Monday 23 December 2013

Cerita Di Bulan Disember


Assalamualaikum & selamat pagi semuaaa ..............

Macam mana keadaan korang semua hari nie? sihat? mengantuk kah? atau masih bergolek-golek di rumah kerana masih bercuti? apa pun keadaannya harap-harap tu korang sihatlah asal boleh menunaikan segala rutin-rutin harian korang kan!

Last week aku melarikan diri balik kampung...balik jengok mak abah sebab dah rindu sangat dengan diorang...alhamdulillah mak dah semakin sihat, abah pun dah nak setuju jumpa doctor untuk buang selaput mata setelah dipujuk rayu oleh anak-anaknya...Ya-Allah susah sangat tau nak pujuk abah untuk check mata tu walhal dah makin teruk. kitaorang ambik masa lebih dari setahun aku rasa..perrgghh dasyat..tapi alhamdulillah Allah makbulkan doa kami, budak-budak kecik aku rasa senang nak pujuk diorang tapi dengan orang-orang tua nie skill kena ada, takut tersalah cakap nanti terguris pulak rasa hati..lagi serba salah, dan abah memang mudah menangis sebab tu aku rasa aku mudah menangis gen dia lebih kot dalam badan aku nie!! hopefully semuanya berjalan dengan lancar nanti..kalau tak lancar aku risau kalau abah berubah hatinya lagi...tak sampai hati tengok abah macam tu...sedih sangat, nak tengok abah cergas macam dulu-dulu, sekarang pergerakkan dia agak terbatas semuanya slow and slow and slow...nak abah seronok tengok anak-anak cucu dia main-main depan dia...pendek kata semuanya lah.

Minggu lepas jugak pada petang jumaat 19/12/2013 mak saudara aku telah dijemput kembali ke rahmatullah setelah menderita sakit kencing manis hampir 15 tahun kalau tak salah aku...dan aku bersyukur jugak sebab Allah gerakkan hati aku untuk balik bercuti pada minggu lepas sedangkan aku punya plan nak balik minggu nie...sebab dah save satu hari cuti sebab krismas...Allah punya kuasa, dapat juga aku menziarahnya buat kali terakhir...Al-Fatihah, semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. 

So dengan berakhirnya percutian aku ke kampung halaman tu..maka dengan rasminya aku telah melangsaikan cuti tahunan aku...tiada lagi cuti diperuntukkan untuk aku sehingga tahun hadapan...lepas ni duduk diam-diam.

Oh last week aku terjah masuk sempadan sebab kempunan nak makan nasi gomak...last-last kena tahan dengan polis sebab tak bawa copy geran!!!!!!!! 

padan muka aku......tampar muka laju-laju :(




Tuesday 10 December 2013

Busy!!!!!!!!!!!


Busy yang melampau, penat yang melampau..stress yang melampau pendek kata semuanya melampau lampau lah..kalau humban semua sekali mau puting beliung aku rasa..

tapi walau macam mana sekali pun semua yang melampau-lampau tu jauh di sudut hati aku aku rindu nak jengok sini, rindu nak bw blog kengkawan yang lain... 

tapi masa tetap tak mengizinkan...banyak perkara yang aku kena settlekan.....
nanti bila dah free sikit aku catch up yer mana-mana entry kengkawan
yang tak sempat aku bw tu yer :)

kalau ada kuasa nak jer aku transferkan separuh pada orang lain, biar ringan sikit
segala benda yang aku pikul sekarang nie...sampai dah keluar muscle 

T_________T 


Sunday 24 November 2013

Made by Designer Lee~!!





Design t-shirt dari Lee Seung Gi

hasil kolaborasi  LSG dengan Heritory

finally nunaa dapat pakai dik!

puas hati senyum sampai telinga

cuma takde lesung pipit cam LSG jer..

kalo tak mesti senyum manis

macam dia gak kan!! 

aahhanks muntah sape baca 



Wednesday 13 November 2013

Selamat berpuasa!



Selamat berpuasa pada yang mengerjakannya....


Saturday 9 November 2013

Bolehkah lelaki dan perempuan jadi BFF?



Bolehkah lelaki dan perempuan jadi bff? ataupun lelaki dan perempuan tidak ditakdirkan langsung untuk jadi best friend kita......

"rapat macam mana pun lelaki dengan perempuan tu, kawan sejak dari kecik ke, 
best friend sampai ke mati ke, ketahuilah kamu tetap punya jarak"

sampai sekarang takde jawapan......................


