Thursday 23 May 2013

Drama oh Drama

Assalamualaikum dan Selamat Pagi!


Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk bernafas di bumi Allah nie...semua dah selesai bersarapan kan..

Hari nie terasa nak membebel pasal drama korea yang aku tengok kat internet sekarang nie..semuanya gara-gara member office aku sibuk duk bercakap yang dia dapat berjumpa dengan aktor dari korea Zo In Sung yang datang ke Malaysia selasa lepas sempena promotion cerita drama That Winter The Wind Blows...peminat korean drama ada yang dah tengok ke? aku?? dah selamat dah khatam..okey not bad aku suka gak dengan jalan cerita dia...dan haruslah sebab hero dan heroin dia yang cantik pastu time shooting cerita nie kat korea sana tengah winter so background dia haruslah cantik kan...

Aku boleh dikategorikan dalam peminat drama korea yang tegar jugak tapi aku bukan k-pop okey, artis-artis k-pop tu aku kenal dua tiga group aje itu pun yang mana famous aje Super Junior, Big Bang  aku kenal lah tapi aku tak kenal sangat nama semua budak-budak tu tapi kan CN Blue dengan FT Island aku suka sebab diorang takde menari-nari diorang main muzik dan menyanyi sahaja (kantoi disitu kata tak minat kan hahahaha) okey berbalik pada drama korea nie tak semua drama korea yang aku layan, aku cuma pilih yang mana storyline dia menarik dan haruslah pelakon-pelakon dia sama yang menarik perhatian aku.

Sekarang aku tengok 3 drama sebab hanya yang ini memenuhi piawaan aku yang lain tu hati aku tak sampai nak tengok.....


Gu Family Book


Drama nie memang wajib aku tengok sebab aku adalah peminat kipas mati Lee Seung Gi hahaha aku memang suka giler dengan budak sorang tu..walaupun dia tak hensem macam retis lelaki korea yang lain tapi bagi aku dia punya persona tersendiri....


When A Man Loves


Drama nie aku tengok sebab aku storyline dia agak menarik sikit pasal dunia gangster dan percintaan.. Song Seung Heon kalau berlakon watak-watak ganas-ganas camtu memang aku suka. Buat masa sekarang memang aku hanya layan dua drama tu aje.



I Miss You


Drama nie membuatkan ramai budak office aku demam..semuanya gara-gara Park Yoochun..tapi jalan ceritanya sangat sedih..sepanjang tengok drama nie murah sungguh airmata aku sampai sembab mata datang office. Ramai yang suka dengan hero citer nie tapi aku lebih kesiankan pada 2nd hero ..pada aku antaranya semuanya dia yang paling menderita. 


2 comments:

  1. Lama x singgah blog ni, so perlu riview semula cerita2 lama heee

    Drama korea..ahahaha..JM ada lah peminat tegar drama korea ni..3 hari cuti sempena wesak day..tak kluar rumah semata2 layan citer korea When A Man Love...peminat tegar Song Seung Hun dan Le Seung Gi ahahaha..matilah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog ni takde update sangat pun repekan kosong jer hehe....LSG kita memang peminat kipas mati tapi SSH tu ada sedikit goyah kalau ada pelakon lain yang best lagi...hahaha park youchun tu pun one of my paberet gak!

      Delete