Friday 31 May 2013

Menangislah Kalau Itu Yang Mampu Mengurangkan Sakit Di Hati




Assalamualaikum semua....

Penat sangat menghadapi rutin-rutin hidup sejak seminggu dua nie...

Pola hidup semua dah berubah ...(kes ini lebih kepada selera makan dan tido...hurm ambik ko datang office dah macam burung hantu...cer korang bayangkan burung hantu yang pakai blusher muka dia camner hehehe)

Aku menjadi lebih sensitif  (padahal sebelum nie aku memang dah masuk dalam kategori sensitif...letih nak melayan perasan camni)

Airmata menjadi murah....benda-benda yang remeh temeh pun boleh membuatkan airmata mengalir, menangis beria-ia pulak tu paling tak tahan dengar lagu...kalau benda-benda yang memang masuk kategori yang betul-betul menguji hati tu paham-paham sendirilah macam mana airmata ni merembes keluar...

Tapi aku kena kuat...demi untuk diri aku sendiri.....ya aku perlu kuat! 


Thursday 23 May 2013

Bercuti Merehatkan Minda

Hari nie last keje dalam minggu nie...dan besok kita semua cuti sempena Hari Wesak..malam nie aku rasa jalan dah start jem sebab ramai yang akan balik ke kampung sebab cuti sekolah pun dah bermula. 

Yang mana drive balik ke kampung tu berhati-hatilah, semoga selamat sampai, tapi korang jangan drive secara berhemah time balik ke kampung jer..balik ke ibu kota pun korang kenalah berhemah jugak.

Okey...kali nie aku tak balik bercuti kat kampung, jangan tanya mana aku nak pergi sebab aku memang tak pergi memana pun, duduk mengadap kat kl nie aje...pastu aku kena pergi salon untuk hantar KangChi aku, jadi bajet aku dah takde untuk aktiviti lain huhuhu...

Dan ramai gak member aku yang mengambil kesempatan cuti nie untuk menunaikan umrah...alhamdulillah semoga selamat pergi dan selamat kembali. 

Selamat Bercuti Semua!

Drama oh Drama

Assalamualaikum dan Selamat Pagi!


Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk bernafas di bumi Allah nie...semua dah selesai bersarapan kan..

Hari nie terasa nak membebel pasal drama korea yang aku tengok kat internet sekarang nie..semuanya gara-gara member office aku sibuk duk bercakap yang dia dapat berjumpa dengan aktor dari korea Zo In Sung yang datang ke Malaysia selasa lepas sempena promotion cerita drama That Winter The Wind Blows...peminat korean drama ada yang dah tengok ke? aku?? dah selamat dah khatam..okey not bad aku suka gak dengan jalan cerita dia...dan haruslah sebab hero dan heroin dia yang cantik pastu time shooting cerita nie kat korea sana tengah winter so background dia haruslah cantik kan...

Aku boleh dikategorikan dalam peminat drama korea yang tegar jugak tapi aku bukan k-pop okey, artis-artis k-pop tu aku kenal dua tiga group aje itu pun yang mana famous aje Super Junior, Big Bang  aku kenal lah tapi aku tak kenal sangat nama semua budak-budak tu tapi kan CN Blue dengan FT Island aku suka sebab diorang takde menari-nari diorang main muzik dan menyanyi sahaja (kantoi disitu kata tak minat kan hahahaha) okey berbalik pada drama korea nie tak semua drama korea yang aku layan, aku cuma pilih yang mana storyline dia menarik dan haruslah pelakon-pelakon dia sama yang menarik perhatian aku.

Sekarang aku tengok 3 drama sebab hanya yang ini memenuhi piawaan aku yang lain tu hati aku tak sampai nak tengok.....


Gu Family Book


Drama nie memang wajib aku tengok sebab aku adalah peminat kipas mati Lee Seung Gi hahaha aku memang suka giler dengan budak sorang tu..walaupun dia tak hensem macam retis lelaki korea yang lain tapi bagi aku dia punya persona tersendiri....