Thursday 7 November 2013

Dia kenapa? hatinya kenapa? dia baik-baik kah??


kadang-kadang
bila tengok seseorang macam ada yang tak kena
entah dia sedang berduka
entah diamnya kenapa
entah tawa dan senyuman seperti dipaksa

tulisan-tulisannya
semuanya seolah sedang ingin memberitahu sesuatu..
kata-katanya

jujur, kita sangat ingin tahu
dia kenapa?
hatinya kenapa?
dia baik-baik kah?

tapi
ada sesuatu yang menghalang
ada tembok memisahkan

entah dia yang takkan bicara
atau kita yang takkan mampu bertanya

kadang-kadang
kita bimbang
jika pertanyaan kita cuma menyulitkan keadaannya
jika keprihatinan kita cuma membuat dia bertambah susah
dan jika kita sebenarnya tak mampu berbuat apa-apa

tak apalah
aku tahu kamu mampu
aku tahu kamu kuat
dan aku tahu
dengan memiliki dan meyakini Allah
kamu akan kuat

dari kejauhan
moga baik-baik saja
aku mengharapkan dan mendoakan.

via tersenyum melihat langit

Tuesday 5 November 2013

Salam Maal Hijrah


Assalamualaikum :)




Rasanya belum terlambat lagi untuk MS ucapkan Salam Maal Hijrah untuk semua..semoga perjalanan kita sentiasa di rahmati-Nya...kita tutup lembaran lama, kita buka lembaran baru, lipat gandakan usaha untuk memperbaiki diri...Insya-Allah semoga dipermudahkan laluan perjalanan kita


Monday 4 November 2013

Kisah Hujung Minggu!

Assalamualaikum......

Pasti ramai yang masih bercuti sempena cuti panjang nie..hehe aku pun sama, memang takde plan nak kemana-mana lagi pun sabtu lepas baru hantar anak buah balik kampung...so duduk di rumah jer lah! last week penat sangat dengan bermacam-macam aktiviti dan hal......so cuti nie aku ambil kesempatan untuk relaxkan diri...kemain kan!

Dah duduk kat rumah tu sempatlah aku  maraton drama korea yang mana tak sempat catch up tu..hambik ko 4 drama 8 episode sekali harung...tu lom kira variety show lagi mau muntah korea aku pasni...tekanan perasaan paling dasyat nak tunggu next episode!!!!!!!


Kalo tengok drama korea nie..salah satu masalah aku ialah mesti sangkut dengan ost dia...best sangat aku dengar! haruslah kena dengan jalan citer drama tu kan dah sah-sah lagu tu dibuat untuk drama tu...mau berbulan bulan nanti aku dok dengar hari-hari!

ost-ost yang menghantui hidup aku sekarang! 



Changmin kalo nyanyi lagu-lagu camni memang sesuai sangat!


suka dengar suara Hongki...



Marry Him If You Dare!! low rating tapi tetap suka :P

Oh lagi dua drama tu aku kurang suka dengan ost dia...tapi jalan cerita "The Secret" tu sumpah mendera perasaan..rasa macam nak lempang laju laju An Doo Han tuh sakit hati giler...



Saturday 2 November 2013

Dedicated to my readers!




May you fine happiness 

^_________^


Monday 28 October 2013

His smile always made my day!




Gambar yang mampu membuatkan aku tersenyum...walaupun kena maki dengan client yang perangai macam hazabedah...apa kita cakap taknak dengar bla bla blaaa... last-last diri sendiri yang susah pastu kita gak yang dicari....nasib baik ko client kalo tak dah lama aku bagi hadiah best dari mulut aku!!!!


Wednesday 16 October 2013

Juadah anak perantau di pagi raya!




Mee Rebus version MS

Juadah hari raya saya!



Laksa Utara

Menu hari ni punya...alhamdulillah hilang rindu dengan masakan mak

dan juga pengubat hati kerana terpaksa beraya di perantauan

Tak kira walaupun dimana 

Moga "Pengorbanan" yang kita lakukan itu tidak sia-sia :)





Sunday 13 October 2013

Be Strong!!

Kadang-kadang nak menasihatkan orang memang mudah kan
pong pang pong pang bagi nasihat kemain
bila kena kat diri batang hidung sendiri...
Allahuakbar rasa macam hape....macam nak terbalik dunia 

bila orang bagi nasihat yang sama kat kiter
walaupun tahu untuk kebaikan siri sendiri 
tapi ada masa susah nak ikut...susah tau!!
puas dah tolerate dengan diri sendiri
nak juga pikir yang negatif-negatif
maka keluarlah ayat redha dan pasrah
ayat untuk memujuk diri sendiri...........

yer lah bukan ape...sebab taknak kecewa
taknak letak harapan tinggi-tinggi sangat
nanti jatuh tak pecah berderai...
ada balance untuk move on!

entry melalut sebab tak dapat balik beraya
mulalah episode syahdu dalam hati..gerimis bagai
mak abah call tanya nape tak balik..huwaaaaa
tahun ni anak perempuan tunggal mak abah beraya korban dengan batu-bata kat bandar
macam ni lah nasib orang diperantauan...bajet macam dok obesi jer
takde ketupat lemang sebab memang tak tahu buat!
rendang pun tak berape sedap kalo masak...tak koser nak buat camtu
silap-silap raya nanti beraya bersama "Alamanda"
tetiba nampak Uniqlo buat sale :P


Friday 4 October 2013

Andai


Andai mudah nak ditukar rasa di dalam dada sekelip mata.
Andai mudah nak dikosongkan hati bila-bila masa.
Andai mudah nak terima sesiapa saja dengan pejam mata.
Andai yang hilang itu mudah nak diganti dengan sesiapa saja.
Andai yang patah itu boleh tumbuh seperti asal yang sama.

