Friday 18 July 2014

Tak sensitif?? ape kes pulak nie!


Assalamualaikum

Tadi tetiba dapat satu massage kat inbox FB dari seorang kawan bertanya...eeh kenapa aku tak pernah nampak engko post apa-apa pasal Gaza dan juga pasal isu terbaru MH17?  tulisnya lagi engko tak prihatin ke pada apa-apa yang berlaku sekarang? lebih kurang macam tulah ayat yang saya terima dekat kotak inbox FB, hakikatnya FB tu dah lama aku tinggalkan..eeh dia stalk aku ke?? hehehe bajet pames sangat lah pulak karang kena haktui baru sedar diri kan!

Blank kejap...tak tahu macam mana nak respon dengan soalan yang macam tu, langsung tak menjangka...so aku biarkan soalan tu tak berjawab. 

Pendapat aku, tidak semestinya kita tak post benda-benda berkaitan Gaza atau berkaitan MH17 kita tak sensitif dengan isu-isu tersebut. Dan secara jujurnya aku memang tidak selesa dengan gambar-gambar yang di "share" tersebut, hati aku tak cukup kuat untuk menatap wajah-wajah mereka yang menjadi mangsa kezaliman rejim zionis, aku juga tak mampu nak melihat mayat-mayat yang bergelimpangan, apatah lagi nak di "share'. Artikel berkenaan isu-isu tersebut aku takde masalah. 

Cuba membayangkan jika kita salah seorang ahli keluarga mereka, agaknya macam mana perasan kita masa tu? Hakikatnya masing-masing punya cara tersendiri untuk menunjukkan rasa simpati dan turut berduka atas apa yang berlaku. Kita tak mampu nak angkat senjata tapi kita mampu angkat tangan untuk berdoa kan..doa tu tak perlu kot nak dihebohkan hebohkan pada orang lain. 

Dari satu sudut, isu terbaru nie juga ada hikmahnya...sekurang-kurangnya dapat mengalih perhatian terhadap isu CDM 25, macam mana rasa kalau aib kita ditayangkan sebegitu?? Ya-Allah mohon dijauhkan, dan juga bukan tiket untuk kita buat sesuatu sesuka hati. Semoga kita lebih insaf dengan pengalaman-pengalaman orang lain. Zaman sekarang zaman cyber..semua hanya dihujung jari! Sekarang banyak yang Allah SWT bayar cash ...bukan Cash Deposit Machine tau!

Akhir kata, yang tua wajib dihormati, walaupun berlainan agama dan bangsa. Senyum manis-manis yer :) 

p/s : menulis entry nie dalam keadaan emosi aku yang macam roller coaster...ujian jugak tu buat aku di bulan mulia ini. Allahu sayang Allah ketat-ketat!



18 comments:

  1. ada perkara kita tak mampu nak luahkan dengan kata2 lewat tulisan tidak kiralah di blog, fb dan sebagainya, kan mrs.smile??.biarlah..namun itu tidak bermakna kita tidak prihatin..biarlah apa yang kita lakukan menjadi rahsia antara kita dan Dia...tak perlu nak kecoh2..tak perlu nak heboh2..tak perlu nak dicanang2...

    * masih blurrr dgn insiden MH17...peringatan Dia buat kita semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul zila, mrs setuju sangat-sangat...terlalu banyak sebenarnya yang tak mampu kita luahkan dengan kata-kata

      Delete
  2. Ya Ampun..ada jugak orang yg mcm tu eh..kalau kita diam tak de komen tentang isu sekarang di katanya tidak perihatin..ish..ish..ish..kenapa lah ada penyebok mcm tu..nasib baik JM yg x pernah post mengenai isu GAZA di FB x de yg tanya kenapa ko tak post..ko tak perihatin ke..isshh..mcm nk ketuk je kepala org yg mcm tu...Ya Allah...dunia kahir zaman ni macam-mamca..sabar ye Mrs..adakah kalau kita berdoa selepas solat agar Allah selamatkan bumi Gaza pun kita nk heboh2 kan..biasanya org yg post di FB tu kadang2 bukan niat ikhlas or simpati TETAPI NAK TARIK PERHATIAN org je...astgfirullah...terlebih EMO lah pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM itulah masalahnya...ramai orang yang macam tu, bukan setakat isu nie aje, macam-macam isu lain yang orang sibuk nak besarkan.