When A Man Loves


Drama nie aku tengok sebab aku storyline dia agak menarik sikit pasal dunia gangster dan percintaan.. Song Seung Heon kalau berlakon watak-watak ganas-ganas camtu memang aku suka. Buat masa sekarang memang aku hanya layan dua drama tu aje.



I Miss You


Drama nie membuatkan ramai budak office aku demam..semuanya gara-gara Park Yoochun..tapi jalan ceritanya sangat sedih..sepanjang tengok drama nie murah sungguh airmata aku sampai sembab mata datang office. Ramai yang suka dengan hero citer nie tapi aku lebih kesiankan pada 2nd hero ..pada aku antaranya semuanya dia yang paling menderita. 


Monday 20 May 2013

Cerita Hari Ini


Assalamualaikum semua....hari korang macam mana hari ni??

Hari nie aku agak free sikit kat office, keje takde lah berlambak-lambak sangat dan kebetulan bos aku pun tengah holiday sekarang so bertambah free aku nampak gayanya *haha aku bukan culas keje tau kalau keje memang tengah banyak memang segala website yang tak berkaitan dengan keje pun aku takkan buka...hp pun aku jarang nak jawab kecuali kalau aku rasa call tu urgent (dah macam masuk bakul tekan lift jer ni muahahaaa...sila abaikan aje kalau korang rasa nak muntah membacanya atau korang boleh skip terus baca perenggan nie :-)

So lunch tadi aku sempatlah menerjah laman fb..pastu banyak sangat member-member yang share pasal perempuan nie...tertanya-tanya gak aku kenapa??? sian nampak gayanya dengan menggendong anak kecil lagi tu...

gambar dari facebook (credit untuk tuan punya gambar)

Tak cukup dengan tu status friendlist aku penuh pasal isu perempuan nie dengan Airasia..lagilah membuat aku rasa nak busybody apa dah berlaku maklumlah dengan Airasia aku mampu terbang melawat tempat-tempat orang kan....jadi nak gak aku busybody dengan apa yang berlaku tu kan..so aku bacalah apa yang diorang share dan komen tu...

Hurm....aku rasa dalam kes macam nie kedua-dua pihak ada salah masing-masing, tapi kalau boleh sebelum nak naik flight tu rajin-rajin sikit baca term and conditions kalau kita rasa kita berada dalam keadaan yang agak kurang stabil untuk naik flight tu..in case anything happen kita boleh fight balik kalau kita berada dalam situasi yang betul yer ke dak? 

Satu lagi, sebagai ibubapa kalau anak kita dalam keadaan yang kurang sihat macam tu bagi aku biarlah rugi sedikit daripada kita nak meneruskan hajat kita untuk melancong apatah lagi ke luar negara, kalau dalam Malaysia nie masih lagi boleh bertolak ansur, kalau dah luar dari Malaysia nie macam-macam kemungkinan yang ada, jadi kenalah ada extra preparation kalau nak pergi jugak...

Dan kalau boleh duit tu  janganlah dihabiskan semua selagi kita tak selamat jejak dalam kapal terbang...paling kurang kita masih ada lagi extra cash duit RM pun takpe atau credit card sebagai penyelamat di saat genting...mana tahu kan terlebih luggage ker dah nak kena to-up lagi...nasib baiklah dalam situasi perempuan tu ada yang boleh bersuara memohon jasa baik penumpang-penumpang lain untuk mendermakan wang kalau tak apo ko nak buat...dah ler kena tinggal berdua dengan anak duit dah takde, beg dah masuk kargo kalau suami ada sekali mungkin lebih ringan sedikit rasa...haa satu lagi, pastikan kita sentiasa ada contact number kedutaan Malaysia yang ini aku rasa memang wajib..tak kiralah melancong dengan apa cara sekali pun.