Itu semua andai saja
Sedang hakikatnya
Tak semudah yang dijangka

Nak hilangkan kenangan pun belum tentu sehari
Untuk hilangkan dalam masa selama hayat pun belum tentu nak dijanji~!!!


andainya saya dapat sebakul buah stoberi macam ni kan best!
 
sape nak pegi cameron tolong bawakan saya ^^



Friday 6 September 2013

September 5

Assalamualaikum selamat pagi semua!!


Semalam 5 haribulan September merupakan hari ulangtahun kelahiran aku yang ke ........ erk erk tengah kira dengan jari rasa macam tak percaya umur dah makin meningkat! sebab masih dok perasan muda dan berjiwa muda belia lagi hehehe 

Terima kasih pada yang mengirimkan doa-doa..semoga doa-doa korang tu termakbul amin amin...walaupun aku tahu korang takkan baca blog aku nie, tapi aku tetap nak cakap gak!

Apa yang aku doakan untuk diri aku biarlah aku simpan sensorang...cuma satu yang aku harapkan agar apa yang aku rasa dan alami sekarang akan segera berlalu....tahun 2012/2013 terlalu banyak ujian yang aku alami...ya aku tahu Allah menguji seseorang hambanya selayak dengan kemampuannya...aku redha, hanya doa dan tawakal yang aku mampu aku pohon.....amin

tetiba rasa gerimis dalam hati...........uhukuhuk

Monday 2 September 2013

Khasiat daun durian belanda

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!!

MS nak share satu info yang sememangnya sangat berguna pada MS...iaitu khasiat daun durian belanda. Mengikut kajian daun durian belanda merupakan sat kaedah alternatif bagi mereka yang mengidap penyakit kenser dan tidak mampu untuk melakukan kimoterapi dan juga boleh diamalkan oleh mereka yang mempunyai ovarian cyts dan endometriosis. Boleh diamalkan khususnya selepas dibedah.


Cara-cara penyediaannya :-

  • Ambil 10 helai daun durian belanda, direbus bersama dengan tiga gelas air dan direbus dengan menggunakan api yang perlahan sehingga menjadi satu gelas air (rebusan 10 helai daun durian belanda boleh diulangi untuk 2 kali rebusan untuk hari berikutnya)
  • Tapis rebusan air tersebut dan minum 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan malam, kesannya perut akan terasa panat/hangat dan badan akan mula berpeluh.

Selain merawat kenser rebusan air daun durian belanda ini juga sesuai untuk mereka yang mengalami

  • masalah batu hempedu
  • anti sembelit
  • menurunkan urik asid (gout)
  • sebagai antibodi dalam tubuh
  • memudakan sel-sel badan
  • mencegah selsema
  • mengatasi masalah kencing tidak lawas

sumber : fb

Sunday 1 September 2013

Welcome September!!



Pejam celik pejam celik

kejap jer dah masuk bulan SEPTEMBER!!

makanya dah tak lama lagi 

umur aku pun dah bertambah satu tahun lagi

hurm...bila diingat dengan bertambahnya umur

apa yang aku dapat selama ini

adakah cukup segala amalan aku?? 

adakah cukup bakti yang aku curahkan pada keluarga??

adakah aku masih mencari-cari sesuatu??

adakah aku masih terleka??

macam-macam sebenarnya persoalan demi persoalan

hanya diri sendiri yang tahu jawapannya....... 


Senyum petang




hahaha ......

Tuesday 27 August 2013

Insiden petang jumaat


Assalamualaikum n Good Morning!!

Tersalah masuk kereta......haa itulah yang dialami oleh aku last week, dengan lenggang kak senah keluar dari lif sambil berborak tak ingat dengan officemate aku... last last aku tersalah masuk kereta orang lain yang sama jenis sama kaler dengan kereta aku....sape suruh dia tak kunci keta kan!!  aku pun dah dengar bunyi alarm keta  aku...dengan penuh yakin dan tanpa rasa was-was terus buka pintu dan duduk..

oh mak kau punyalah terkejut aku tengok-tengok ada lelaki dalam keta aku...macam mana dia boleh masuk semua tu sempat aku pikir tau...dia pun terkejut mesti dia terpikir  "mana datang lak minah nie tetiba duduk dalam keta aku, kalau wife aku nampak habislah" sebabnya aku tersalah masuk keta husband kakak kat office atas aku tuh......maaf kak saya bukannya sengaja! kang tak pasal-pasal cakap aku ada skendel dengan husband dia lak kan

cepat-cepat aku keluar dari keta tu nasib baik sempat cakap sorry saya tersalah keta...malu time tu usah cakaplah sampai semalam aku rasa kalau boleh aku taknak terserempak dengan tuan punya keta tu depan mata aku..biarlah reda dulu 

semalam masa turun kat parking lot...aku pastikan aku tengok plate number keta aku dulu baru aku masuk, risau kalau terkena lagi macam hari tu...kalau dah banyak kali karang orang cakap aku sengaja lak kan hehehehe


