Saturday 20 April 2013

Moga Saya Insan Yang Terpilih

Assalamualaikum..hari nie aku cuti dan takde rasa nak keluar jenjalan kemana-mana, nak stay dekat rumah sebab last week aku dah keluar berjimba-jimba dengan kengkawan so this week memang aku dah niat dan tekad taknak keluar rumah nak rest puas-puas, melainkan kalau ada hal baru aku keluar.

Semalam aku membaca lagi buku nie tak pasti untuk kali yang keberapa..yang pastinya buku nie sangat bermakna buat aku, antara buku yang aku paling suka teramat suka. Walaupun berapa kali aku khatam tapi feel masih sama..airmata aku tak berhenti mengalir, sungguh!! rasa satu perasaan yang tak tahu nak diungkapkan tapi aku suka dengan rasa itu...terima kasih kepada pemiliknya kerana menghadiahkan aku rasa itu. 




Buku ni lah..serius aku cakap memang sangat best berbintang-bintang aku bagi, yang ini edisi kemaskini. Tak rugi kalau korang membeli. Tapi aku tak pasti samada mereka yang pernah sampai kesana akan rasa sama seperti yang aku rasa. Bagi aku yang belum berpeluang kesana lagi..memang rasa syahdu *sedar tak sedar  aku type entry nie sambil lap airmata. 



Sebelum nie aku baca yang ini, rasa tak puas hati aku cari pulak yang edisi di atas sebab yang kat atas tu ada sekali dengan dvd. 

Insya-Allah moga satu hari nanti aku berpeluang untuk menjadi tetamu Dia..aku nak melihat sendiri, merasa sendiri semua perkara-perkara yang terindah disana. Doakan aku moga hasrat sentiasa dipermudahkan oleh-Nya. Ameeen


2 comments:

  1. Semua entry yang dimasukkan mesti ada jugak kaitan sedikit denga JM like Candy Crush tu..skrg dh fanatik main game tu tp still lagi level 23 utk mlm tadi dan hari ni hee

    Berbalik kepada buku ni, kwn JM ada syorkan JM beli dan baca buku ni tp JM belum beli2 lagi. Coz kwn JM ckp bila dia baca buku ni lah membuatkan dia meronta2 nk pegi umrah. So kami pun booking last year utk buat umrah dan bln 2 2013 yg lalu sepatutnya dh sampai ke sana TAPI kami tidak VISA kami tidak dpt diluluskan kerana tiada mahram. KWn JM nangis teresak2..JM pulak furst sgt..time kami pulak keluar syarat yg mamcam tu..Mrs boleh baca entry JM pasal UMRAH..

    Kalau dah 2 org ckp mcm tu, JM perlu ambil kesempatan unutk mendapatkan buku ni dengan segera. In Shaa Allah..semoga Allah permudahkan segala yang baik itu termasuk JM utk ke sana Amin.

    Amboi..sorry yek..dah buat karangan pulak :-)

    ReplyDelete
  2. hehe tak sangka saya mungkin ada sedikit kebetulan atau minat yang hampir sama. actually saya selalu baca blog JM sebab memang suka sangat dengan blog travel tapi sekarang dah takde geng nak pegi, tapi dapat jenjalan ke blog travel mcm JM saya dah cukup puas hati. cuma entry pasal umrah tu rasanya saya belum baca lagi..insya-allah kalau free nanti saya datang jenjalan. Btw buku nie memang sangat best memang tak rugi membelinya dan rasanya saya pun sama macam kawan JM meronta-ronta nak pegi sana..Insya-Allah satu hari nanti moga kita dapat menjadi tetamu Dia :)

    ReplyDelete