Friday 5 July 2013

Alhamdulillah walaupun melalui perjalanan yang panjang...syukur


Assalamualaikum semua...dah lunch ke? aku baru je selesai menu hari nie ikan tenggiri grill bersama papper dengan halia untuk panaskan badan, brokoli rebus sebagai sayur...

Alhamdulillah... dua minggu lepas aku dah selamat menjalani pembedahan membuang sejenis ketumbuhan yang dipanggil Teratoma sebesar 10 cm di ovari kanan aku..walaupun pelbagai cerita telah berlaku sebelum dapat mengesan ketumbuhan tu dan proses untuk operation tu sendiri terdapat pelbagai cerita.


sumber dari fb


ini adalah rupa teratoma..tetapi bukan yang aku punya tau sebab yang aku punya dah dihantar ke makmal untuk dibuat ujian. Dari penjelasan doktor teratoma yang aku hadapi mengandungi lemak, gigi, tulang dan rambut. Ya-Allah sangat menakutkan..walaupun ini merupakan pembedahan kali ke-4, 3 operation sebelum ni pembedahan pembuangan cysts ovari..tapi pembedahan kali nie memang sangat memberi aku dugaan dan pengalaman yang bermacam-macam..hampir 5 hari tak boleh makan dan minum,hari ke 9 baru boleh terima sikit makanan, terkena cirit birit, muntah setiap kali makan dan minum dan luka jahitan mengalami infection...berat badan  6kg hilang. Hampir 3 minggu aku berada di hospital..jemu jangan cakaplah, kerana sakit masih belum reda aku terpaksa bertahan padahal dalam hati meronta-ronta nak balik rumah.

Dan sejak dua hari lepas aku terpaksa berulang-alik ke hospital untuk dressing selama 2 minggu...

Tapi aku redha kiranya ini yang Allah dah tetapkan untuk aku...Ameen

sesungguhnya apabila hamba Allah jatuh sakit..Allah akan hantar 4 orang malaikat

* Malaikat pertama akan mengambil selera makan

* Malaikat kedua akan mengambil rezeki 

* Malaikat keempat akan mengambil kecantikan wajahnya (menjadi pucat)

* malaikat keempat akan mengambil dosa-dosa kecilnya

apabila sampai waktu yang allah tetapkan untuk hambanya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Kedua dan Ketiga  supaya memberi apa yang diambil oleh mereka. Tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat supaya memberi balik dosa hamba tersebut. Subhanallah


Semoga kesihatan aku bertambah baik selepas ini dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa...tapi rasa sayu tak dapat menjalani ibadah Ramadhan kali nie dengan sempurna.


4 comments:

  1. semoga cepat sembuh :)

    p/s : sakit itu tanda Allah sayang, sayapun pernah operation dulu, sakitnya macam terasa sampai hari ni. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks..hopefully macam tu, operation kali ni buat saya fobia kalau terkena sekali lagi.

      Delete
  2. MS..no wonder lah JM tengok blog sunyi jer..pastu bila tgk blog MS tak berupdate rupanya tak sihat. Alhamdulillah dah selamat operation...kalau mcm tu jaga makan dan kesihatan tau..jgn angkat barang berat2..jgn makan mknan pedas..JM turut doakan semoga MS cepat sembuh seperti biasa ye Aminn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks JM..Insya-Allah amin, MS pun hari-hari doa agar cepat sembuh..
      Menu MS sekarang pun macam orang berpantang 44 hari..

      Delete