Friday 16 August 2013

I Miss You





Dah bisik-bisik dekat diri sendiri

Jangan nak merindu rindu lagi

Cukuplah dengan apa yang terjadi...tak usah dikenang, sila campak jauh-jauh

Ingatkan dah cukup kuat...tapi rupanya masih ada sisa-sisa lemah

Haish bila nak kuat sepenuhnya...hati ni kenapa masih degil

Cuba buat apa yang otak dah plan...ikut saja jangan nak banyak kerenah

Please..................

p/s : aku merepek di kala mood aku macam taufan sekarang nie



Sunday 4 August 2013

Jangan ada yang lupa pulak


Assalamualaikum......

Sape dah bayar? Jangan ada yang terlupa pulak kot iyer pun eksited sangat nak beraya hehehe




Friday 2 August 2013

Hohoho balik kampung..hati girang


Kemanakah destinasi raya korang nanti??? kampung sendiri atau kampung mertua?? kampung mertua tu buat yang dah berkahwin yer..yang bujang bujang tu jangan mengada-ngada nak pegi sekarang..karang kena baling senduk pulak dengan mak...kalau raya ke kedua ketiga tu takpe boleh diterima akal hehehe

Aku?? semestinya akan menuju ke negeri ini...tetiba terasa-rasa lagu Balik Kampung nyayian sudirman bergema ditelinga! 




kalau sebut negeri ni mesti ramai yang akan cakap jauhnya hakikatnya memang jauh pun..kalau balik time bukan hari perayaan dengan kadar kelajuan 120 km  sejam in sha Allah 7 jam dalam perjalanan, time-time raya ni boleh agak lah kan berapa lama...tahun lepas stuck dalam jammed bertolak pukul 5 pagi pukul 6.30 petang baru selamat sampai kampung...mengalahkan balik bercuti raya kat oversea hahaaah

Tapi tahun nie aku balik naik flight...cepat sikit sampai hehehehh...

Pergh 2 entry dalam satu masa...ini namanya mengisi masa lapang disaat tengah bercuti tetapi apakan daya tidak dapat pulang awal ke kampung halaman kerana masih ada appointment dengan abang jubah putih next week....sadis sangat


Mungkinkah berulang kembali?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!

Masih ada mood nak bekerja lagi tak? sure ramai mood yang kena pakai talian hayat kan! memasing dah teringat kat kampung halaman...dah tak sabar nak balik, tak kiralah balik kampung mana pun..janji balik kampung..time-time macam nie baru rasa duduk kat bandar ni dah tak beerti...

Saje nak kongsi satu video ni..semalam ada cakap dalam post sebelum nie, tup tup tadi terjumpa iklan nie..moh kita layan



Tahun lepas dah nampak senario macam nie...bukannya orang lain pun tapi dalam family sendiri gak! Tahun ni masih ada lagi tak?? jeng jeng kita tunggu dan lihat



Thursday 1 August 2013

Kami nak datang beraya

Assalamualaikum :-)

Sedar tak sedar kita dah hampir ke penghujung Ramadhan...bagi aku Ramadhan kali ni agak kurang meriah atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan...

Besok ramai diantara kita yang dah start bercuti dan akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari lebaran bersama-sama keluarga...tapi ada juga yang dah mula bercuti mulai hari ni untuk pulang ke kampung...memandangkan cuti raya pada tahun ni tak berape nak stategik sebab dihujung minggu...rata-rata akan kembali bekerja pada hari isnin atau hari selasa.


Okeylah kita tutup bab balik kampung tu nanti buat aku rasa tak sabar nak balik, sebabnya aku tak boleh balik kampung awal huhu sedih kot...korang yang dah nak balik kampung tu semua mesti dah siap-siap tukar kan duit raya...aku aje belum lagi, tak tahu kenapa rasa malas sangat nak menjengok ke bank time-time macam ni..sure umat manusia ramai!! 

Teringat time kecik-kecik dulu tak kisah dapat duit buruk ke duit baru ke duit syiling ke...janji dapat duit raya, dapat 50 sen pun dah puas hati sangat...tapi budak-budak sekarang dah pandai demand...kalau dapat RM1.00 tu mesti diperlinya kita, kata kita ni kedekut....paling-paling koman mesti RM2.00 kalau bagi lebih dari RM5.00 mau 2 3 kali budak-budak tu ulang datang rumah...hahaha teringat time aku kecik-kecik dulu...geng-geng beraya mesti sibuk canang rumah mana yang akan bagi duit raya banyak, so sesape yang rasa nak kumpul duit banyak mesti akan pegi kat rumah tu paling kurang 2 kali pastu siap cakap kami taknak makan minum..kami datang nak beraya jer makcik..hahaha macam lah tuan rumah tu tak tahu niat sebenar kan...tapi itulah pengalaman manis time kecik-kecik dulu beraya konvoi keliling kampung sambil kayuh basikal.

