Kengkawan alam maya!
Tak kiralah berkenalan di laman sosial yang mana...facebook, blog, twitter, instagram, tumblr, skype room, atau group whatsapp sekali pun.
Berapa ramai kah di antaranya yang telah bersua muka? pernah beramah mesra? atau pernah bertegur sapa? atau pernah bertentang mata? atau pernah terjatuh cinta? hehehe untuk soalan yang last ni...sape nak mengaku...silakan, sebarang isu berbangkit adalah tanggungjawab anda sendiri yer :)
dan ramai juga yang bertemu jodoh mereka melalui dunia alam maya nie..kuasa Allah siapa yang tahu kan, sebab DIA sebaik-baik perancang..
Walaupun masih ada yang beranggapan jangan terlalu mempercayai mereka yang kita kenal melalui alam maya sebabnya... semuanya boleh direka cipta, semuanya boleh disajikan yang indah-indah belaka, hakikat... sebaliknya, memang ada juga betulnya, tetapi jika kita gunakan dengan cara yang betul, Insya-Allah eloklah yang datang, doakanlah sebegitu, nawaitu itu penting..moga semuanya baik-baik saja.
Alhamdulillah, mereka-mereka yang aku bertemu di dunia nyata selepas berkenalan di alam maya semuanya elok-elok belaka, masih lagi berhubunggan sampai ke hari ini...syukur!
Soalan last..sape yang korang nak sangat berjumpa atau admire kat alam maya ni? bole share, kalau tak keberatan untuk suka-suka, itupun kalau tak kisah :)