Monday 12 May 2014

Pengalaman bersama Cik Misi

Assalamualaikum! Selamat Hari Isnin...

Arrghhh malasnya nak keje hari ni setelah dua hari lupa daratan, baru hari nie kembali ke pangkal jalan! Next week akan bertambah busy...tapi demi hari bahagia kengkawan tak kisah lah, kita pun tumpang happy

12 May merupakan tarikh hari misi sedunia..selamat hari misi untuk kengkawan yang bergelar misi, juga untuk rakan blogger yang jadi misi dan juga untuk misi-misi yang banyak menjaga aku. Banyak sangat jasa mereka pada aku  yang boleh dikatakan  banyak kali juga check in kat hospital, lepas ni dah taknak check in lagi...tak suka!

Rekod paling lama check in adalah 2 minggu kat satu hospital tu...Ya-Allah hazab sungguh time tu, tak sabar nak balik rumah, last sekali hampir sebulan aku check in di tiga buah hospital yang berlainan, bayangkan berapa ramai misi yang attend aku...tu lom kira yang check in sebelum sebelum ni lagi huhuhu.....

Apapun, terima kasih tak terhingga atas jasa-jasa cik misi misi yang banyak melayan kerenah aku, bukan senang untuk mereka sebenarnya, mereka ketepikan semua perasaan diri sendiri tetapi demi tugas dan tanggungjawab mereka buat sehabis baik. 

Teringat lagi pengalaman aku di hospital bersama cik misi misi, ramai yang cakap, hospital swasta layanan lebih bagus! entahlah tatau aku nak compare, tapi yang aku pasti..duduk di hospital tetap tak best! tak kiralah macam mana pun.. cuma, selama kita check in di hospital, misi-misi inilah yang jadi kawan-kawan aku secara tak langsung. merekalah yang lap yang mandikan aku bila aku dah tak berupaya untuk menguruskan diri sendiri, rasa sangat tak berguna time tu! yang tolong basuhkan segala muntah aku, lagi sekali rasa yang sama! yang tolong temankan aku exercise setiap pagi, malu weh orang yang kita tak kenal buatkan semua tu untuk kita, tapi dah takde pilihan..pasrah menyerah seadanya janji aku bersih! cik misi misi ni juga suka inject aku kat montot..sakit tau! yang pasti sangat banyak pengalaman aku bersama mereka...selebihnya biar aku simpan sendiri.

lastly aku nak ucapkan
Selamat Hari Misi untuk mereka semua, kerjaya anda sangat mulia! 




p/s : mesti ada yang hairan kan kenapa family tak jaga saya, sebabnya setiap kali masuk hospital saya tak pernah cakap dengan diorang sebab taknak diorang susah hati, cuma saya tinggalkan pesan pada kawan, kalau jadi apa-apa pada saya time operation tu baru inform family..selalunya saya kena marah ngan kawan saya tu hehehe





6 comments:

  1. Satu pengalaman berharga dapat di jaga oleh Cik Misi...:-) terima kasih kepada mereka kan. Sbb kerja misi ni pun kekadang stress jgk..sbb pesakit pun bagai2 ragam dan perlu byk bersabar..yang panting Mrs dah sihat sekarang...jaga pemakan ehh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu jm, pada pendapat mrs kerjaya nie sangat mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi

      Delete
  2. Kenapa tak nak share dgn family? Kuatnya awak...kalo saya rasa tak boleh survive kot.

    Jaga kesihatan yer...tak mo masuk2 spital lagi tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab taknak diorang susah hati..nanti diorang sakit, lebih baik kita yang sakit dari diorang..
      insya-Allah memang takmo dah masuk hospital kalo boleh tu :)
      thanks

      Delete
  3. pengalaman dok spital mesti byk ajar Mrs Smile
    berpikir secara rational...
    bertindak secara baik...
    berjiwa secara positif...

    akak salute mrs smile on that matter.
    Happy Nurse Day!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe akak, kadang-kadang saya emotional gak time duduk kat hospital nie
      bila sakit kadang-kadang sabar tu hilang, rational pun hilang entah kemana,
      sebab dalam hati hanya pikir nak sihat macam selalu...tak sabar

      tapi...bila dah keluar ward, muka ceria semacam, otak pun dah boleh berfungsi secara waras, time tu baru positif balik hehehe
      apapun itu pengalaman yang sangat berharga pada saya!

      Delete