Saturday 6 December 2014

Entry Jam 12 Malam




Tahu...
Susah nak lupa.

Tahu...
Payah nak buang.

Maka...
Usah dilayan perasaan tersebut.

Abaikan terus
Jika mampu.

Jika tak mampu
Berusaha sekadar yang boleh.




Thursday 27 November 2014

Alam Maya vs Alam Nyata


Kengkawan alam maya!

Tak kiralah berkenalan di laman sosial yang mana...facebook, blog, twitter, instagram, tumblr, skype room, atau group whatsapp sekali pun.

Berapa ramai kah di antaranya yang telah bersua muka? pernah beramah mesra? atau pernah bertegur sapa? atau pernah bertentang mata? atau pernah terjatuh cinta? hehehe untuk soalan yang last ni...sape nak mengaku...silakan, sebarang isu berbangkit adalah tanggungjawab anda sendiri yer :)
dan ramai juga yang bertemu jodoh mereka melalui dunia alam maya nie..kuasa Allah siapa yang tahu kan, sebab DIA sebaik-baik perancang..

Walaupun masih ada yang beranggapan jangan terlalu mempercayai mereka yang kita kenal melalui alam maya sebabnya... semuanya boleh direka cipta, semuanya boleh disajikan yang indah-indah belaka, hakikat... sebaliknya, memang ada juga betulnya, tetapi jika kita gunakan dengan cara yang betul, Insya-Allah eloklah yang datang, doakanlah sebegitu, nawaitu itu penting..moga semuanya baik-baik saja.

Alhamdulillah, mereka-mereka yang aku bertemu di dunia nyata selepas berkenalan di alam maya semuanya elok-elok belaka, masih lagi berhubunggan sampai ke hari ini...syukur! 

Soalan last..sape yang korang nak sangat berjumpa atau admire kat alam maya ni? bole share, kalau tak keberatan untuk suka-suka, itupun kalau tak kisah :)



Friday 21 November 2014

Hati, Setia, Budi dan Rasa



Bicara soal hati
Sentiasa berteka teki

Bicara soal setia
Sukar untuk dijangka

Bicara soal budi
Sentiasa menjerat diri

Bicara soal rasa
Sukar ditafsir mahupun diduga



Thursday 20 November 2014

Akhirnya...berjodoh juga kita!



Finally, berjaya juga membeli

Perasaan?? haruslah gumbira :)




Friday 14 November 2014

Belajar Dari Pengalaman





Lumrah manusia pasti akan berlaku kesalahan dan kesilapan di dalam hidup dia. Tetapi, berapa ramai dari kita yang berlajar dari kesilapan yang sama?? Namun masih ada juga yang seringkali melakukan 
kesilapan yang sama berulang kali. Mungkin, kesilapan itu akan merubah hidup kita? merubah ikatan 
persahabatan kita? merubah ukhwah yang baru terjalin, sape tahu kan...
jika kesilapan itu kecil mungkin tak memberi impak yang besar,
 tetapi tak bermakna ia tak meninggalkan kesan di hati.
Hati yang terluka, hati yang terasa, susah untuk kembali ke asal.

Kadang kala ada yang suka menuding kesalahan tu pada diri orang lain, hakikatnya diri sendiri punca
kepada permasalahan itu. Kenapa perlu menuding jari kepada orang lain jika kita 
sendiri juga punya serba serbi kekurangan? 

Dan kita sebagai manusia memang tidak pernah lari daripada membuat silap,
sebab kita bukan maksum, memang tak pernah sempurna.
Dan, belajarlah agar tidak melakukan kesilapan yang sama berulang kali, 
bukan untuk sesiapa tetapi untuk diri kita sendiri.
Ye, untuk diri kita sendiri.

Ingat!
Jangan demi memuaskan hati sendiri, tanpa sedar kita mengulangi kisah yang sama sekali lagi
Kesian, jika itu benar-benar berlaku pada diri kita, 
bermakna kita tak pernah berlajar dari kesilapan yang lalu...
sia-sia bukan??

Dan, ikhlaskan hati memohon maaf sekiranya kita ada membuat salah terhadap seseorang, 
buang yang keruh ambil yang jernih, benda yang dah lepas usahlah dikenang. 
Jadikan sebagai pengajaran, itu adalah rencah pahit manis travelog kita. 
Jangan terlampau di jaja merata-rata,

Peace!


Nota kaki : Diam bukan bermakna tak tahu, bukan bermakna tidak nampak, tetapi sengaja aku pilih untuk berdiam. 


