Saturday 1 June 2013

Rambut Hitam dan Menawan

Assalamualaikum semua...

Pheeww finally weekand akhirnya...dah lama aku tunggu hari nie sebab boleh relex dan bersantai-santai, penat menghadap beban kerja yang dah pasti tak akan habis-habis.

Semalam lagi aku dah plan hari ni nak pegi potong rambut pastu nak buat treatment rambut sikit...nak kasi rambut hitam, sihat dan bersinar-sinar almaklumlah rambut ni lapan jam duduk dalam tudung kadang-kadang lebih dari 8 jam, nak jugak manjakan dia kan.... sekali tengok package dia punyalah mahal terus aku kansel..harga dia boleh beli tiket ke korea tau untuk seorang tapi time promotion laaa...teringat dulu kat kampung time kecik-kecik mak rajin lumurkan rambut aku dengan daun bunga raya...hasilnya memang puas hati tau tak perlu kos yang mahal..petik je daun bunga raya kat sebelah rumah.

Aku share sikit petua-petua dan cara-cara nak menghitamkan rambut...kita boleh mengambil daun bunga raya lebih kurang dalam sepuluh helai kemudian ramas sehingga keluar lendirnya setelah itu sapu pada kulit kepala dan biarkan selama setengah jam, kemudian bilas dengan air sejuk sehingga bersih. Boleh dilakukan seminggu dua atau tiga kali Insya-Allah hasilnya akan memuaskan.

Satu lagi petua untuk untuk mendapatkan rambut yang sihat dan hitam dengan mengambil santan kelapa, asam jawa, sedikit garam dan daun cekur manis setelah itu sapukan ramuan ini pada kulit kepala sampai rata kemudian bungkuskan kepala dengan towel lebih kurang satu jam selepas tu cuci dengan air bersih. Insya-Allah rambut akan hitam dan bersinar.

Petua yang kedua tu aku mak jarang amalkan kat kepala aku...tapi yang nombor satu dia memang rajin...kadang-kadang sampai hentak kaki aku taknak buat, almaklumlah time tu berhingus lagi mana tahu sangat bab-bab penjagaan dan nak mencantikkan diri nie...bila dah besar sikit barulah ada rasa rela hati nak hulurkan kepala pada mak untuk buat semua tu...

Sekarang bila dah duduk kat bandar nie baru terasa nak amalkan benda-benda tu semua...tapi bukan senang nak cari daun bunga raya melainkan duduk rumah atas tanah boleh la tanam kan...macam aku yang duduk rumah sarang burung ni memang takde harapan lah...terpaksa hulur kepala ke salon atau tunggu time balik kampung baru boleh buat semua tu...hehehe

Selamat berhujung minggu!!!

No comments:

Post a Comment