Thursday 24 July 2014

Ramadhan Bakal Berlabuh, Syawal Kian Menjelma





Pejam celik pejam celik...Ramadhan dah hampir ke penghujung, terasa cepat sangat masa berlalu. Hampir tiba saatnya untuk kita berpisah dengan bulan yang penuh rahmat dan keampunan Allah, serta bulan di mana banyak yang dibebaskan dari siksa neraka.

Bagaimana dengan Ramadhan kita pada tahun ini? Adakah kita hanya berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga ataupun kita berpuasa dari segala aspek dengan pengertian sebenar-benar puasa...tepuk dada tanya iman, apapun semoga puasa dan ibadah kita diterima Allah. Adakah kita akan menemui lagi Ramadhan yang akan datang? dan seandainya Ramadhan ini yang terakhir bagiku, moga Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang bermakna buat aku dan semua umat Muhammad. Insya-Allah

Dan dengan bakal berakhirnya Ramadhan, maka kedatangan syawal dinanti-nantikan oleh semua.Semoga syawal kali ini diraikan dengan penuh keinsafan bersama sanak saudara dan jangan dilupa pada mereka yang kurang bernasib baik.  

Dikesempatan ini juga aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai kata ada salah dan silap terguris rasa, tersalah kata dan tersinggung atas kekhilafan diri ini... harap dimaafkan.

Bagi yang memandu ke kampung hati-hati dalam perjalanan semoga semuanya selamat sampai ke destinasi untuk berjumpa keluarga tersayang.



14 comments:

  1. selamat hari raya, mrs.smile...maaf jika ada keterlajuran kata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya juga untuk zilla sekeluarga...mrs pun sama mohon maaf andai salah dan silap
      kosong-kosong yer :)

      Delete
  2. Mrs...JM pun sama nak hulur tangan tapi tak samapi jadi JM nak hulurkan katan je......JM juga ingin minta maaf jika ada terkasar bahasa tersalah tulis sepanjang tinggalkan komen kat sini...kira korong-kosong lah ye...harai2 mendatang jugak jika ada salah harap maafkan ye. Mrs x ada salah apa2 ngan JM...semua ok je..best dpt kenal Mrs di alam maya nih

    Zilla : Selamat hari raya jugak maaf Zhir dan Batin..suka baca blog jln2 Zilla tu..mmg BEST sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya gak untuk JM sekeluarga..moga raya kali nie lebih meriah, insyaAllah tahun depan lebih meriah dengan orang tersayang..amin amin

      mrs pun mohon maaf andai ada salah dan silap mrs sepanjang kiter kenal kat alam maya nie, kalau ada rezeki nanti kiter jumpa kat alam nyata pulak yer :P
      thanks utk kad raya dan juga duet raya, insyaAllah nanti mrs balas yer walaupun bukan kad raya :)

      Delete
  3. selamat hari rayaaaa akak mrs. smile! maaf zahir dan batin! Jangan main mercun tau. hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya gak untuk adik yang kat perantauan nie! sila masak redang ketupat nasi impit sendiri yer, memandangkan kamu memang dah pandai masak..pastu share dengan kitaorang tau!

      takmo main mercun...takut hilang jari :P

      Delete
  4. Selamat hari raya MS...Maaf zahir dan batin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya akak...maaf zahir dan batin juga dari mrs

      Delete
  5. you are strong .. remain that strength,
    salam lembaran maaf dipinta,
    even with the hardest weather,
    jangan rebah sebelum tiba masa.

    wah..itu pantun?
    heheh
    selamat hari raya dik!!!!!



    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks akak!
      bole juga tu...sedap gak dibaca hehe
      selamat hari raya kak...taknak jemput datang rumah :P

      Delete
  6. selamat hari raya maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya maaf zahir batin nieda...

      Delete
  7. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya maaf zahir batin juga untuk arz moha :)

      Delete