahli Kelab Jari Debab mereka tapi bukan di situ 

tetapi di dalam group whatsapp belum pernah bersua muka cuma 

Hi Hi di dalam group whatsapp jer.........kecoh semuanya sampai aku selalu blurr tak sempat kejar conversation mereka...memang sah-sah aku muka blurr

tapi aku tak kesah pun

yang penting kami semua happy :)

Alhamdulillah






Friday, 20 March 2015

Note to self



(gambar takde kena mengena..ihsan pakcik google)


" Tidak semua doa yang kita minta dengan Allah itu baik
untuk masa depan kita"

Lalu Allah beri dalam bentuk lain, yang lebih baik 

Senyum :)


Tuesday, 17 March 2015

Yang mana satukah anda??


Tengahari tadi dapat soalan ni dari group whatsapp saja nak share kat sini.......soalannya berbunyi seperti berikut:-


Perempuan nie ada 5 jenis :-

a) Pandai masak tapi malas nak masak

b) Tak pandai masak tapi rajin nak masak

c) Pandai masak lauk tapi tak pandai buat kuih

d) Pandai buat kuih tapi tak pandai masak lauk

e) Langsung tak tahu apa-apa bab masakan


Yang manakah satu anda???



Thursday, 5 March 2015

Sanggup bermadu?? tapi bukan berpoligami


"Bukan soal nak berpoligami atau tak, tapinya..kalau dia sanggup bermadu, maksudnya dia tahu, saya bukannya milik dia sorang. Saya masih milik Allah, maka saya taknak  dia ada rasa "cemburu" bila saya balik lambat sebab hadiri majlis-majlis ilmu atau program keagamaan, saya balik lambat sebab ada usrah. Atau andai kata hujung minggu saya ada di hospital sebab ada pesakit yang memerlukan saya lebih pada waktu itu. 

Saya nak dia pegang pada prinsip, pernikahan adalah satu ikatan yang menguatkan. Kuatkan saya untuk terus berada atas jalan ini. Pernikahan bukan untuk menjauhkan saya atau dia dari jalan yang kami sama-sama pilih sebelum nikah" - Budak Tomato



Indahnya! 

Teeeeeet cengeng lagi aku hari ni :(