Monday 23 December 2013

Cerita Di Bulan Disember


Assalamualaikum & selamat pagi semuaaa ..............

Macam mana keadaan korang semua hari nie? sihat? mengantuk kah? atau masih bergolek-golek di rumah kerana masih bercuti? apa pun keadaannya harap-harap tu korang sihatlah asal boleh menunaikan segala rutin-rutin harian korang kan!

Last week aku melarikan diri balik kampung...balik jengok mak abah sebab dah rindu sangat dengan diorang...alhamdulillah mak dah semakin sihat, abah pun dah nak setuju jumpa doctor untuk buang selaput mata setelah dipujuk rayu oleh anak-anaknya...Ya-Allah susah sangat tau nak pujuk abah untuk check mata tu walhal dah makin teruk. kitaorang ambik masa lebih dari setahun aku rasa..perrgghh dasyat..tapi alhamdulillah Allah makbulkan doa kami, budak-budak kecik aku rasa senang nak pujuk diorang tapi dengan orang-orang tua nie skill kena ada, takut tersalah cakap nanti terguris pulak rasa hati..lagi serba salah, dan abah memang mudah menangis sebab tu aku rasa aku mudah menangis gen dia lebih kot dalam badan aku nie!! hopefully semuanya berjalan dengan lancar nanti..kalau tak lancar aku risau kalau abah berubah hatinya lagi...tak sampai hati tengok abah macam tu...sedih sangat, nak tengok abah cergas macam dulu-dulu, sekarang pergerakkan dia agak terbatas semuanya slow and slow and slow...nak abah seronok tengok anak-anak cucu dia main-main depan dia...pendek kata semuanya lah.

Minggu lepas jugak pada petang jumaat 19/12/2013 mak saudara aku telah dijemput kembali ke rahmatullah setelah menderita sakit kencing manis hampir 15 tahun kalau tak salah aku...dan aku bersyukur jugak sebab Allah gerakkan hati aku untuk balik bercuti pada minggu lepas sedangkan aku punya plan nak balik minggu nie...sebab dah save satu hari cuti sebab krismas...Allah punya kuasa, dapat juga aku menziarahnya buat kali terakhir...Al-Fatihah, semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. 

So dengan berakhirnya percutian aku ke kampung halaman tu..maka dengan rasminya aku telah melangsaikan cuti tahunan aku...tiada lagi cuti diperuntukkan untuk aku sehingga tahun hadapan...lepas ni duduk diam-diam.

Oh last week aku terjah masuk sempadan sebab kempunan nak makan nasi gomak...last-last kena tahan dengan polis sebab tak bawa copy geran!!!!!!!! 

padan muka aku......tampar muka laju-laju :(




5 comments:

  1. Cerita 1 - Alhamdulillah kerana Abah MRS setuju nk pegi buat rawatan..semoga bemua berjalan lancar Amin

    Carita 2 - Salam Takziah buat Mrs dan ahli keluarga atas pemergian ibu saudara tu..semoga beliau berada di kalangan orang2 beriman..kita yg masih hiudp jugak perlu sentiasa ingat mati kan..sbb ajal dan maut datang tanpa di undang..peringatan juga kepada diri sendiri :-)

    Cerita 3 - Nasik Gomak..nasi apa tu..first time dgr...lepas kena tahan..mesti kena denda atau mmg tak lepas masuk ke sana..so niat nk mkn nasik gomak tu tak kesampaian lah ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita 1 - itulah bersyukur sangat...insya-Allah amin

      cerita 2 - thanks JM..ms pun berharap mcm tu juga...

      cerita 3 - nasi kuning makan dengan ayam masak gulai atau goreng pun boleh..yang special cara nasi tu dimasak..ada rempah dia yang tersendiri...nak cerita pun tak tahu sebab tak tahu masak :P

      Delete
  2. al fatihah.. moga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama mereka yg beriman..

    moga abah cepat sembuh...

    ReplyDelete