Thursday 1 August 2013

Kami nak datang beraya

Assalamualaikum :-)

Sedar tak sedar kita dah hampir ke penghujung Ramadhan...bagi aku Ramadhan kali ni agak kurang meriah atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan...

Besok ramai diantara kita yang dah start bercuti dan akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari lebaran bersama-sama keluarga...tapi ada juga yang dah mula bercuti mulai hari ni untuk pulang ke kampung...memandangkan cuti raya pada tahun ni tak berape nak stategik sebab dihujung minggu...rata-rata akan kembali bekerja pada hari isnin atau hari selasa.


Okeylah kita tutup bab balik kampung tu nanti buat aku rasa tak sabar nak balik, sebabnya aku tak boleh balik kampung awal huhu sedih kot...korang yang dah nak balik kampung tu semua mesti dah siap-siap tukar kan duit raya...aku aje belum lagi, tak tahu kenapa rasa malas sangat nak menjengok ke bank time-time macam ni..sure umat manusia ramai!! 

Teringat time kecik-kecik dulu tak kisah dapat duit buruk ke duit baru ke duit syiling ke...janji dapat duit raya, dapat 50 sen pun dah puas hati sangat...tapi budak-budak sekarang dah pandai demand...kalau dapat RM1.00 tu mesti diperlinya kita, kata kita ni kedekut....paling-paling koman mesti RM2.00 kalau bagi lebih dari RM5.00 mau 2 3 kali budak-budak tu ulang datang rumah...hahaha teringat time aku kecik-kecik dulu...geng-geng beraya mesti sibuk canang rumah mana yang akan bagi duit raya banyak, so sesape yang rasa nak kumpul duit banyak mesti akan pegi kat rumah tu paling kurang 2 kali pastu siap cakap kami taknak makan minum..kami datang nak beraya jer makcik..hahaha macam lah tuan rumah tu tak tahu niat sebenar kan...tapi itulah pengalaman manis time kecik-kecik dulu beraya konvoi keliling kampung sambil kayuh basikal.

Lately ni...sejak ada teknologi canggih ni...budak-budak dah kurang nak buat rombongan geng bas sekolah dari satu rumah ke rumah yang lain untuk kutip duit raya...masing-masing sibuk kat depan tv samaada main games atau layan internet tak pun melekat dekat hp masing-masing updates FB dan twitter...samalah macam anak-anak buah aku, nak diajak beraya ke rumah saudara-mara pun kadang-kadang liat...bila dah makin besar lagi lah hazab nak ajak, kekadang saudara-mara datang ke rumah pun diorang leka lagi dengan semua benda alah tu...macam-macam kerenah ada...last-last saudara-mara sendiri tak kenal sangat.

Rasanya next week baru aku pegi tukar duit raya..hopefully masih ada lagi, eeh tahun ni ramai yang komplen sampul duit raya dapat sikit...ada bank yang bagi 1 aje..mana nak cukup, mana nak cekau lagi..cer kabar bank mana yang bagi sampul lebih dari satu kalau korang tahu...senang aku nak terjah!

Pada yang nak memulakan perjalanan ke kampung tu..hati-hati semasa memandu..semoga selamat sampai ke destinasi.


5 comments:

  1. Selamat Hari Raya MS...maaf Zahir dan Batin..Ikhlas dari JM :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya JM..maaf zahir dan batin! bila balik kg?

      Delete
  2. Dulu masa kecik2, tak kisah pun dapat duit syiling berapa pun. Tapi skrang kalau bagi kat budak2, terus bukak sampul duit raya and tanya 'Lor, banyak ni je ke'. Hehehe. But things change kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah memang betul..tanya direct lagi takde malu2 dah..kadang2 kita lak yang termalu dengan soalan diorang tu...pastu mula terpikir dalam hati eeeh sikit sangat ke aku bagi??

      Delete