Thursday 27 November 2014

Alam Maya vs Alam Nyata


Kengkawan alam maya!

Tak kiralah berkenalan di laman sosial yang mana...facebook, blog, twitter, instagram, tumblr, skype room, atau group whatsapp sekali pun.

Berapa ramai kah di antaranya yang telah bersua muka? pernah beramah mesra? atau pernah bertegur sapa? atau pernah bertentang mata? atau pernah terjatuh cinta? hehehe untuk soalan yang last ni...sape nak mengaku...silakan, sebarang isu berbangkit adalah tanggungjawab anda sendiri yer :)
dan ramai juga yang bertemu jodoh mereka melalui dunia alam maya nie..kuasa Allah siapa yang tahu kan, sebab DIA sebaik-baik perancang..

Walaupun masih ada yang beranggapan jangan terlalu mempercayai mereka yang kita kenal melalui alam maya sebabnya... semuanya boleh direka cipta, semuanya boleh disajikan yang indah-indah belaka, hakikat... sebaliknya, memang ada juga betulnya, tetapi jika kita gunakan dengan cara yang betul, Insya-Allah eloklah yang datang, doakanlah sebegitu, nawaitu itu penting..moga semuanya baik-baik saja.

Alhamdulillah, mereka-mereka yang aku bertemu di dunia nyata selepas berkenalan di alam maya semuanya elok-elok belaka, masih lagi berhubunggan sampai ke hari ini...syukur! 

Soalan last..sape yang korang nak sangat berjumpa atau admire kat alam maya ni? bole share, kalau tak keberatan untuk suka-suka, itupun kalau tak kisah :)



Friday 21 November 2014

Hati, Setia, Budi dan Rasa



Bicara soal hati
Sentiasa berteka teki

Bicara soal setia
Sukar untuk dijangka

Bicara soal budi
Sentiasa menjerat diri

Bicara soal rasa
Sukar ditafsir mahupun diduga



Thursday 20 November 2014

Akhirnya...berjodoh juga kita!



Finally, berjaya juga membeli

Perasaan?? haruslah gumbira :)




Friday 14 November 2014

Belajar Dari Pengalaman





Lumrah manusia pasti akan berlaku kesalahan dan kesilapan di dalam hidup dia. Tetapi, berapa ramai dari kita yang berlajar dari kesilapan yang sama?? Namun masih ada juga yang seringkali melakukan 
kesilapan yang sama berulang kali. Mungkin, kesilapan itu akan merubah hidup kita? merubah ikatan 
persahabatan kita? merubah ukhwah yang baru terjalin, sape tahu kan...
jika kesilapan itu kecil mungkin tak memberi impak yang besar,
 tetapi tak bermakna ia tak meninggalkan kesan di hati.
Hati yang terluka, hati yang terasa, susah untuk kembali ke asal.

Kadang kala ada yang suka menuding kesalahan tu pada diri orang lain, hakikatnya diri sendiri punca
kepada permasalahan itu. Kenapa perlu menuding jari kepada orang lain jika kita 
sendiri juga punya serba serbi kekurangan? 

Dan kita sebagai manusia memang tidak pernah lari daripada membuat silap,
sebab kita bukan maksum, memang tak pernah sempurna.
Dan, belajarlah agar tidak melakukan kesilapan yang sama berulang kali, 
bukan untuk sesiapa tetapi untuk diri kita sendiri.
Ye, untuk diri kita sendiri.

Ingat!
Jangan demi memuaskan hati sendiri, tanpa sedar kita mengulangi kisah yang sama sekali lagi
Kesian, jika itu benar-benar berlaku pada diri kita, 
bermakna kita tak pernah berlajar dari kesilapan yang lalu...
sia-sia bukan??

Dan, ikhlaskan hati memohon maaf sekiranya kita ada membuat salah terhadap seseorang, 
buang yang keruh ambil yang jernih, benda yang dah lepas usahlah dikenang. 
Jadikan sebagai pengajaran, itu adalah rencah pahit manis travelog kita. 
Jangan terlampau di jaja merata-rata,

Peace!


Nota kaki : Diam bukan bermakna tak tahu, bukan bermakna tidak nampak, tetapi sengaja aku pilih untuk berdiam. 


Monday 10 November 2014

Entry Layan Jiwa



gambar ehsan pakcik google


Aku....

Percaya setiap hubungan yang bahgia itu bermula dengan kepercayaan.
Kepercayaan untuk setiap jenis hubungan sesama insan dan juga Tuhan.
Tetapi kadang-kadang, kepercayaan juga boleh berakhir dengan kebodohan.
Apabila percaya membuta tuli terhadap penipuan seseorang.

Hakikatnya....

Kepercayaan itu datang bersama keyakinan.
Kerana, saat kepercayaan itu telah mula hilang.
Tahap keyakinan juga semakin kurang.

Dan....

Sama seperti Iman
Kita berdiri atas percaya pada enam perkara yang menjadi TIANG
Apabila satu tiang hilang dan patah.
Iman kita juga turut goyang.