Kemanakah destinasi raya korang nanti??? kampung sendiri atau kampung mertua?? kampung mertua tu buat yang dah berkahwin yer..yang bujang bujang tu jangan mengada-ngada nak pegi sekarang..karang kena baling senduk pulak dengan mak...kalau raya ke kedua ketiga tu takpe boleh diterima akal hehehe
Aku?? semestinya akan menuju ke negeri ini...tetiba terasa-rasa lagu Balik Kampung nyayian sudirman bergema ditelinga!
kalau sebut negeri ni mesti ramai yang akan cakap jauhnya hakikatnya memang jauh pun..kalau balik time bukan hari perayaan dengan kadar kelajuan 120 km sejam in sha Allah 7 jam dalam perjalanan, time-time raya ni boleh agak lah kan berapa lama...tahun lepas stuck dalam jammed bertolak pukul 5 pagi pukul 6.30 petang baru selamat sampai kampung...mengalahkan balik bercuti raya kat oversea hahaaah
Tapi tahun nie aku balik naik flight...cepat sikit sampai hehehehh...
Pergh 2 entry dalam satu masa...ini namanya mengisi masa lapang disaat tengah bercuti tetapi apakan daya tidak dapat pulang awal ke kampung halaman kerana masih ada appointment dengan abang jubah putih next week....sadis sangat
Ohh..balik Perelis ropernya....bila baliknya?...JM mggu depan hari rabu baru start cuti..hari ni pun lengang opis..ramai dh cuti..mood nk kerja pun dh ke laut Cina Selatan heee
ReplyDeletekalau mcm tu turun di Alor Star lah kan..pastu ada org jemput ehh...
Minggu last keje nie biasnya memang mcm tu office lengang..yang mana ada tengah pulun nak siapkan keje sebelum cuti panjang walaupun mood tah hape-hape...tapi tahun ni MS tak merasa semua tu
ReplyDeleteYer MS orang Indera Kayangan..balik sana hari Rabu, sebab selasa ada appointment lagi dengan doctor..tu yang frust sangat! ha'ah turun alor setar dan haruslah paksa orang datang jemput mcm mana pun hehe tak kira!
JM balik mana nanti? kalau dari gaya ropernya tu mcm balik perak
selamat pulang ke utara tanahair!!!
ReplyDeletesila bawk balik kuih raya barang sebalang untuk akak
(eh.eh?)
Thanks..Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Kak Anash, minta maaf bebanyak kalau ada komen MS kat blog akak yg tak menguris hati...ceewaah
DeleteIn Sha Allah kak..nanti kita bawak pastu kita picnic makan kuih raya kat mana2 heheh
selamat hari raya MS, maaf zahir dan batin dan selamat jumpa abang jubah putih dulu sebelum balik beraya, moga semuanya selamat ye :)
ReplyDeletesama la kita raya tahun ni balik ikut udara, bagi can kat orang lain nak balik beraya ikut jalan tak bersesak2 kan? heee
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin gak untuk PM..minta maaf banyak2 eeh kalau ada komen2 saya kat alam maya ni yang menguris hati
Deleteha'ah pilih jalan udara kali nie sebab masa terhad..selasa dah nak kena start keje selepas bercuti panjang! hehe risau sebenarnya nak jumpa abang jubah putih besok
Oh sekampung.. eh senegeri kita hehehee..
ReplyDeletebernyanyi lah lagu sudirman tu untuk pulang ke kampung .. moga ceria selalu.. :D
Hai orang senegeri!!!! wah wah MS rasa hepi pulak jumpa orang senegi kat sini hehehe :D
Delete