Lately ni...sejak ada teknologi canggih ni...budak-budak dah kurang nak buat rombongan geng bas sekolah dari satu rumah ke rumah yang lain untuk kutip duit raya...masing-masing sibuk kat depan tv samaada main games atau layan internet tak pun melekat dekat hp masing-masing updates FB dan twitter...samalah macam anak-anak buah aku, nak diajak beraya ke rumah saudara-mara pun kadang-kadang liat...bila dah makin besar lagi lah hazab nak ajak, kekadang saudara-mara datang ke rumah pun diorang leka lagi dengan semua benda alah tu...macam-macam kerenah ada...last-last saudara-mara sendiri tak kenal sangat.

Rasanya next week baru aku pegi tukar duit raya..hopefully masih ada lagi, eeh tahun ni ramai yang komplen sampul duit raya dapat sikit...ada bank yang bagi 1 aje..mana nak cukup, mana nak cekau lagi..cer kabar bank mana yang bagi sampul lebih dari satu kalau korang tahu...senang aku nak terjah!

Pada yang nak memulakan perjalanan ke kampung tu..hati-hati semasa memandu..semoga selamat sampai ke destinasi.


Thursday 25 July 2013

Miracle???





Half our heart knows that some

things would never happen 

but the other half  waits for miracles to happen


Sunday 21 July 2013

Testing Acuan Roti Jala

Assalamualaikum...

Hari ni korang dah ada plan nak masak ape tak untuk berbuka nanti atau dah ada planning nak beriftar dengan family kat luar...hurm aku actually teringin sangat nak makan roti jala..dah puas belek-belek resepi macam mana nak buat kuah kari yang sedap almaklumlah tak berape pandai sangat nak masak..melantak aje pandai sebenarnya!

Ape lagi aku pun godek-godek barang kat dapur cukup lengkap tak semua bahan-bahan yang aku perlukan untuk membuat roti jala..okey! semua dah cukup bahan tapi acuan pulak takde, puas aku cari tapi tak berjumpa..mana aku campakkan aku sendiri pun tak ingat! nampak sangatkan aku dah lama tak buat roti jala...hurm macam mana nak buat tetiba terus teringat dalam MCS2 hari tu aku ada ternampak enot buat roti jala dengan menebuk tin..hasilnya tak mengecewakan.

Pastu apalagi aku terus cari kat youtube kalau-kalau ada toturial macam mana nak buat roti jala tanpa acuan...yesss finally terjumpa dengan satu video kat youtube. Okey kat bawah nie aku share link dia..cuba korang klik kalau nak tahu macam mana cara-caranya.





mudah kan, bagi yang bujang-bujang tu kalau rasa teringin nak makan roti jala tapi takde acuan tak usah kecewa tau janji korang ada botol air plastik! dan aku rasa cara nie buat adunan roti jala tu nampak lebih kemas..harap-harap menjadi roti jala aku hari nie..jom kita cuba ramai-ramai. 

Selamat Berbuka!


Saturday 20 July 2013

Doakan Angan-Angan Jadi Kenyataan



Assalamualaikum  

Insya-Allah tak lama lagi aku akan berpindah huhu terasa sedih nak tinggalkan rumah sekarang, tapi apa nak buat kan life must go on :-)

So alang-alang dah nak pindah dan masuk ke rumah baru secara tak langsung aku jadi excited nak meng"deco" bilik tidur kali ni, aku pernah terbaca dalam majalah yang 1/3 dari hidup kita dihabiskan dalam bilik tidur..apa pendapat korang, bagi aku macam kena aje.. so kali ni aku berangan nak set bilik tidur menggunakan perabot colour putih ...sebab apa aku pilih colur putih disebabkan bilik tidur aku tu agak sempit sedikit, walaupun berangan nak bilik tidur yang agak luas...tapi apa kan daya tak mampu adeehh pasrah aje lah kan.

Banyak benda yang kena difikirkan kalau kita nak menghiasi bilik tidur yang agak sempit nie dan paling penting bagimana hendak menjadikan bilik itu luas dan menyenangkan kita (kene menyenangkan empunya diri lah kan kalau tak sape lagi hehe)

Sini aku nak kongsikan sedikit tips-tips bagaimana menjadikan bilik tidur itu menjadi luas dan menarik antaranya adalah 
  • menggunakan warna-warna pastel
  • dekorasi dan aksesori 
  • pemilihan perabot
  • cermin
  • pencahayaan


menarik kan dekorasi bilik nie..simple yang paling aku suka sebab tingkap tu sangat luas sebab aku memang gemarkan rumah yang banyak tingkap pastu tak payah pasang grill dan bole buka luas-luas...




yang ini pun menarik perhatian aku...lembut memikat terasa tenang dan damai...



