Monday 20 May 2013

Cerita Hari Ini


Assalamualaikum semua....hari korang macam mana hari ni??

Hari nie aku agak free sikit kat office, keje takde lah berlambak-lambak sangat dan kebetulan bos aku pun tengah holiday sekarang so bertambah free aku nampak gayanya *haha aku bukan culas keje tau kalau keje memang tengah banyak memang segala website yang tak berkaitan dengan keje pun aku takkan buka...hp pun aku jarang nak jawab kecuali kalau aku rasa call tu urgent (dah macam masuk bakul tekan lift jer ni muahahaaa...sila abaikan aje kalau korang rasa nak muntah membacanya atau korang boleh skip terus baca perenggan nie :-)

So lunch tadi aku sempatlah menerjah laman fb..pastu banyak sangat member-member yang share pasal perempuan nie...tertanya-tanya gak aku kenapa??? sian nampak gayanya dengan menggendong anak kecil lagi tu...

gambar dari facebook (credit untuk tuan punya gambar)

Tak cukup dengan tu status friendlist aku penuh pasal isu perempuan nie dengan Airasia..lagilah membuat aku rasa nak busybody apa dah berlaku maklumlah dengan Airasia aku mampu terbang melawat tempat-tempat orang kan....jadi nak gak aku busybody dengan apa yang berlaku tu kan..so aku bacalah apa yang diorang share dan komen tu...

Hurm....aku rasa dalam kes macam nie kedua-dua pihak ada salah masing-masing, tapi kalau boleh sebelum nak naik flight tu rajin-rajin sikit baca term and conditions kalau kita rasa kita berada dalam keadaan yang agak kurang stabil untuk naik flight tu..in case anything happen kita boleh fight balik kalau kita berada dalam situasi yang betul yer ke dak? 

Satu lagi, sebagai ibubapa kalau anak kita dalam keadaan yang kurang sihat macam tu bagi aku biarlah rugi sedikit daripada kita nak meneruskan hajat kita untuk melancong apatah lagi ke luar negara, kalau dalam Malaysia nie masih lagi boleh bertolak ansur, kalau dah luar dari Malaysia nie macam-macam kemungkinan yang ada, jadi kenalah ada extra preparation kalau nak pergi jugak...

Dan kalau boleh duit tu  janganlah dihabiskan semua selagi kita tak selamat jejak dalam kapal terbang...paling kurang kita masih ada lagi extra cash duit RM pun takpe atau credit card sebagai penyelamat di saat genting...mana tahu kan terlebih luggage ker dah nak kena to-up lagi...nasib baiklah dalam situasi perempuan tu ada yang boleh bersuara memohon jasa baik penumpang-penumpang lain untuk mendermakan wang kalau tak apo ko nak buat...dah ler kena tinggal berdua dengan anak duit dah takde, beg dah masuk kargo kalau suami ada sekali mungkin lebih ringan sedikit rasa...haa satu lagi, pastikan kita sentiasa ada contact number kedutaan Malaysia yang ini aku rasa memang wajib..tak kiralah melancong dengan apa cara sekali pun.

Aku sendiri tak boleh bayangkan kalau aku dalam situasi ibu tu..mau nangis teresak-esak gak rasanya...setiap negara dan syarikat penerbangan masing-masing ada rules yang tetap kena patuhi dan kita sebagai penumpang pun tetap kena patuhi, cuma kadang-kadang officer yang bertugas tu jer yang membuatkan keadaan sedikit longgar atau sebaliknya. tak dapat dinafikan setiap negara apabila kat airport kita memang akan berjumpa dengan macam-macam peel flight officer, tu semua bergantung pada rezeki kita juga...itu belum bab-bab diskriminasi kat airport lagi...haaaa kadang-kadang makan hati tau..tapi pengalaman itulah yang meluaskan pendangan kita mengenai sesebuah negara, sebab tu ada pepatah kata banyak berjalan luas pandangan (hehe macamlah banyak sangat tempat aku pegi kan)

In case kalau perempuan tu terlepas naik flight tu... ada tak agaknya selepas nie orang lain akan buat perkara yang sama? dan selepas tu akan ada lagi soalan berbentuk kenapa dulu boleh? kenapa sekarang tak boleh? hurm ini adalah pendapat peribadi aku takde kena mengena dengan sesiapa...dan cerita ini sudah tentu aku ambil sebagai satu pengajaran untuk diri sendiri. Apapun aku harap Airasia mampu tangani hal nie dengan sebaik mungkin. 

Sebab tu sebelum berjalan kemana-mana aku lebih suka google apa yang boleh apa yang tak boleh supaya senang nak stanby dalam keadaan panic! so far alhamdulillah semuanya masih meninggalkan kenangan yang manis walaupun ada sedikit yang kelat-kelat masin tapi masih boleh diterima hehehehehe

p/s : dengar kata ibu dan anak tu dah selamat sampai Malaysia..apapun syukur alhamdulillah

4 comments:

  1. Memang sedey kisah ibu ngan anak ni...Tak tau nak salahkan sesiapa. Kalau terkena kat akak...tak taulah apa nak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah memang sedih kan...ada nampak member post katanya first time dia kesana, kalau MS duduk kat tempat dia pun mesti macam-macam rasa.

      Delete
  2. Skip..no no..JM baca dari mula sampai abis :-)

    JM pun tak clear pasal kes ni..ada gak kawan2 kat opis citer tapi x ambik port sangat..so kenapa ngan si ibu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM ape yang MS tahu anak dia nie kena ciken pox before fly ke Vietnam..tapi dah baik, so masak dia nak balik sini ground staff airasia tak kasi naik flight sebab takut berjangkit dan diorang cakap budak tu demam lagi..dan yang paling kesian semua bag dah masuk kargo dan duit dah takde pastu diorang kena stay kat vietnam lagi 5 hari baru boleh fly balik Malaysia..camtulah lebih kurang, detail JM boleh tengok kat sini http://www.mazidulakmal.com/

      Delete