Thursday 6 June 2013

Pilih untuk Diet atau Puasa Sunat


Assalamualaikum semua!!



Macam mana dengan hari korang semua hari nie..bagi negeri yang bercuti sempena Israk dan Mikraj selamat bercuti yer, pada yang bekerja esok kita ada satu hari jer lagi sebelum kita menempuh hujung minggu yang memang dinantikan oleh semua!! 

Lately nie memang banyak sangat benda yang bermain dekat fikiran aku, macam-macam nak pikir, dan dah menjadi kebiasaan pada aku kalau aku stress biasanya nafsu makan aku akan semakin menjadi-jadi, kadang-kadang sampai aku tak boleh nak kontrol. Semakin stress semakin bertambahlah tahap keinginan aku untuk menguyah hooi tak gemar aku...sebab tu aku tak suka segala benda yang menyemakkan kepala otak aku!

Lepas tu mulalah rasa insaf dalam diri...pastu sibuk nak diet!! meh aku nak kongsikan tips-tips yang aku dapat dari internet untuk diet sepanjang minggu untuk kembali ke berat badan yang diingini.


sekadar hiasan credit to pakcik google 


Hari Pertama
Makan semua jenis buah kecuali pisang. Untuk minuman pula, minumlah minuman yang sihat dan semulajadi. Elakkan dari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan yang paling tepat, oleh itu pastikan anda kerap mengambilnya. Selain itu anda disarankan untuk mengambil sup dalam pemakanan anda.

Hari Kedua
Makan semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung. Anda tidak dibenarkan memakan kacang panggang dan yang seumpama dengannya. Makan sehingga anda sendiri puas dengan rasa sayur itu dan makanlah sebanyak mana sup yang anda mahu. Pada sebelah malam pula, makan kentang putar dalam hidangan yang besar. Gantikan mentega dan mayones dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.

Hari Ketiga
Gabungkan menu hari pertama dan kedua. Tetapi anda tidak perlu memakan kentang putar untuk hari ketiga. Jika anda betul-betul mengamalkan diet ini, anda sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua hingga tiga kilogram.

Hari Keempat 
Makanlah pisang dan minum  susu rendah lemak. Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang anda mampu. Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram. Anda juga tidak boleh lupa mengambil sup dalam hidangan.

Hari Kelima
Anda dibenarkan untuk memakan daging putih (ikan atau ayam) yang berjumlah antara 300 hingga 600 gram, selain memakan 6 bji tomato segar. Tomato sebenarnya membantu mencernakan protein dari mencuci pembinaan asid urik. Pengambilan  sup sudah memadai jika diambil sekali sahaja.

Hari Keenam
Anda dibenarkan memakan daging bersama sayur. Makanlah apa saja jenis steak kerana ia baik untuk kandungan jantung. Tetapi jangan makan kentang putar. Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun. Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu anda.

Hari Ketujuh
Makanlah nasi menggunakan beras perang. Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran. Anda masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.

Okey..itu tips-tips yang kita boleh jadikan amalan sekiranya nak mencuba untuk diet tetapi mampukah aku nak melaksanakannya dengan betul?? konpem yang itu kena ada tahap kecekalan mental yang tinggi! kalau tak memang hancus program diet karang!! 

Tetapi memandangkan tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan aku rasa sangat elok kita latih perut kita dengan berdiet atau pun mengerjakan sebanyak mana puasa sunat yang mana itu lebih afdal kan...boleh dapat pahala sikit. Apapun terpulang pada diri masing-masing. 


No comments:

Post a Comment