yang ini pun tak kurang hebatnya... tapi ape pun aku kena tengok bajet jugak macam mana..kalau tak dapat serupa macam yang ada dalam gambar-gambar nie at least dapat meng"deco" ala-ala macam dalam gambar tu pun dah kira baik kan..yang penting kena dapatkan perabot berwarna putih dahulu..hopefully harap angan-angan aku jadi kenyataan...Amin



Wednesday 10 July 2013

Ayam Percik Oh Ayam Percik



Bulan puasa nie mesti kita ada menu-menu wajib yang kita gemar dihidangkan time berbuka kan..samalah macam aku mesti nak ada ayam percik!!! tak kesah lah samaada aku cari kat pasar ramadhan atau aku ada terlebih kerajinan maka aku buatlah sendiri...boleh ikut taste kita kan...

Tak tahu kenapa kalau bukan bulan puasa aku taklah teringin sangat nak makan ayam percik..biasa-biasa aje cuma bila masuk bulan puasa rasa macam tak lengkap kalau takde ayam percik..tapi tahun nie hanya mampu tengok saja pastu telan air liur berkali-kali...tak mampu lagi nak makan sebab pedas..luka belum baik lagi huhu..Nanti tak pasal-pasal cari penyakit sendiri. Ini pun hari-hari kena datang hospital buat dressing....huuuuu

Seksanya nak tunggu 44 hari. Walaupun dah masuk kali ke-4 berpantang!! tapi tak pernah sekali pun kena berpantang time bulan puasa ko

So kali nie agak menguji tahap kecekalan aku mengharunginya......bertabahlah!!

p/s : ooops saya bukan berpantang bersalin yer...tapi berpantang sebab operation lain! eerk ada yang tanya ker?? eermm gasaklah :P


Tuesday 9 July 2013

Marhaban Ya Ramadhan




Assalamualaikum semua......

Selamat Berpuasa buat semua rakan-rakan di alam maya nie dan marilah kita sama-sama menghayati dan memanfaatkan bulan Ramadhan ini dengan sebaik mungkin  dan setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allat SWT kerana kita telah diberi kesempatan untuk bertemu semula dengan bulan Ramadhan bulan yang penuh barakah yang penuh dengan keberkatan.

Semoga kita sebagai umat islam dapat menunaikan ibadah puasa pada Ramadhan tahun nie dengan melipat gandakan segala amalan kita, semoga dapat menahan, melawan dan menghentikan segala hawa nafsu kita dan memperbanyakkan ibadah kita kepada Allah SWT. 

Selamat berpuasa semua! semoga amalan kita diterima-NYA...Amin


Monday 8 July 2013

Bye Bye Kota Singa...




Huhu...

Mampu tengok dari jauh....

Itu pun kalau ada yang hupload kat youtube...

Kalau tak kirim salam...

Bye-bye adik kecik....... 

Kita memang takde jodoh nak bertentang mata .......

Tengok tengok!! mode gediks dah datang...tak sedar diri sendiri tengah sakit ...........

masih ada hati nak gediks....tolong insaf boleh kot


p/s : harga tix boleh bayar tix flight pegi korea return...tapi ramai yang sanggup beli, premium seat dah sold out homaigeduuuuuuuuu



Friday 5 July 2013

Alhamdulillah walaupun melalui perjalanan yang panjang...syukur


Assalamualaikum semua...dah lunch ke? aku baru je selesai menu hari nie ikan tenggiri grill bersama papper dengan halia untuk panaskan badan, brokoli rebus sebagai sayur...

Alhamdulillah... dua minggu lepas aku dah selamat menjalani pembedahan membuang sejenis ketumbuhan yang dipanggil Teratoma sebesar 10 cm di ovari kanan aku..walaupun pelbagai cerita telah berlaku sebelum dapat mengesan ketumbuhan tu dan proses untuk operation tu sendiri terdapat pelbagai cerita.


sumber dari fb


ini adalah rupa teratoma..tetapi bukan yang aku punya tau sebab yang aku punya dah dihantar ke makmal untuk dibuat ujian. Dari penjelasan doktor teratoma yang aku hadapi mengandungi lemak, gigi, tulang dan rambut. Ya-Allah sangat menakutkan..walaupun ini merupakan pembedahan kali ke-4, 3 operation sebelum ni pembedahan pembuangan cysts ovari..tapi pembedahan kali nie memang sangat memberi aku dugaan dan pengalaman yang bermacam-macam..hampir 5 hari tak boleh makan dan minum,hari ke 9 baru boleh terima sikit makanan, terkena cirit birit, muntah setiap kali makan dan minum dan luka jahitan mengalami infection...berat badan  6kg hilang. Hampir 3 minggu aku berada di hospital..jemu jangan cakaplah, kerana sakit masih belum reda aku terpaksa bertahan padahal dalam hati meronta-ronta nak balik rumah.

Dan sejak dua hari lepas aku terpaksa berulang-alik ke hospital untuk dressing selama 2 minggu...