Monday 10 November 2014

Entry Layan Jiwa



gambar ehsan pakcik google


Aku....

Percaya setiap hubungan yang bahgia itu bermula dengan kepercayaan.
Kepercayaan untuk setiap jenis hubungan sesama insan dan juga Tuhan.
Tetapi kadang-kadang, kepercayaan juga boleh berakhir dengan kebodohan.
Apabila percaya membuta tuli terhadap penipuan seseorang.

Hakikatnya....

Kepercayaan itu datang bersama keyakinan.
Kerana, saat kepercayaan itu telah mula hilang.
Tahap keyakinan juga semakin kurang.

Dan....

Sama seperti Iman
Kita berdiri atas percaya pada enam perkara yang menjadi TIANG
Apabila satu tiang hilang dan patah.
Iman kita juga turut goyang.





Monday 13 October 2014

Apakah yang kita cari?




Hai!

Assalamualaikum...

Saja nak buat soalan rawak " APAKAH YANG KITA CARI DALAM SETIAP PERHUBUNGAN ATAUPUN PASANGAN? "

Ada sesape nak share??  meh kongsi kat sini mana tahu yang belum bertemu boleh dapat tips atau yang sudah bertemu boleh memperbaiki kekurangan masing-masing...hehe

Zaman muda remaja dulu mesti nak mr right kita tu yang hensem, muka pun kalau boleh nak ala-ala artis yang kita minat pastu mesti nak yang beduit yang lain tak kisah sangat..itu akulah di satu ketika dahulu :P

Rasanya..ciri-ciri tersebut dan harapan kita dalam sesuatu perhubungan itu mesti berubah seiring dengan pertambahan usia.


"Suatu hari nanti, jika kamu terpaksa membuat pilihan.
Maka pilihlah seseorang  yang membawa kamu ke JALAN ALLAH
dan hati kamu berasa tenang apabila bersamanya" 

Insya-Allah..apepun semoga pilihan yang kita buat itu tepat.
Ameen




Sunday 5 October 2014

Salam AidilAdha




Allahu Akbar...
Allahu Akbar...
Allahu Akbar...
Laa Ilaaha Illallah Wallaahu Akbar...
Allahu Akbar Wa Lillaahilhamd...

Walaupun banyak kisah suka dan duka yang kita lalui..semoga raya qurban kali ini membawa sejuta pengertian dan keinsafan terhadap pengorbanan kita selama ini.




Thursday 11 September 2014

Aku Bosan!




Benda serious, jangan di jadikan bahan gurauan tak semena-mena and please tolong hormat orang lain sama. Mungkin awak rasa ianya jenaka untuk awak, tetapi tidak pada mereka.

Bukan tak boleh bergurau, tetapi nak bergurau pun kena ada hadnya, ada masanya. Bukan namanya gurauan kalau dan buat orang berkecil hati..luaran dia nampak steady tapi dalaman awak tak tahu kan.

Awak tak berada di tempat mereka dan awak tak tahu ape yang mereka sedang usahakan,  tak kan semua benda nak kena habaq sebijk-sebijik...kena paham sama air muka orang lain. 

Belajar menghormati perasaan orang lain, kita duduk di atas dunia ni bukan sorang-sorang.

Yer aku emo sangat..sebab dah tak tahan, bosan mengadap kerenah yang berulang kali. 




Thursday 4 September 2014

Ape-ape aje


" Maaf itu mudah, Lupa itu Payah"


Setuju??

Aku tak berape nak setuju, sebab aku ambil masa untuk memaafkan orang,
 tak mudah nak memaafkan, kejam kan aku, tapi tengok tahap kesalahan lah kan,
 walaupun tahu tak baik tak memaafkan orang yang dah mohon maaf,
 tapi kalau masih ada rasa sakit macam mana kita nak maafkan. 
Cuma bab lupa itu payah..setuju 300%. Pengalaman dan pengajaran dalam hidup
mana boleh lupa...kena ingat sampai bila-bila, kalau boleh sekali dengan 
tarikh-tarikh nak ingat..

Dan sekali pun kita maafkan, luka tu tetap ada
Mungkin betul..luka kecewa dan sakit hati, perlu lebih masa untuk sembuh.
Luka dalaman tak sama dengan luka luaran...

Pernah ambil masa  hampir 3 tahun untuk memaafkan seseorang...
lama bukan...




Thursday 28 August 2014

Terima Kasih Ya Allah





Alhamdulillah Syukur!

