Thursday 23 May 2013

Bercuti Merehatkan Minda

Hari nie last keje dalam minggu nie...dan besok kita semua cuti sempena Hari Wesak..malam nie aku rasa jalan dah start jem sebab ramai yang akan balik ke kampung sebab cuti sekolah pun dah bermula. 

Yang mana drive balik ke kampung tu berhati-hatilah, semoga selamat sampai, tapi korang jangan drive secara berhemah time balik ke kampung jer..balik ke ibu kota pun korang kenalah berhemah jugak.

Okey...kali nie aku tak balik bercuti kat kampung, jangan tanya mana aku nak pergi sebab aku memang tak pergi memana pun, duduk mengadap kat kl nie aje...pastu aku kena pergi salon untuk hantar KangChi aku, jadi bajet aku dah takde untuk aktiviti lain huhuhu...

Dan ramai gak member aku yang mengambil kesempatan cuti nie untuk menunaikan umrah...alhamdulillah semoga selamat pergi dan selamat kembali. 

Selamat Bercuti Semua!

2 comments:

  1. Selamat bercuti,

    Cuti 3 hari JM lepak je kat rumah layan citer korea...argghh..seronoknya hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah wah tak sangka kita ada minat yang sama lagi...boleh sharing la pasni hehehe
      JM tengah layan citer ape sekarang?

      Delete