Tapi aku redha kiranya ini yang Allah dah tetapkan untuk aku...Ameen

sesungguhnya apabila hamba Allah jatuh sakit..Allah akan hantar 4 orang malaikat

* Malaikat pertama akan mengambil selera makan

* Malaikat kedua akan mengambil rezeki 

* Malaikat keempat akan mengambil kecantikan wajahnya (menjadi pucat)

* malaikat keempat akan mengambil dosa-dosa kecilnya

apabila sampai waktu yang allah tetapkan untuk hambanya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Kedua dan Ketiga  supaya memberi apa yang diambil oleh mereka. Tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat supaya memberi balik dosa hamba tersebut. Subhanallah


Semoga kesihatan aku bertambah baik selepas ini dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa...tapi rasa sayu tak dapat menjalani ibadah Ramadhan kali nie dengan sempurna.


Saturday 8 June 2013

Yang Mana Satu Jadi Pilihan


Semalam buka facebook..banyak notification yang aku dapat tapi boleh dikatakan half daripada tu semuanya invite aku main games pastu dengan gambar-gambar duit hanya dengan login facebook eerkk!! dan macam-macamlah yang di "tag" aku kat situ..dah jadi satu hal pulak nak removed sebab aku memang kurang berminat, sudahnya notifaction yang dari kawan-kawan ada yang aku terlepas pandang...maaf ye korang!

Then terus check inbox facebook...ada dua tiga massage dari kawan-kawan bertanyakan kenapa aku senyap yang paling menghairankan aku yang bertanya tu adalah mereka yang aku memang kurang rapat..terima kasih sangat atas keprihatinan mereka..waah tak sangka aku, ingatkan aku menyepi takde sape yang perasaan... hahaha pefeeling ko glamer ker?? udah-udahlah nak perasan tuh!! 

So, macam mana aku nak jawab agar diaorang tak berkecil hati sebab aku tak rapat sangat kan, kalau yang rapat tu memang dah sedia tahu aku sebab musabab dia tapi karang kalau tak jawab dicop aku sombong, kadang-kadang kalau salah penyampaian boleh membuatkan seseoarang terasa jugak kan...tapi memang aku akui sejak kebelakangan nie aku memang kurang gemar ber "facebook" sebab ape? jawapannya biar aku simpan sendiri hehehe...tak penting pun kan!


Meh aku nak buat survey sikit itupun kalau korang terasa nak jawab korang tinggallah komen kat bawah tu..kalau korang nak jalan terus pun takpe, no problem :-) tiada paksaan disini

Antara semua ni yang mana korang paling gemar atau banyak menghabiskan masa di alam maya 





yang paling trending dan relaven aku rasa...sebab masih ramai yang menggunakannya, medium terbaik bagi mereka yang berniaga secara online, dari sini boleh click ke blog2 rasmi mereka..sangat membantu aku rasa...dari facebook juga secara tak langsung membuatkan aku mengenali seorang blogger masakan yang sangat baik...dari facebook juga aku berjumpa fangirls "Lee Seung Gi"  dan bersahabat dengan fangirls Lee Min Ho...ahaakss korean sangat kan! tapi aku bukan k-pop okey...




hanya mereka yang berada di sini tahu betapa istimewanya blog itu...bagi aku setiap blog ada rasa tersendiri...umpama diary hairan juga tapi rasa itu lebih dekat, walaupun aku baru saja dengan dunia blog nie kalau nak compare dengan mereka yang dah lama bertapak...tapi sebelum nie aku adalah pembaca blog yang tegar..boleh dikatakan setiap hari aku aku akan melawat blog-blog mana yang menjadi favourite aku tapi hanya sebagai silent reader...




yang paling aku suka...tumblr duduk dalam kelasnya yang tersendiri!!




orang kata twitter adalah repekan kosong seharian kita...tetapi bagi aku twitter juga merupakan salah satu medium yang paling cepat untuk sebarkan info, apa yang ada kat twitter penghuni facebook belum tentu tahu lagi mengikut pengamatan mata kasar aku lah...




yang ini rasanya aku lebih prefer untuk family atau rakan-rakan terdekat, aku jarang menggunakannya ye lah mak kat kampung taknak guna benda alah ni..mana dia pandai kan..leceh katanya, kalau nak cakap dengan mak call atau pun terus balik kampung lagi dia puas hati katanya!!! sudahnya skype dengan kengkawan jer




aku memang jenis tak suka upload segala video...jadi ini memang tak masuk dalam list favourite aku



Biasa-biasa sahaja pada aku...tiada yang istimewa, buka account sekadar nak mengupload gambar makanan

Ini tak termasuk lagi Whatsapp, We Chat, Line, Kakao Talk, Viber dan macam-macam lagi...terlampau banyak jaringan yang membolehkan kita berhubung antara satu sama lain..berapa banyak daaa kita kena subscribe account untuk semua benda alah nie...password bagai itu belum kira shopping online lagi nak kena create account gak....................