Terima Kasih Ya-Allah

Moga Dia pinjamkan lama

aku dengan rasa itu

Amin-amin Ya Rabbal Alaamin



Wednesday 20 August 2014

Petikan kalam



Petikan kalam,

"Apabila kamu gagal dalam sesuatu perkara..ketahuilah bahawa Allah tahu itulah yang terbaik untuk kamu. Sama ada kerana kamu belum bersedia untuk perkara tersebut disebabkan kamu belum mampu untuk memikulnya sekarang, atau kerana ada perkara lain yang akan datang yang lebih baik untuk kamu.
Maka redhalah dengan ketentuan Allah keatasmu, senyumlah dan jangan sesekali merasa lemah"

Senyum!

Thursday 24 July 2014

Ramadhan Bakal Berlabuh, Syawal Kian Menjelma





Pejam celik pejam celik...Ramadhan dah hampir ke penghujung, terasa cepat sangat masa berlalu. Hampir tiba saatnya untuk kita berpisah dengan bulan yang penuh rahmat dan keampunan Allah, serta bulan di mana banyak yang dibebaskan dari siksa neraka.

Bagaimana dengan Ramadhan kita pada tahun ini? Adakah kita hanya berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga ataupun kita berpuasa dari segala aspek dengan pengertian sebenar-benar puasa...tepuk dada tanya iman, apapun semoga puasa dan ibadah kita diterima Allah. Adakah kita akan menemui lagi Ramadhan yang akan datang? dan seandainya Ramadhan ini yang terakhir bagiku, moga Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang bermakna buat aku dan semua umat Muhammad. Insya-Allah

Dan dengan bakal berakhirnya Ramadhan, maka kedatangan syawal dinanti-nantikan oleh semua.Semoga syawal kali ini diraikan dengan penuh keinsafan bersama sanak saudara dan jangan dilupa pada mereka yang kurang bernasib baik.  

Dikesempatan ini juga aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai kata ada salah dan silap terguris rasa, tersalah kata dan tersinggung atas kekhilafan diri ini... harap dimaafkan.

Bagi yang memandu ke kampung hati-hati dalam perjalanan semoga semuanya selamat sampai ke destinasi untuk berjumpa keluarga tersayang.



Friday 18 July 2014

Tak sensitif?? ape kes pulak nie!


Assalamualaikum

Tadi tetiba dapat satu massage kat inbox FB dari seorang kawan bertanya...eeh kenapa aku tak pernah nampak engko post apa-apa pasal Gaza dan juga pasal isu terbaru MH17?  tulisnya lagi engko tak prihatin ke pada apa-apa yang berlaku sekarang? lebih kurang macam tulah ayat yang saya terima dekat kotak inbox FB, hakikatnya FB tu dah lama aku tinggalkan..eeh dia stalk aku ke?? hehehe bajet pames sangat lah pulak karang kena haktui baru sedar diri kan!

Blank kejap...tak tahu macam mana nak respon dengan soalan yang macam tu, langsung tak menjangka...so aku biarkan soalan tu tak berjawab. 

Pendapat aku, tidak semestinya kita tak post benda-benda berkaitan Gaza atau berkaitan MH17 kita tak sensitif dengan isu-isu tersebut. Dan secara jujurnya aku memang tidak selesa dengan gambar-gambar yang di "share" tersebut, hati aku tak cukup kuat untuk menatap wajah-wajah mereka yang menjadi mangsa kezaliman rejim zionis, aku juga tak mampu nak melihat mayat-mayat yang bergelimpangan, apatah lagi nak di "share'. Artikel berkenaan isu-isu tersebut aku takde masalah. 

Cuba membayangkan jika kita salah seorang ahli keluarga mereka, agaknya macam mana perasan kita masa tu? Hakikatnya masing-masing punya cara tersendiri untuk menunjukkan rasa simpati dan turut berduka atas apa yang berlaku. Kita tak mampu nak angkat senjata tapi kita mampu angkat tangan untuk berdoa kan..doa tu tak perlu kot nak dihebohkan hebohkan pada orang lain. 

Dari satu sudut, isu terbaru nie juga ada hikmahnya...sekurang-kurangnya dapat mengalih perhatian terhadap isu CDM 25, macam mana rasa kalau aib kita ditayangkan sebegitu?? Ya-Allah mohon dijauhkan, dan juga bukan tiket untuk kita buat sesuatu sesuka hati. Semoga kita lebih insaf dengan pengalaman-pengalaman orang lain. Zaman sekarang zaman cyber..semua hanya dihujung jari! Sekarang banyak yang Allah SWT bayar cash ...bukan Cash Deposit Machine tau!