Aku sendiri tak boleh bayangkan kalau aku dalam situasi ibu tu..mau nangis teresak-esak gak rasanya...setiap negara dan syarikat penerbangan masing-masing ada rules yang tetap kena patuhi dan kita sebagai penumpang pun tetap kena patuhi, cuma kadang-kadang officer yang bertugas tu jer yang membuatkan keadaan sedikit longgar atau sebaliknya. tak dapat dinafikan setiap negara apabila kat airport kita memang akan berjumpa dengan macam-macam peel flight officer, tu semua bergantung pada rezeki kita juga...itu belum bab-bab diskriminasi kat airport lagi...haaaa kadang-kadang makan hati tau..tapi pengalaman itulah yang meluaskan pendangan kita mengenai sesebuah negara, sebab tu ada pepatah kata banyak berjalan luas pandangan (hehe macamlah banyak sangat tempat aku pegi kan)

In case kalau perempuan tu terlepas naik flight tu... ada tak agaknya selepas nie orang lain akan buat perkara yang sama? dan selepas tu akan ada lagi soalan berbentuk kenapa dulu boleh? kenapa sekarang tak boleh? hurm ini adalah pendapat peribadi aku takde kena mengena dengan sesiapa...dan cerita ini sudah tentu aku ambil sebagai satu pengajaran untuk diri sendiri. Apapun aku harap Airasia mampu tangani hal nie dengan sebaik mungkin. 

Sebab tu sebelum berjalan kemana-mana aku lebih suka google apa yang boleh apa yang tak boleh supaya senang nak stanby dalam keadaan panic! so far alhamdulillah semuanya masih meninggalkan kenangan yang manis walaupun ada sedikit yang kelat-kelat masin tapi masih boleh diterima hehehehehe

p/s : dengar kata ibu dan anak tu dah selamat sampai Malaysia..apapun syukur alhamdulillah

Sunday 19 May 2013

Vitamin Punya Cerita

Assalamualaikum....korang semua dah lunch? Aku pun sudah, hari nie terasa nak share pasal makanan yang aku makan hampir setengah hari dek kerana bekalan ubat-ubatan oleh doktor yang membuatkan selera aku dah macam naga...semua benda aku teringin nak makan. Tadi aku sempat tengok Masterchef Selebriti Malaysia yaaa ampun peserta diberi tugasan untuk masak mentarang...korang kenal tak mentarang? tapi bagi kami yang berasal dari utara memang biasa makan dan mengenali mentarang..dia adalah spesis siput gak cuma bentuk dia panjang...


gambar ihsan pakcik google

inilah rupa mentarang sebelum dimasak, memang nampak comot sikit lepas basuh hilanglah kekelabuan itu!  satu lagi kalau mentarang yang segar-segar bila kita rebus isinya sangat sedap dan manis..kalau tiba musim mentarang kat kampung mak selalu buat sayur manis mentarang pastu letak tembikai muda.... pastu mesti ada petai bakar, ikan temenung bakar (kat kolompur ni orang panggil ikan kembung yer), sayur manis rebung...haaaa time tu mau tengok aku makan macam tak makan setahun..time-time cenggini aku selalu kalah dengan ungkapan berhenti sebelum kenyang sebab kalau dah kenyang pun aku rasa macam nak sumbat lagi dan lagi...


gambar ihsan pakcik google

haaaa..inilah lebih kurang complete set untuk hidangan lunch yang mak aku selalu buat tu....yang mana takde dalam gambar tu korang imagine sendirilah yer.

Dah melalut jauh aku nie..sebenarnya aku terasa nak share aktiviti aku hari nie...tetiba lak kan, macam la ada yang nak ambil tahu ape aku buat hari ni kan :P





Tokoyaki! dah berapa hari teringin nak makan, aku start belajar makan sejak pegi korea bila balik Malaysia terus melekat nasib baik kat sini ada jual tapi rasanya taklah sama sangat macam kat sana tapi masih kena dengan taste aku, nasib baik susu pisang ada gak jual jual kat Malaysia kan... so hari nie dengan gigihnya aku drive ke pasar tani semata-mata nak cari benda halah nie...jadi breakfast pertama aku pagi nie adalah tokoyaki! serius sedap kunyah sampai mata terpejam demi menikmati nikmatnya *nampak tak disitu rasa keterlaluan yang melampau hahaha.....