Happy weekand everyone!


Friday 7 June 2013

Kurma


Assalamualaikum dan salam jumaat semua....

Sekarang buka radio aje dah kedengaran iklan Yusof Taiyoob....kalau dah keluar iklan tu sure semua tahu kan tak lama lagi kita dah nak menyambut bulan Ramadhan.

Sape yang belum ganti puasa tu eloklah dipercepatkan karang jangan cakap tak sempat pulak nak ganti puasa...pada sesiapa yang dah selamat ganti tu kalau nak teruskan dengan puasa sunat pun apa salahnya kan..boleh tambah sikit pahala

Bercakap pasal buah kurma nie..mari kita tengok antara khasiat dan kelebihan-kelebihan buah kurma atau dikenali juga dengan buah tamar




1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan terutama bagi wanita yang sedang haid dan orang yang mengalami amnemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana tidak mengandungi kolesterol. Boleh dijadikan amalan seharian.

3. Kaya khasiat - mengandungi 1.8 hingga 2 peratus  protein, mengandungi 2 hingga 4 empat peratus serat , mengandungi 50 hingga 57 peratus glukosa, mengandungi Vitamin A dan C, sodium dan juga potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka puasa dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potassium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu syahwat (aprodisiak) dan meningkatkan sisitem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma yang diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan yang boleh membantu proses berkenaan.

Sumber : fb


p/s : aku suka buah kurma yang kering  berbanding yang agak basah sikit tu.


Thursday 6 June 2013

Pilih untuk Diet atau Puasa Sunat


Assalamualaikum semua!!



Macam mana dengan hari korang semua hari nie..bagi negeri yang bercuti sempena Israk dan Mikraj selamat bercuti yer, pada yang bekerja esok kita ada satu hari jer lagi sebelum kita menempuh hujung minggu yang memang dinantikan oleh semua!! 

Lately nie memang banyak sangat benda yang bermain dekat fikiran aku, macam-macam nak pikir, dan dah menjadi kebiasaan pada aku kalau aku stress biasanya nafsu makan aku akan semakin menjadi-jadi, kadang-kadang sampai aku tak boleh nak kontrol. Semakin stress semakin bertambahlah tahap keinginan aku untuk menguyah hooi tak gemar aku...sebab tu aku tak suka segala benda yang menyemakkan kepala otak aku!

Lepas tu mulalah rasa insaf dalam diri...pastu sibuk nak diet!! meh aku nak kongsikan tips-tips yang aku dapat dari internet untuk diet sepanjang minggu untuk kembali ke berat badan yang diingini.


sekadar hiasan credit to pakcik google 


Hari Pertama
Makan semua jenis buah kecuali pisang. Untuk minuman pula, minumlah minuman yang sihat dan semulajadi. Elakkan dari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan yang paling tepat, oleh itu pastikan anda kerap mengambilnya. Selain itu anda disarankan untuk mengambil sup dalam pemakanan anda.

Hari Kedua
Makan semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung. Anda tidak dibenarkan memakan kacang panggang dan yang seumpama dengannya. Makan sehingga anda sendiri puas dengan rasa sayur itu dan makanlah sebanyak mana sup yang anda mahu. Pada sebelah malam pula, makan kentang putar dalam hidangan yang besar. Gantikan mentega dan mayones dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.

Hari Ketiga
Gabungkan menu hari pertama dan kedua. Tetapi anda tidak perlu memakan kentang putar untuk hari ketiga. Jika anda betul-betul mengamalkan diet ini, anda sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua hingga tiga kilogram.

Hari Keempat 
Makanlah pisang dan minum  susu rendah lemak. Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang anda mampu. Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram. Anda juga tidak boleh lupa mengambil sup dalam hidangan.

Hari Kelima
Anda dibenarkan untuk memakan daging putih (ikan atau ayam) yang berjumlah antara 300 hingga 600 gram, selain memakan 6 bji tomato segar. Tomato sebenarnya membantu mencernakan protein dari mencuci pembinaan asid urik. Pengambilan  sup sudah memadai jika diambil sekali sahaja.

Hari Keenam
Anda dibenarkan memakan daging bersama sayur. Makanlah apa saja jenis steak kerana ia baik untuk kandungan jantung. Tetapi jangan makan kentang putar. Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun. Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu anda.

Hari Ketujuh
Makanlah nasi menggunakan beras perang. Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran. Anda masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.

Okey..itu tips-tips yang kita boleh jadikan amalan sekiranya nak mencuba untuk diet tetapi mampukah aku nak melaksanakannya dengan betul?? konpem yang itu kena ada tahap kecekalan mental yang tinggi! kalau tak memang hancus program diet karang!! 

Tetapi memandangkan tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan aku rasa sangat elok kita latih perut kita dengan berdiet atau pun mengerjakan sebanyak mana puasa sunat yang mana itu lebih afdal kan...boleh dapat pahala sikit. Apapun terpulang pada diri masing-masing.