Akhir kata, yang tua wajib dihormati, walaupun berlainan agama dan bangsa. Senyum manis-manis yer :) 

p/s : menulis entry nie dalam keadaan emosi aku yang macam roller coaster...ujian jugak tu buat aku di bulan mulia ini. Allahu sayang Allah ketat-ketat!



#MH17




Al-Fatihah

Malaysia sekali lagi diuji, di bulan Mulia ini

Sungguh aku kehilangan kata-kata 

hanya mampu berdoa dan terus berdoa

kerana setiap suatu perkara yang dia takdirkan itu

pasti tersimpan sejuta hikmah dan rahsia.

juga buat saudara-saudara kita di gaza sana

keep strong!



Wednesday 2 July 2014

Sale Sale Sale



sesape nak cari kasut raya boleh lah singgah

mana tahu kalau-kalau ada yang berkenan di hati

sesape yang biasa pakai kasut nie..mesti dia tak nak lepaskan peluang 

sebab clarks nie jarang-jarang buat sale...

cuma design dia biasa-biasa jer..tapi sangat selesa di kaki

yang penting tepuk dada tanya poket

senyum!



Monday 30 June 2014

Selamat Berpuasa


Setiap penulisan

ada alur ceritanya yang tersendiri

punya kiasan, punya sindiran, ada olahan

ada makna,  jika dinilai dari kaca mata hati dan rasa

Mungkin........

ada jiwa-jiwa yang bakal tersentuh

moga jiwa-jiwa yang tersentuh itu

tersentuh dalam keadaan yang baik hatinya

mengubah diri menjadi lebih baik dari sebelumnya

tujuannya cuma satu

"REDHA"


Selamat meraikan bulan penuh keberkatan, 

semoga amal ibadah kita diterima oleh-NYA. Selamat berpuasa dari Mrs!





Friday 20 June 2014

Pinjaman!



Semua hanya pinjaman hatta nyawa kita sekalipun sebenarnya hanyalah pinjaman daripada Allah SWT. Sampai masa kita mesti kembalikan semula pada Allah, cuma masa dan waktunya sahaja kita tak tahu bila.

Sabarlah, jika Allah menarik balik nikmat-nikmat yang kita kecapi... kerana ia hanyalah pinjaman. DIA pinjamkan kepada kita sebagai amanah. Sesungguhnya amanah itu berat untuk digalas. Semoga setiap apa yang ditarik akan digantikan dengan yang lebih baik! 

Allahu..sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik perancang....

Senyum!


p/s : apa yang saya tulis kat atas tu hanya untuk memberi "injection" pada semangat saya. hakikatnya saya tidak sekuat mana pun, sebab saya hanya manusia biasa-biasa! dan entry nie bukan nak meraih simpati atau apa-apa dari sesiapa...apa yang saya tulis hanya untuk saya "selak" balik apa yang berlaku pada diri saya....MAAF andai kata ada entry saya yang sangat mengganggu mata atau hati sesiapa yang membaca...



Friday 13 June 2014

Note to self - Syukur



Salam Nisfu Syaban..sape dapat rembat 
amalan malam semalam?
Alhamdulillah 

Bole teruskan lagi, pada malam-malam lain
moga boleh terus istiqamah 
dengan izin Allah, Insya-Allah




" Sedang berlajar erti bersyukur, walaupun
dengan sekecil-kecil benda, yang selalunya 
diabaikan oleh pemilik hati ini"



Saturday 7 June 2014

Hati itu berbolak balik sifatnya



mohon dijauhkan dari perasaan yang sia-sia


first time dengar lagu ni, hati dah terpikat..

jiwa dah tangkap...

sesuatu sangat!




Wednesday 4 June 2014

Note to self - Mari mendidik hati


Dalam setiap tulisan  takdir Tuhan buat kita
ada nota-nota cinta yang diselit bersama
yang kita baca setiapnya
tapi terkadang kita gagal menceraikan setiap 
siratan disebalik makna

dan di dalam setiapnya...
kita belajar untuk redha menerima

apa yang berlaku semuanya sudah ditentukan oleh Allah SWT
apa yang ada di dalam rahim seorang wanita
dimana kita akan mati..bila..bagaimana...siapa jodoh kita?
semuanya sudah ditangan-Nya. 
yang penting kita perlu bersyukur 
dan menerima semua ini dengan hati yang terbuka dan redha

"Recovery is hard for everyone. 
It's normal to struggle and have bad days. 
You're not week. You're doing fine"

Monday 12 May 2014

Pengalaman bersama Cik Misi

Assalamualaikum! Selamat Hari Isnin...

