Monday 25 May 2015

Luka


kadang-kadang
lukanya hanya dihujung jari
tapi dibalut sampai ke lengan

hal yang kecil, usahlah diperbesarkan
bikin serabut kepala otak
ubati luka tu dengan kadar luka itu cukup

jika kita terlalu memandang luka yang kecil itu
kita takkan nampak yang lain
sedangkan rahmat yang Allah nak beri lebih besar dari itu
lebih luas sebenarnya

setiap yang berlaku
pasti ada sejuta hikmah yang tersembunyi

Senyum :)




Friday 22 May 2015

Luahkan......





Luahkan dan tunjukkan agar tidak menyesal di kemudian hari

tak kisah lah pada siapa pun terutama family kita...

kawan baik atau kawan baik hatta di alam maya sekalipun

janji kita luahkan dan tunjukkan

jangan nak main tarik tali sesangat...nanti rugi :p

Awak! sila bertahan...hug from far

sambil tepuk-tepuk bahu

smile :)

XOXO



Saturday 9 May 2015

Titik!




Semua di sini ada hak untuk bersuara ada hak untuk menulis mengikut suara hati sendiri. Melalui tulisan juga mampu menzahirkan segala rasa, korek dan carilah maka kita akan temui sesuatu. Rasa seorang hati manusia, apa saja yang kita buat atau kita lakukan pasti ada harga sebuah "Pengorbanan" yang tidak diketahui harganya yang perlu dibayar. Masih bernafas kita hingga ke saat ini...disini, di mana kita berada sekarang pasti ada kisah silam yang membawa kita ke hari ini.....kisah penuh suka dan duka barangkali, pelbagai cabaran yang kita hadapi.......menuntut sebuah pengorbanan akal hati dan perasaan.

Kisah silam yang kita panggil pengalaman. Pengalaman yang telah mendewasakan kita, yang mematangkan fikiran kita, menguatkan iman kita lantas menjadikan kita lebih waras berfikir dan berhati-hati dalam setiap tindakan yang diambil. Tetapi masih ada juga yang dangkal...tidak mahu mengambil sebagai iktibar, masih tidak serik-serik dengan hukuman yang diterima lantas melakukan perkara yang sama berulang kali. Peluang telah diberikan berkali-kali tetapi masih juga dengan ego atau mengikut kepala sendiri? Jadi, cukup rasanya sampai disini........full stop! 

Selamat berhujung minggu.......kemanakah destinasi korang hari ni?


Smile :)



Nota kaki : Ada orang datang bukan sebab dia suka, sebab dia baik...hargailah mereka itu


Monday 4 May 2015

Pernah jumpa?



"sebaik baik sahabat ialah orang yang kita percayai, kita merasa damai dengannya, kita dapat
mengadu kesusahan kita kepadanya..dan dia juga mampu menceritakan kesusahannya 
kepada kita dan tidak akan sesekali membocorkan rahsia kita" 

pernah punya SAHABAT sebegini?

smile :)