      Yang penting niat tu...tapi dulu kan, mrs pernah juga rasa mcm tu tapi takde lah sampai msg si polan tu camni, tapi bukan isu ini lah tapi isu lain, tapi bila dah lama-lama tu pikir balik, eeh itukan page dia suka hatilah ape yang dia nak post, kalau kita kurang senang..tekan jer button hide atau unfollow, habis cerita...hehe bunyi mcm kejam kan :P

      Delete
  3. Sabar byk2....mmg ada org spesis mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mrs dah tak nak ambik port pasal isu-isu camni..buat stress diri aje nanti heheh

      Delete
  4. buat do no jer dan jangan ambil hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. first dapat msg tu memang rasa annoying sangat..tapi sekarang dah okay, dah buat tatau :)
      hati saya lebih senang

      Delete
  5. Ya Allah pelik sungguh. Ingatkan Bb je kena haritu, dikata sokong Israel sebab rajin melawat Setabak. Memang xpenah share benda2 related Gaza & recently insiden MH17. Bukan sebab xprihatin tapi MS cakap, xsanggup. Nak nengok pun xlarat hati ni.

    Buat xlayan jelah MS. Janji Allah tau hati kita. Cheer up.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lah bie pun kena yang sama gak rupanyer...bertabahlah yer!
      actually stabak tu memang peberet mrs sebenarnya, mampus la kena hentam lagi pasni kalau minum!!!!!

      ha'ah sedihkan rasa sayu jer..maklumlah hati tisu sangat!

      Delete
  6. MS, saya lagi best.. menyepi di fb dan blog sekaligus. Tp x bermakna kita x prihatin. Biarla apa org nk cakap, yg penting Allah tahu apabyg kita buat dan ada dlm hati kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutlah dah lama mrs tak nampak entry baru PM..takpe mrs agak memahami keadaan PM sekarang
      bukan hanya setakat like and share jer bermaksud kita prihatin..banyak lagi sebenarnya yang boleh dilakukan :)

      Delete
  7. bior je derang nak cakap apa pun.
    jadi kura-kura pekak
    slow slow jln tak pedulikan org
    stress kalau layan ...
    pikir aib sendiri..pikir acaner rupa kematian kita nanti
    baru lah kita sibuk dgn urusan kita dah tak heran dgn kata2 org lain
    (plus doakan org itu balik ke landasan asal)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah buat macam akak cakap tu hihi
      hati saya pun senang...yes moga dia jumpa landasan yang asal, amin amin Ya Rabbal Aalamin

      Delete
  8. pun jadik isu ke kalau tak post pasal isu terkini?

    adoi la maknusiaaaa~

    ReplyDelete
    Replies
    1. GB...itulah yang mrs sangat-sangat tak paham...
      sampai tak terbalas msg dia :)

      Delete
  9. manusia jenih takdak keja lain dah rasanya tu.
    tu psl dia sibuk stalk org update ke tak ke..
    sy sendiri pon x selesa tgk org share gmbr2 Gaza
    yg cedera sana sini.. bertakung air mata tiap kali tgk :(

    pastu pulak isu CDM25 tu pon, siapa kita ni nak beriya2
    share aib org kan? aib kita ni belom tahu lagi cemane..

    Alhamdulillah isu MH17 byk dipermudahkan Allah SWT..
    kita tak update atau tak tulis psl sesuatu isu tu tak bermakna
    kita x prihatin sbnrnye.. lain org, lain cara. kan MS ? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. anamizu...itulah macam-macam ragam manusia, kadang-kadang dah tak boleh nak hadam
      kalaulah aib kita dibuka mcm tu..mrs pun tak tahu mcm mana, tapi bukan bermakna kita setuju dengan apa yang dia lakukan kan :)

      semoga dipermudahkan...tapi bila tengok news macam-macam pulak halangan sekarang, kesian

      Delete