Arrghhh malasnya nak keje hari ni setelah dua hari lupa daratan, baru hari nie kembali ke pangkal jalan! Next week akan bertambah busy...tapi demi hari bahagia kengkawan tak kisah lah, kita pun tumpang happy

12 May merupakan tarikh hari misi sedunia..selamat hari misi untuk kengkawan yang bergelar misi, juga untuk rakan blogger yang jadi misi dan juga untuk misi-misi yang banyak menjaga aku. Banyak sangat jasa mereka pada aku  yang boleh dikatakan  banyak kali juga check in kat hospital, lepas ni dah taknak check in lagi...tak suka!

Rekod paling lama check in adalah 2 minggu kat satu hospital tu...Ya-Allah hazab sungguh time tu, tak sabar nak balik rumah, last sekali hampir sebulan aku check in di tiga buah hospital yang berlainan, bayangkan berapa ramai misi yang attend aku...tu lom kira yang check in sebelum sebelum ni lagi huhuhu.....

Apapun, terima kasih tak terhingga atas jasa-jasa cik misi misi yang banyak melayan kerenah aku, bukan senang untuk mereka sebenarnya, mereka ketepikan semua perasaan diri sendiri tetapi demi tugas dan tanggungjawab mereka buat sehabis baik. 

Teringat lagi pengalaman aku di hospital bersama cik misi misi, ramai yang cakap, hospital swasta layanan lebih bagus! entahlah tatau aku nak compare, tapi yang aku pasti..duduk di hospital tetap tak best! tak kiralah macam mana pun.. cuma, selama kita check in di hospital, misi-misi inilah yang jadi kawan-kawan aku secara tak langsung. merekalah yang lap yang mandikan aku bila aku dah tak berupaya untuk menguruskan diri sendiri, rasa sangat tak berguna time tu! yang tolong basuhkan segala muntah aku, lagi sekali rasa yang sama! yang tolong temankan aku exercise setiap pagi, malu weh orang yang kita tak kenal buatkan semua tu untuk kita, tapi dah takde pilihan..pasrah menyerah seadanya janji aku bersih! cik misi misi ni juga suka inject aku kat montot..sakit tau! yang pasti sangat banyak pengalaman aku bersama mereka...selebihnya biar aku simpan sendiri.

lastly aku nak ucapkan
Selamat Hari Misi untuk mereka semua, kerjaya anda sangat mulia! 




p/s : mesti ada yang hairan kan kenapa family tak jaga saya, sebabnya setiap kali masuk hospital saya tak pernah cakap dengan diorang sebab taknak diorang susah hati, cuma saya tinggalkan pesan pada kawan, kalau jadi apa-apa pada saya time operation tu baru inform family..selalunya saya kena marah ngan kawan saya tu hehehe





Friday 9 May 2014

Note to self - Tahap Endometriosis

Endometriosis ini mempunyai 4 kategori

Endometriosis Stage 1
Endometriosis stage 1 adalah yang paling minimal dan sukar untuk dikesan. Bukti wujudnya Endometriosis stage 1 ini hanya diketahui jika pembedahan dilakukan. Masa ini boleh jumpa kesan kerengsaan pada ruangan pelvic (pelvic cavity) dan mungkin juda adhesion (pelekatan) yang terhad.

Endometriosis Stage 2
Endometriosis stage 2 adalah tahap sederhana. Akan terdapat kerengsaan yang lebih banyak pada tisu di kawasan pelvic cavity (antara rahim dan bowel)

Endometriosis Stage 3
Endometriosis stage 3 ini masih lagi tahap sederhana tetapi semakin teruk keadaannya. Disamping kecederaan atan kerengsaan pada tisu, terdapat juga parut dan perlekatan (adhesion) di bahagian pelvic. Mungkin juga ada kesan endometriosis cysts dalam ovary.

Endometriosis Stage 4
Endometriosis stage 4 ini dikira yang paling teruk sekali. Semua symptom dari stage 1 hingga 3 akan wujud bagi penghidap Endometriosis stage 4. Terdapat endometriosis cysts yang besar dan banyak dalam ovary.