Tak cukup dengan tokoyaki dan kerinduan aku dengan kampung halaman padahal aku baru jer balik kampung dua minggu lepas kan...aku dengan sisa-sisa kerajinan yang agak stabil sikit hari nie telah membuat breakfast kedua hari nie...




Pulut dengan ikan masin..pastu letak sedikit kelapa parut dan air kopi cap bola sepak bancuh kaw-kaw time tu aku rasa macam dah duduk kat kampung halaman sendiri. Next, untuk lunch aku dengan sisa-sisa baki rajin tu aku masuk pulak ke dapur aku yang comel macam aku tu untuk hidangan berikutnya.................




Taraaaaa...inilah hasil terakhir aku untuk setengah hari nie, kerabu tauge bersama dengan kerang....oh yesss aku makan nasi tambah berkali-kali pastu ada pulak sirap limau eemm air malas aku nak snap tadi.

Sekarang baru pukul 4.00 petang...lambat lagi nak malam dan nak masuk tidor kan...harap takdelah aku mengidam nak makan apa-apa lak karang, letih dah aku melayan nafsu makan aku yang makin menjadi-jadi nie..nak naik penimbang pun rasa macam tak sanggup, karang sure penimbang tu rosak kan!!!!!

Oh semalam dah dapat makan meatball abang burn...sengih sampai telinga pastu sambung makan tomyam sedap dengan nasi goreng cili padi...hambek kau sebulan tak nak naik penimbang!


Saturday 18 May 2013

Kemaafan Dendam Yang Terindah

Gambar takde kena-mengena yer dengan dibawah..sengaja letak sebab rasa tenang 


Pernah rasa?

Tangisan dalam diam...
Tangisan yang ditahan sungguh-sungguh...
Supaya tak siapa perasan hati ini sedang menangis...

Tangisan yang cuma bergema diruang hati...

Sungguh sakitkan dada menahan tangisan itu...
Rasa nak pecah hati ni...
Lemah seluruh anggota badan....

Ya-Allah sesungguhnya hanya pada-Mu tempat kami mengadu



Thursday 16 May 2013

Jasa Mereka Tiada Tandingan



Assalamualaikum dan Selamat Pagi Cikgu!!

Hurm dah lama rasanya ungkapan tersebut tak meniti dibibir..dulu setiap kali cikgu masuk kelas kita mesti bangun dan memberi hormat kan...rindu saat-saat macam tu..kadang-kadang terkejar-kejar dari bilik air untuk sampai ke kelas cepat sebelum cikgu untuk kelas berikutnya masuk...bukan ape, kalau boleh nak kita masuk dalam kelas sebelum cikgu masuk.

Terima kasih cikgu untuk segala tunjuk ajar cikgu selama nie...segala jasa-jasa cikgu akan selalu aku kenang,  sampai ke hari nie..alhamdulillah untuk semuanya. Terima kasih juga untuk Mak dan Abah sebab hakikatnya mereka juga cikgu yang banyak mengajar aku erti kehidupan yang aku lalui selama nie...nasihat-nasihat dan tunjuk ajar padaku tak pernah jemu sampai ke hari nie walaupun aku dah besar...

Untuk kawan-kawan yang bergelar pendidik semoga korang terus kuat dan tabah melayan kerenah-kerenah pelajar di zaman sekarang...jangan pernah putus asa dalam memberikan ilmu kepada mereka, walaupun aku tahu kadang-kadang korang rasa kecewa yang amat sangat (takpe aku sudi aje mendengar luahan hati korang tu just give me a call okey!!) 

Terima Kasih sekali lagi Cikgu!!

p/s : Cikgu kesayangan saya masa sekolah adalah Cikgu Ayob...orangnya tegas tetapi dalam tegas ada kelembutannya.




Saturday 11 May 2013

Anggap Aje Gula-Gula

Assalamualaikum....

Syukur alhamdulillah aku rasa lega sangat-sangat bila tak kena paksa dengan doctor untuk masuk ward tadi.