Perlekatan (adhesion) tisu pelvic yang sangat teruk sehingga ada organ yang berubah lokasi seperti kena gam antara satu sama lain. 

sumber : facebook


Thursday 8 May 2014

Tak semudah diucap


SABAR

Satu ayat yang sangat pendek
and it sound simple

But,
It's actually very hard to achieve it

That's why dengan sabar
ada syurga ganjarannya 

^_____^

Tuesday 6 May 2014

Note to self - Sabar

Suka dengan statement yang kedua....sebab pernah mengalaminya sehingga ke hari ini, hasil penulisannya secara tidak langsung sentiasa melekat dalam fikiran, sentiasa memberi motivasi, sentiasa memberi harapan dan semangat, terima kasih untuk "DIA, DIA dan DIA"  


Dia yang menulis itu manusia
Terlalu banyak khilafnya.

Juga seorang hamba
Fikirkan.....


Monday 5 May 2014

Entry Hiburan Semata Mata

Assalamualaikum...salam pagi isnin! salam satu malaysia! 

Macam mana weekand korang last week? best tak? aku? rasa nak nangis pun ada bila asyik melayan tekak macam-macam nak makan! balik rumah timbang mak aii jarum penimbang dah makin naik, mayday mayday!!! joging dah lama tak pegi, macam mana nak pegi asal petang jer hujan lebat, asal pagi jer hujan lebat..tak koser lah kan aku nak pegi, baik duduk rumah layan drama korea sambil makan lagi best..tapi aku syak ubat yang doctor kasi suruh aku ambil setiap hari tu punca aku makan makin banyak..berat makin bertambah huwaaaa takmo dah makan ubat tu!! tapi kalo tak makan nanti lagi banyak masalah. 

Sebut pasal citer korea tu dan sape yang rajin layan citer korea tu, korang tengah tengok citer ape sekarang? almaklumlah banyak sangat yang menarik perhatian pancaindera nih. Sejak hujung tahun lepas sampai sekarang...secara rasminya rasmilah sangat kan aku dah selamat mengucapkan selamat tinggal kat Kim Tan, Young Doo, Chan Young, Park Soo Ha, Park See Joo, Han Tae Kyung, Doo Min Joo (ni semua nama watak2 diorang) tudia ramainya! tapi tetap Lee Seung Gi duduk dalam carta yang paling tinggi hahahahaha next week citer dia kuar kat tv jadi polis, hurm cemanalah gayanya budak tu...muka inesen sangat, si mulut seksi Lee Jong Suk pulak jadi doktor homai...mau ada doctor camtu hari-hari buat appointment pun takpe.

Sekarang aku tengah meroyan dengan Park Dong Joo dalam citer Angle Eyes, citer nie memang giler aah sejak first episode tengok sampai sekarang airmata asyik meleleh jer, touching sangat! ker aku yang hati tisu tahap melampau...tapi serius memang best citer tu...biasanya aku tak tertunggu tunggu sangat next episode tapi kali nie citer tu aku asyik check jer dah ada ke belum..tak ke haru namanya tu tambah lagi satu stress, drama Lee Dong Wook pun aku tengok cengitu-cengitu jer, padahal dulu suka tahap gaban dengan dia


Park Dong Joo yang sangat suweet bila senyum....habis sepet mata-mata, Koo Hye Sun macam biasalah cantik!


oops adik-adik biru datang singapore weekand nanti....nangis tepi pintu diam-diam! 

dan-dan


crush zaman dolu-dolu pun dah kawin.....

baru perasan ramai yang termasuk dalam golongan pipi cacat yang 

aku suka rupanya :P

 haaa kan dah cakap ini enrty hiburan semata-mata, memang takde faedah pun saje 
nak melepaskan stress diri sendiri

Bye!



Tuesday 22 April 2014

Ole-ole dari Paklang Mie

Assalamualaikum....

Tayang-tayang...terima kasih banyak-banyak Paklang Mie, kirimkan sobiner nie kat kiter walaupun dah lepas nak komen dalam entry lari dari jerebu tu...

Tup-tup ternampak komen Paklang Mie soh email pada dia kat entry kiter...apelagi cepat-cepatlah kiter email, kata orang rezeki jangan ditolak...betul tak?


Apapun, semoga murah rezeki Paklang Mie selepas nie, boleh menjelajah lagi banyak negara!



Wednesday 9 April 2014

Half Of My Soul Gone



Allah sedang melabuhkan pelukan kasih sayang-Nya 
melalui ujian-ujian ini.