Dua orang pakar yang aku kena jumpa hari nie...Dr Haslinda dengan Dr Zaidi alhamdulillah dua-dua doctor sangat friendly dan aku berpuas hati dengan consultation diorang.

Next week aku dapat mc satu minggu...kena recover apa yang sepatutnya sebelum aku kena datang untuk next appointment pada 21/5/2013 & 25/5/2013 hopefully time tu result aku cantik dan aku berharap sangat cysts aku kecut dan bleeding aku stop. Sebab aku dah tak sanggup nak kena operate lagi...perut aku dah macam simpang 4 buruk sangat tengok tapi apa nak buat kan...aku cuma mampu manjakan ko dengan losyen dan krim-krim untuk scar tu aje..aku beli stok mahal tau!



Rasa macam tak mampu nak habiskan...tapi kalau tak makan macam mana nak baik kan okey anggaplah semua-semua tu gula-gula manis....yang kaler pink tu menarik perhatian kan!



Friday 10 May 2013

Ajal Maut Ditangan Allah

Assalamualaikum...

Hampir 2 minggu aku demam...tapi demam aku on off..kejap baik kejap demam, tapi aku still lagi boleh pegi kerja

Ubat dah penat aku telan..air masak dah bergelen-gelen aku minum, 100 plus dah jadi best friend 

Tadi pegi lagi klinik...buat blood test, akhirnya dapat surat rasmi suruh refer ke hospital

Doctor cakap platelet darah aku tinggi....pastu entah apa tah lagi pasal darah aku yang drop melampau dan darah aku agak pekat..doc cakap bahaya kena cepat-cepat refer ke hospital, doc cakap terus pegi bahagian emergency. Terus cuak aku 10 minit tadi 

Otak aku dah tak boleh menterjemah semuanya...luaran aku rasa macam okey, cuma demam saja, sekarang pun dah keluar peluh..pastu sempat lagi aku merepek kat sini.

Tapi aku taknak pegi hospital malam nie...aku nak pegi esok pagi...

Taknak masuk ward...serius aku benci giler...fobia last year masuk ward pun tak hilang lagi.

Aku tulis entry nie sambil nangis...risau sebenarnya hopefully takde yang serius, aku tawakal kepada Allah dan berserah padanya. 

p/s: beg pakaian dah siap packing preparation untuk besok huwaaaaaa


Sunday 5 May 2013

Tolong Ingatkan Aku # 03

The best thing about making mistakes is that we can learn something from them!


5 Mei 2013

Assalamualaikum...

Dah selamat menunaikan tanggungjawab anda semua? sudah yer.......alhamdulillah, sape pun yang kita pangkah jangan kita rasa menyesal sebab semua tu atas pilihan kita masing-masing, kalau tak suka tunggu lagi lima tahun yer. Sebab tu sebelum pangkah kita kena fikir apa yang kita mahu, kerajaan macam mana yang kita mahu, pemimpin macam mana yang kita mahu, generasi macam mana yang kita mahu...dah dah  citer banyak tak mahu...kalau dah selamat buang undi cer pegi ambil angin makan-makan yang sejuk sikit bagi hilang rasa panas kat dalam tu...malam ni kita sama-sama duduk depan tv tengok keputusannya hokey :P

Bagi yang nak balik ke ibukota tu drive hati-hati jangan lelaju sangat, tak payah nak kejar siaran langsung kat tv dengan twitter pun korang boleh cepat dapat info plus korang takde ler sakit hati sangat tengok wajah-wajah yang korang tak gemar tu menang malam nie...tapi masalahnya kalau PR atau PAS menang, siaran TV mana nanti yang akan buat siaran langsung??? TV3 atau RTM??? kwang kwang kwang........mari kita tengok INIKALILAH atau PILIHLAH.......aku terima aje aje keputusannya.

Weeyyh yang paling aku suka sebab besok SELANGOR CUTI!!!!!!!!!!

p/s : aku taknak upload gambar jari...sebab jari aku tak runcing, cukuplah aku cakap aku dah tunaikan tanggungjawab aku.