 Bertahanlah

" You have to fight through some bad
days to earn the 
best days of your life"


Saturday 29 March 2014

Kembali bersiaran!

Assalamualaikum!

Dah lama tak jengok sini....dah lama tak blogwalking blog kengkawan yang lain...rindu!
Entah kenapa walaupun majoritinya kawan-kawan blogger ni saya tak kenal di alam nyata tapi saya rasa rindu....rindu nak beramah mesra di sini........kat luar belum lagi (sape-sape nak ajak silakan lah hehehe)

Dan macam-macam insiden yang berlaku dalam negara kita dan juga kat luar...apa pun kita doakan yang terbaik untuk mereka

Last week lepas mc dua hari tetiba dapat kiriman pos laju nie...heeee terus terukir senyuman saya yang paling manis! saya rasalah senyuman saya time tu memang manis...mau kena kencing manis gamaknya, tapi bukan bagi orang lain eeeh karang ada cop saya perasan habis pulak........

tayang-tayang apa yang saya dapat


yang ini dari kak Mulan...thanks akak! xoxo saya suka sangat kaler kuning dengan biru tu nampak sangat menyerlah


yang ini dari JM...saya buka ni tetiba habuk masuk mata bila nampak nota tu huhu hati saya tisu sangat!
dear! thanks ya xoxo!!

dan terima kasih banyak-banyak kepada yang mendoakan kesihatan saya semoga cepat sembuh, saya tengah berusaha alhamdulillah ada sedikit kesan positive, harap-harap saya tak perlu buat pilihan itu!

Bye....sampai berjumpa lagi


Tuesday 11 March 2014

Pilihan Terakhir



Allah Allah Allah
Gedebuk ayat keramat dari doktor
KITA TERPAKSA BUANG RAHIM
salah satu organ perempuan yang sangat bernilai.........
last option yang tinggal untuk aku....
selepas berkali-kali menjalani operation.....
sekiranya ubat yang dibekalkan masih tak serasi dengan penyakit aku
sekiranya masih tak mampu menyembuhkan aku............
Walaupun firasat aku sendiri dah boleh menjangka
Tapi aku tak kuat untuk redha...aku tak kuat untuk terima ketentuannya
Aku hanya hamba-Nya yang biasa...
Ya-Allah ajarkan aku erti redha yang sebenar-benarnya
bukan hanya setakat ucapan dibibir...tetapi redha dalam ertikata yang sebenar
Mereka diuji...aku juga diuji, cuma cara saja yang berbeza.....

Rabbi Yassir Wala Tu'assir, Rabbi tham min bil khair


Monday 10 March 2014

Pray for MH370



At this time, silence is golden. Keep on praying



Thursday 27 February 2014

Ada sesape nak ke Korea??




Tetiba teringin

Ada sesape yang  nak Korea dalam masa terdekat ni???

Nak kirim boleh?  Nanti kiter kasi duit untuk beli.....

Ker kat sini ada jual? kalau ada kat mana yer? 

Boleh inform kiter...mau pegi cari


Wednesday 26 February 2014

Kawan Alam Maya


K.A.W.A.N 

Sama ada yang kita dah kenal lama atau baru mengenali tentu kita ada satu rasa, satu tarikan untuk terus berkawan kan...

Pernah tak rasa atau ada kawan yang kita kenal dari alam maya pastu berjumpa dan terus bersahabat sehingga ke hari ini?

Kita rasa selesa...rasa selasa meluahkan sesuatu atau bercerita tentang sesuatu melebihi dari kawan yang kita kenal sejak sekolah dulu tetapi kita tidak selesa untuk bercerita ataupun berkongsi rasa.....

Tetapi perasaan ini tidak termasuk untuk sahabat baik yer..sahabat baik susah untuk dicari....ada yang punya ramai kawan tetapi tak mempunyai seorang pun yang sesuai untuk digelar sahabat baik.

Alhamdulillah...saya berjumpa seseorang di alam maya yang secara tidak langsung menjadi kakak dan kawan saya sehingga hari ini...

Korang pulak bagaimana??



p/s : mengenali lee seung gi juga membuatkan  saya mengenali adik-adik yang sangat baik, tetiba rindu sangat dengan korang! hehe tetiba jer keluar nama budak tu :P


Thursday 6 February 2014

Masa



Masa berlalu, manusia juga berubah. Banyak telah berubah. Keadaan telah berubah. Kita terus berubah mengikut putaran masa. Terkadang sedih juga orang yang kita telah kenal dahulu, berubah begitu drastik hari ini. Apa kan daya, jika itu ketetapanNya, terima dengan redha walau hati tak rela
 (hamiasraff)

gerimis ...................

Sunday 19 January 2014

Misi 26 Buku Setahun!


Haluuuuuuuuuuuuu Assalamualaikum & salam pagi ahad semua!!!!

sudah bangun tido? sudah mandikah? sudah sarapankah? hehehe banyak pulak ye soalan.....Me?? me dah bangun dah mandi dan sarapan dah nak tido balik pun ada gak ni sebab perut dah kenyang mata pun minta bantal hehehe penat jer ko jogging beria kan semata-mata nak turunkan berat badan last last lepas melantak sambung tido balik haaaish ape nak jadi nie!!!!

Tahun 2014 ni salah satu azam aku adalah nak membaca 26 buah buku setahun....hehe mesti korang rasa sikit sangat kan, tapi bagi aku cukuplah banyak tu sebab aku kalo nak membaca angin kena ada...kalo tak buku yang membaca aku lagi haru........tapi kalo dapat membaca lebih banyak dari target kira pencapaian cemerlanglah untuk aku kan...alah macam budak ambik spm tu...target 8A kalo dapat lebih  kira cemerlang berdabel dabel lah kan tak gitu?? 

Yes...finally aku dah dapat buku nie...ternmapak dalam blog blogger PM, thanks yer :) terus snap gambar siap-siap untuk rujukan...semalam aku ke MPH terus mencari, nasib baik ada! 


pastu terjumpa pulak buku nie....nampak macam menarik, best seller lak tu..apalagi terus aku rembat, hopefully aku jumpa sesuatu di dalam kedua-dua buku nie! 




Tuesday 14 January 2014

Salam Maulidur Rasul


Assalamualaikum



Wasatiyyah Tunggak Kekuatan Ummah tema Maulidur Rasul kali ini...

Apakah yang dimaksudkan dengan Wasatiyyah? Wasatiyyah atau dalam erti kata lain adalah bersederhana, tidak terlalu melampau atau terlalu mengambil mudah akan sesuatu perkara atau urusan seperti yang diterapkan di dalam ajaran islam di dalam kehidupan kita seharian.

Semoga dengan cuti kita pada hari ini dapat dimanafaatkan sepenuhnya...selamat bercuti dan perbanyakkan berselawat ke atas Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W



Monday 6 January 2014

From Yasmin Mogahed


Noted!

" To all broken or hopeless. I have learned this, be grateful for every single person
who was part of your story. The ones that hurt you. The ones that helped you. 
The ones that came, and the ones that left. They all thought you. Don't think for 
a moment that any of it was random. There are no oversight with God. 
Only perfectly crafted chapters in each unique journey"

(Yasmin Mogahed)


Wednesday 1 January 2014

Selamat Tinggal 2013 Selamat Datang 2014


Perjalanan yang sangat panjang  untuk diri aku di tahun 2013...terlalu banyak insiden-insiden yang berlaku terlalu banyak perkara yang menuntut aku agar lebih bersabar, menerima ketentuan-Nya saat aku diuji bertalu-talu...lemah rebah rasa dah tak mampu untuk bertahan tapi aku tetap gagahi juga...walaupun dalam hati hanya Allah saja yang tahu...terima kasih buat family, kengkawan yang sentiasa memberi semangat saat aku hampir tewas dengan perasaan sendiri.....

2014 insya-Allah aku akan cuba bergerak ke hadapan, mencuba untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya, mencuba untuk terus kuat, mencuba untuk terus bertahan, mencuba untuk lebih positive,  mencuba untuk memenuhkan tabung *nak sambung jalan-jalan itu penting. Terlalu banyak sebenarnya yang aku harapkan untuk 2014..tetapi insya-Allah semoga Allah permudahkan semua laluan perjalanan aku ini...amin3

Buat kengkawan blogger semua Selamat Tahun Baru 2014...saya juga mendoakan semoga kengkawan blogger semua terus sukses tak kira apa pun yang korang buat! tapi yang baik-baik aje tau :p

Selamat Tinggal 2013 Selamat Datang 2014

p/s : berita paling tak best di tahun baru ni adalah cerita pasal Lee Seung Gi bercinta dengan Yoona!!!!!!!!!! serius nunaa tak suka pilihan ko dik!!!!!!!!! nak pasrah pun tak mampu... T___________T